Berapa Luas Neraka ?..

Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata: Jibrail datang kepada Nabi saw pada waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya,
maka ditanya oleh nabi s.a.w.: 'Mengapa aku melihat kau berubah muka?'
Jawabnya: 'Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yg mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman dari padanya.'
Lalu nabi s.a.w. bersabda: 'Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat Jahannam.'
Jawabnya: 'Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan basinya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yg disebut dalam Al-Quran itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah bumi yg ke tujuh.
Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat tersiksa, nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi dan minumannya air panas campur nanah dan pakaiannya potongan-potongan api.
Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan.'
Nabi s.a.w. bertanya: 'Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?'
Jawabnya: 'Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya di bawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda.' (nota kefahaman: iaitu yg lebih bawah lebih panas) Tanya Rasulullah s.a.w.: 'Siapakah penduduk masing-masing pintu?'
Jawab Jibrail:
'Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yg kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa a.s. serta keluarga Fir'aun sedang namanya Al-Hawiyah. Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim, Pintu ketiga tempat orang shobi'in bernama Saqar. Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha, Pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah. Pintu ke enam tempat orang nasara bernama Sa'eir.'
Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah s.a.w. sehingga ditanya: 'Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?'
Jawabnya: 'Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar dari ummatmu yg sampai mati belum sempat bertaubat.'
Maka nabi s.a.w. jatuh pingsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibrail meletakkan kepala nabi s.a.w. di pangkuannya sehingga sedar kembali dan
sesudah sadar nabi saw bersabda: 'Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummat ku yang akan masuk ke dalam neraka?'
Jawabnya: 'Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari ummatmu.'
Kemudian nabi s.a..w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian nabi s.a.w. masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang selalu menangis dan minta kepada Allah.(dipetik dari kitab 'Peringatan Bagi Yg Lalai')
Dari Hadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku.
Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu:
1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat 2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah 3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung 4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah 5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik 6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak 7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum 8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular 9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi lautan racun yang hitam pekat. 10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai 11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat
Mudah-mudahan ini dapat menimbulkan keinsafan kepada kita semua......Wallahua 'lam.
Al-Quran Surah Al- Baqarah Ayat 159
Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterang an dan petunjuk hidayat, sesudah Kami terangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk.
Dari Abdullah bin 'Amr R.A,
Rasulullah S.A.W bersabda:' Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..

Takut ?....

Takut adalah penghalang besar kepada sikap yakin diri. Orang yang ada sikap yakin diri boleh hilang keyakinan dirinya simply kerana dia tiba-tiba takut pada sesuatu atau pada seseorang. Jika cinta adalah emosi positif yang paling kuat, takut pula ada emosi negatif yang paling kuat. Apabila kita konpiden tapi dalam masa yang sama ada rasa takut, takut tu akan lebih banyak menguasai emosi kita.
7 jenis takut yang menghalang rasa yakin diri adalah:
1.
Takut mencuba atau membuat perkara baru.
2. Takut mengambil risiko, takut mendepani risiko.
3. Takut memikirkan sesuatu yang tak pasti dan sesuatu yang belum pasti.
4. Takut dikritik.
5. Takut dikalahkan oleh pesaing.
6. Takut diketawakan, dicemuh dan diumpat-umpat.
7. Takut diherdik dan dimalukan di depan ramai orang
.
Nak melawan rasa takut ni, caranya adalah membina keberanian.
Jika kita lawan rasa takut, kita akan rasa berat, payah, susah. Tapi, bila kita melawan rasa takut dengan membina keberanian lalu merelakan rasa berani menguasai fikiran kita, rasa takut akan pergi dengan sendirinya.
Kebanyakan usahawan berjaya, pelajar cemerlang dan ibu bapa cemerlang adalah mereka yang berani. Nak berjaya, kita kena berani – berani ambil risiko, berani mendepani kata-kata kurang enak ditujukan pada kita.
JANGAN TAKUT UNTUK MEMBUAT SESUATU KEPUTUSAN..

