Ada beberapa cara yang saya dapat dari pembacaan dalam berbagai media, dintaranya yang boleh dicuba ialah:1. Mandi air sejuk (air biasa) mula dari bawah, iaitu mula dari basuh kaki naik keatas dan akhirnya baru kepala. Buat sekali sebelum subuh, dan kedua sebelum tengahari.
2. Amalkan waktu sujud dalam sembahyang lima waktu biar lama sedikit (elok lagi berdoa semasa sujud itu)
3. Biasakan tidur yang tetap sekurang-kurangnya 6 - 8 jam sehari. Kalau malam tidur 5 jam cuba ganti tidur petang 1 jam supaya tidak kurang dari 6 jam.
4. Jangan tidur diantara asar dan maghrib tetapi elok tidur sekejab sebelum atau selepas zohor.
5. Gunalah bantal yang sesuai untuk tidur, jangan terlalu tinggi atau kurang selesa.
6. Jangan makan makanan yang terlalu banyak minyak seperti makanan yang bergoreng dsb.
7. Kalau semasa migrain sekali dengan sakit tengkok, urutlah urat tengkok yang sakit untuk beberapa minit. Cari pakar tarik urat tengkok yang biasa mengurut.
InsyaAllah kalau dapat amalkan sebahagian atau kesemuanya akan terhindar dari penyakit migrain dengan kuasa Allah. Saya bertujuan berkongsi ilmu yang ada sedikit. Semuga memberi faedah kepada semua yang berkaitan
Wassalam




































0 ulasan:
Post a Comment