Petua buang angin dalam badan

Petuanya ialah petua bagaimana untuk mengurangkan masalah angin dalam badan. Petua ini bersumberkan daripada kata-kata Saidina Ali Bin Abi Tholib karramallahuwajhah. Saidina Ali berkata ;
“Apabila anda hendak makan epal, hidulah baunya dan kemudian barulah makan epal tersebut. Kerana apabila anda melakukan demikian, setiap penyakit dan bahaya akan dihilangkan dari tubuh anda dan segala sesuatu yang disebabkan oleh ANGIN akan lenyap.”
Epal berkhasiat membuang angin dalam badan.Senang jer.. Apa yang perlu anda buat ialah,
1. Cium atau hidu lah bau epal. 2. Kemudian, makanlah epal tersebut.
* Pastikan anda hidu atau cium dulu bau epal sebelum makan. Itulah petua yang diajarkan oleh Saidina Ali karramallahu wajhah

Bahaya orang tak solat.

Semua orang tahu bahawa kalau meninggalkan solat adalah dosa besar dan malahan lebih hina daripada khinzir. Betapa hinanya kita kalau meninggalkan solat seperti yang dikisahkan pada zaman Nabi Musa as. Begini kisahnya, pada zaman Nabi Musa, ada seorang lelaki yang sudah berumahtangga, dia tiada zuriat, lalu terdetik dalam hati dia (nazar), "kalau aku dapat anak, aku akan minum air kencing anjing hitam." Nak dijadikan cerita, Allah pun kurniakan isteri si lelaki tadi pun hamil dan melahirkan anak. Apabila dah dapat anak, lelaki ni pun runsinglah. Dia dah nazar nak kena minum air kencing anjing hitam.
Syariat pada zaman Nabi Musa berbeza dengan syariat yang turun untuk umat Nabi Muhammad. Kalau umat Nabi Muhammad, nazar benda yang haram, maka tak payah buat tapi kena denda (dam) atau sedekah. Tapi kalau zaman Nabi Musa, barangsiapa bernazar, walaupun haram tetap kena laksanakan nazar tu. Lalu, si lelaki yang baru mendapat anak, dengan susah hatinya pergilah bertemu dengan Nabi Allah Musa dan menceritakan segala yang terjadi ke atas dirinya. Lalu, Nabi Musa menjawab bahawa lelaki tu tak perlu minum air kencing anjing hitam tetapi akan minum air yang lebih hina dari air kencing anjing hitam.
Nabi Musa perintahkan lelaki tersebut untuk pergi menadah air yang jatuh dari bumbung rumah orang yang meninggalkan solat dan minum air tu. Lelaki itu pun senang hati, menjalankan apa yang diperintahkan oleh Nabi Musa tadi. Lihatlah, betapa hinanya orang yang meninggalkan solat, sampai dikatakan air yang jatuh dari bumbung rumahnya, lebih hina dari air kencing anjing hitam. Itu baru air bumbung rumah, belum air tangan lagi. Menyentuh bab air tangan, selalu kita suka makan masakan ibu; isteri kita.
Jadi, kepada muslimat sekalian, peliharalah solat kerana kalau meninggalkan solat (kalau tak uzur), air tangan akan menitik ke dalam basuhan makanan; nasi, dsb. Anak-anak, suami pula yang akan makan makanan yang dimasak. Takkan nak biarkan suami dan anak-anak gelap hati minum air tangan orang tinggalkan solat. Tak gamak ' kan ? Tapi lain pula halnya dengan kita ni. Pagi petang, mamak! Teh tarik satu, roti canai satu. Ada pulak segelintir tukang masak yang tak solat. Kita pun makan bekas air tangan dia.. Gelaplah hati kita, sebab tu liat nak buat kerja-kerja yang baik.
Beware (berhati2) apa yang kita makan. Betapa beratnya amalan solat ni hatta Allah syariatkan solat kepada Nabi Muhammad melalui Isra' Mikraj sedangkan kewajipan-kewajipan lain memadai diutus melalui Jibril as. Ketika saat Rasulullah nazak, sempat baginda berpesan kepada Saidina Ali (dan untuk umat Islam), "As-solah as Solah wa amalakat aimanukum". Maknanya, "Solat, solat jangan sekali kamu abaikan dan peliharalah orang-orang yang lemah di bawah tanggunganmu" .
Jadi, sama-samalah kita pelihara solat dari segi zahir & batinnya kerana amalan solatlah amalan yang mula-mula akan ditimbang di neraca Mizan kelak. Sahabatku, Jika hari ini aku terlalu gembira, sedarkanlah aku dgn amaran2 Allah. Jika ku bersedih tanpa kata, pujuklah aku dgn tarbiah Pencipta. Jika ku lemah sedarkanlah agar aku berubah. Dan jika esok ku lena tanpa terjaga, iringlah lenaku dgn kalungan doa.. Berjanjilah sahabatku, ukhwah kita utk selamanya.. ~

GULA OH GULA



-->Hampir 90% rakyak malaysia sukakan gula. Hampir setiap hari kita tidak terlepas dengan sajian teh tarik, nescafe tarik, Milo tarik dan bermacam macam tarik lagi yang kita minum juga hampir keseluruhan kuih muih juga mengandungi gula. Hampir semua sajian makanan kita tidak terlepas dengan kandungan gula.
Betul badan kita memerlukan gula untuk tetapi kandungan gula dalam badan tidak lah dalam kuantiti yang banyak kerana kita sememangnya tahu akibat dan kesan gula kepada badan jika diambil berlebihan.....
Sebagai renungan mari kita fahami bagaimana badan beroperasi memproses gula.
Gula terbahagi kepada 2 bahagian pertama Glukose dan 2 adalah Fruktose. Glukos akan terus diserap kedalam darah manakala fruktose perlu melalui process penukaran kepada glukose melalui hati. Pankreas di gunakan untuk menghasilkan insulin dalam bentuk hormon yang digunakan untuk menyerap gula didalam darah. Bagi mereka yang normal kandungan insulin yang dikeluarkan daripada Pankreas itu cukup untuk menyerapkan gula dalam darah. Cuba bayangkan berapa banyak insulin yang perlu dikeluarkan oleh pankreas demi meneuteralkan gula dalam darah. Bayangkan berapa banyak gula yang diambil semasa diet kita seharian dan berapa banyak insulin yang akan dikeluarkan oleh pankreas bagi memastikan badan kita berada dalam keadaan yang sihat. Perlu di ingat bahawa pankreas juga perlu dijaga bagi memastikan kesihatan pankreas berada didalam keadaan yang baik. Terfikirkah kita bahawa pankreas juga seperti kereta yang kita gunakan. Jika kita tidak melakukan servis atau paling senang tidak menukarkan minyak hitam langsung, bagaimanakah keadaan kereta kita. kerosakan akan berlaku sedikit demi sedikit. Cuba bayangkan jika kerosakan sedikit demi sedikit berapa banyakkan wang yang perlu dikeluarkan untuk membaik pulih. Jika pembaik pulih dilakukan tanpa menukarkan minyak hitam itu adakan ianya berkesan???
Hal ini serupa dengan pankreas kita. Belum ada lagi didalam dunia orang melakukan pemindahan pankreas. Jadi bagaimana hendak kita menservis pankreas? Jawapan kepada soalan ini adalah mudah. Kawal pemakanan kita. kurangkan pengambilan gula dalam bentuk minuman. kerana gula juga banyak terdapat dalam sayuran juga buah buahan. Walaupun begitu bagi mereka yang mempunyai masalah dengan pankreas mereka juga perlu mengawal pengambilan buah buah yang mempunyai kandungan glukose yang tinggi.
Jadi berapa ramaikan dikalangan kita yang mampu untuk mengawal pengambilan gula??? Mampukah kita merasai minuman TEH tanpa Gula, KOPI tanpa GULA dan kuih muih tanpa gula??? Hanya mereka yang benar benar kuat sahaja yang mampu melakukan sedemikian. TETAPI fakta telah mengatakan bahawa 90% rakyat malaysia mengambil gula. Jadi sukar bagi kita untuk mengelak daripada mengambil gula dalam kehidupan seharian.
Apakah kesan terhadap pengambilan gula?
Sememangnya kita ketahui kesan dan akibat pengambilan gula yang berlebihan akan mengakibatkan kegagalan pankreas untuk terus mengeluarkan insulin dalam badan dan jika ini berlarutan secara berterusan akan mengakibatkan KEGAGALAN pankreas untuk terus berbakti kepada tuannya. Jika hal ini terjadi maka kadar insulin dalam darah akan berkurang dan penyerapan gula dalam darah juga akan bermasalah dan akan meningkatkan kadar gula dalam darah hasilnya anda telah mendapat malapetaka yang sukar digambarkan oleh perasaan iaitu DIABETIS ATAU KENCING MANIS.
Jika ini berlaku tidak ada apa yang perlu dikesalkan kerana ia sudah terlambat. Pankreas anda tidak lagi beroperasi dan harapan untuk sembuh seperti biasa akan MUSNAH. Keluar air mata berdarah pun tidak dapat untuk menyelamatkan anda. Anda akan terus mengambil ubat daripada doktor dan kemanisan hidup anda telah dipinjamkan oleh air kencing anda yang manis itu. Maka anda TIDAK BOLEH DISELAMATKAN lagi. Jika anda dalam keadaan ini dan tidak menjaga lagi pemakanan anda tunggulah saat dan ketika kaki anda dipotong. Hidup anda dalam keadaan kucar kacir, penglihatan anda akan kabur badan akan mengalami keadaan keletihan dan tiada makna dalam hidup anda lagi. DUIT yang dikumpul tidak lagi bermakna kepada anda dan ia akan habis digunakan untuk perubatanan anda yang tidak pasti. Buah pinggang anda akan mengalami masalah dan perlu di dialisiskan justeru itu hidup anda tidak lagi bermakna dan jika ini berlaku mulakan lah langkah anda untuk menulis wasiat kepada keluarga anda jika anda seorang yang berada agar tidaklah berlaku pergaduhan diantara keluarga anda kelak.
Justeru itu perlu diingat bahawa DIABETIS adalah musuh yang paling kejam yang tidak anda ketahui. bersyukurlah kepada mereka yang terselamat.....
Ketahuilah kita semua bahawa gula yang kita gunakan itu datang nya daripada tebu dan ianya amat berbahaya kepada kita semua. Kita boleh mengambilnya tetapi kurangkanlah pengambilan demi menjaga kesihatan yang tidak ada tolok gantinya. Kesihatan adalah yang paling utama kerana tanpa kesihatan duit ringgit juga tidak dapat dicari.
Pernahkan anda terdengar dengan pokok stevia? Pokok Stevia ini adalah sejenis pokok yang mempunyai daun dan batang yang manis dan kadar kemanisan nya 14 kali ganda manisnya daripada gula tebu. (anda boleh menaip stevia dalam google dan baca tentangnya). Di Japan mereka telah pun menggunakan Pokok ini untuk dibuat gula. Dan hasilnya keluarlah produk yang dinamakan SWEETERMIX dari pokok stevia. Kandungan kalorinya amat rendah hanya 2.4kkal sahaja dan yang paling menggembirakan ianya selamat digunakan dalam kehidupan seharian juga kepada mereka yang mengalami masalah pankreas ini.
Penggunaan gula ini amat terhad dan tiada promosi didalam masyarakat malaysia. Ini adalah disebabkan kesedaran yang amat nipis. Justeru itu saya ingin mengambil kesempatan untuk memasarkan gula ini kepada rakan CG yang betul betul prihatin terhadap kesihatan badan terutamanya PANKREAS anda. Disebabkan kadar manisnya yang tinggi maka penggunaan yang sedikit sahaja diperlukan dalam diet harian kita semua.
Jika Satu pitch (jar) memerlukan hampir 3 sudu besar gula tebu tetapi untuk gula ini ianya hanya cukup dengan 1 sudu teh sahaja. Gula ini tidak berbahawa langsung kepada tubuh badan anda malah ianya selamat untuk pankreas anda disamping membantu pankreas anda untuk menghasilkan insulin dalam badan. Ini membolehkan pankreas anda berehat dan hayat nya akan panjang sama seperti usia anda.
Tidak kah kita gembira dengan keadaan ini.