picasion.com

5 SEBAB KENAPA SUAMI TIDAK MELAYANI PERTANYAAN ISTERI

Komunikasi didalam rumah tangga adalah sangat penting. Ini bagi menjamin keamanan dan keharmonian rumah tangga. Walau bagaimanapun, bumi mana tidak ditimpa hujan, Kegagalan komunikasi didalam rumah tangga sering berlaku dan kaum lelaki (Suami) sering dipersalahkan dalam hal ini.

Memang tidak dinafikan kadang-kadang sesuatu masalah komunikasi didalam rumah tangga berpunca daripada suami. sehinggakan si suami sering dilabel sebagai ‘pekak badak‘, ‘mayat hidup‘, ‘tiang elektrik‘, ‘tunggul kayu‘ dan beberapa istilah kerana si suami tidak menjawab pertanyaan si isteri.

Walaubagaimanapun, ada kalanya masalah ini berpunca dari si isteri akibat soalan-soalan yang dikemukakan pada si suami “tidak releven“, “mengarut” , “merimaskan” atau ”tidak msuk akal dan lain-lain lagi”!

Antaranya:

1. Sudah gaharu, cendana pula

Kadang-kadang kaum hawa ini mempunya suatu sikap yang agak pelik. Iaitu suka bertanya soalan-soalan cepu emas yang boleh dikategorikan sebagai soalan “sudah gaharu, cendana pula” Sebagai contoh: Seorang wanita menyambut suaminya, yang baru pulang dari kerja, setelah penat bekerja seharian, sambil berkata: “Abang baru balik? penat ke? Nak minum ke?” Sepatutnya soalan-soalan ini tidak perlu ditanya lagi kerana jawapannya sudah jelas dan terang lagi bersulih dan sudah diketahui oleh si isteri. Cuba bayangkan jika si suami menjawab “Eh taklah, semalam lagi dah balik!.. tak penatlah goyang kaki jektak payah, semalam dah minum”

2. Suka bertanya satu soalan yang sama berulang-ulang

Kadang-kadang sikap si kaum Hawa ini, suka bertanya sutu soalan yang sama secara berulang-ulang kali. Sebagai contoh ” pintu rumah dah kunci?” kemudian si suami menjawab “sudah” selang beberapa ketika si isteri bertanya lagi ” pintu rumah dah kunci ke belum” hatta ada sesetengah kaum isteri mengulang soalan yang sama sehingga melebihi 3 kali. Yang akhirnya menyebabkan si suami tidak lagi menjawab soalan mereka itu. Bosan ............. !!!!n

3. Soalan disertai dengan “membebel

Kadangkala si isteri suka bertanya dengan disertai dengan membebel. Ini akan menyebabkan si suami malas hendak menjawab soalan tersebut. Sikap kaum lelaki selalunya tidak berapa gemar dileteri manakala sikap kaum hawa pula gemar meleteri. Sebagai contoh “Abang dah bayar bil?” belum sempat si suami menjawab terus disambung dengan ceramah umum oleh si isteri! “Ish, kalau tak bayar nanti kene potong, macam mana nak buat keje gelap gelita, nanti apa jiran-jiran cakap, saya nak letak muka kat mana, abang tau je lah……. bla bla bla bla

4. Solalan tidak pada masanya

Kadang kala soalan yang diajukan oleh si isteri tidak kena pada tempatnya. Sebagai contoh si suami sedang menyiapkan kerja yang perlu disiapkan dengan segera. Manakala si isteri pula tidak habis – habis dengan soalan yang beranika pilihan mereka yang menyebabkan si suami “tension” dan “serabut” dan akhirnya mengambil jalan mudah dengan tidak menjawab soalan-soalan tersebut.

5. Mahukan jawapan segera.

Sikap dan perangai kebanyakkan apabila diajukan soalan, mereka berfikir atau mengingat (perkara berkaitan soalan) terlebih dahulu sebelum menjawab / membuat keputusan. Ini mengelakkan jawapan / tindakan yang diambil tidak bertepatan atau salah. Manakala sikap si isteri pula suka mendesak mahukan jawapan yang segera. Sikap mendesak ini akan meyebabkan proses berfikir dan membuat keputusan terbantut yang akhirnya suami “tension” lalu mendiamkan diri.

RENUNGAN ....

Adalah seorang hamba Allah ni, dia pergilah bersiar-siar di tepi hutan... Sedang dia menghirup udara rimba yg segar tu, tetiba dia terdengar satu bunyi .. jeng!jeng!jeng! .. bunyi.... aauuummmmm!! ! Bunyi harimau yg kelaparan dan hanya menunggu mangsanya saja. Jadi, si hamba Allah ni pun lari untuk menyelamatkan diri. Harimau tu kejar hamba Allah ni . Sebab dia dah lapar sangat ni.. Harimau tu pun kejar, kejar, kejar dan kejar. Hamba Allah ni punyalah takut, berlari lintang pukang. Sempat juga dia berdoa agar dia diselamatkan daripada dibaham dek harimau tadi.
Dengan kuasa Allah diperlihatkan sebuah perigi di depan mata nya. Jadi untuk menyelamatkan diri si hamba Allah ni pun terjunlah ke dalam perigi. Perigi tu ada tali dan sebuah timba. Si hamba Allah ni bergayut pada tali tu. Tali tu pendek jer. Jadi dia bergantungan di tengah-tengah perigi.
Di mulut perigi, harimau yg lapar tu menunggunya. Si hamba Allah ni pun berfikirlah macam mana nak menyelamatkan diri, sambil berdoa kepada Allah agar dia diselamatkan. Tengah dok berfikir camner nak selamat, tetiba dengar bunyi kocakan air di bawah perigi.
Aaaaa!!!!... Ya Allah..... lagilah seram dibuatnya. Nak tahu ada apa kat bawah tu? Ada 2 ekor buaya yg kelaparan. Apalah nasib. Dah jatuh ditimpa tangga. lagilah takut si hamba Allah ni. Atas ada harimau bawah ada buaya. Semakin risau dan takut.
Tengah berfikir untuk mencari jalan keluar, tetiba keluar seekor tikus putih dari lubang celah-celah perigi, naik ke atas ikut tali yg hamba Allah tu bergayut. Sampai kat atas tikus tu gigit tali tu pulak. Cis, kurang ajar punya tikus. Alahhhh... cam ner ni. Pas tu, keluar lagi seekor tikus yg berwarna hitam. Naik mengikut tali tadi, cit !cit! cit!cit! sampai kat atas.Tikus hitam ni pun gigit juga tali tu. Cis, lagi satu. Macam mana aku nak buat ni... habislah jadi mangsa buaya
Berfikir lagi. Kalau naik kat atas makan dek harimau. Kalau tunggu tali putus dan jatuh ke bawah makan dek buaya.. Macam mana nih.... Sedang hamba Allah tu berfikir cam ner nak selamatkan dirinya, tetiba..... terdengar satu bunyi.... uuuuuuuuuuuuu. .. Bunyi lebah bawa madu.
Si hamba Allah ni pun mendongak ke langit, melihat lebah yg sedang bawa madu. Tetiba setitik madu terjatuh dan terus masuk ke dalam mulut si hamba Allah ni tadi. Punyalah nikmat sehingga tidak terkata.Hamba Allah tu kata, "Fuh manisnya madu ni , tak pernah ku rasa manisnya ni. Sedapnya. Subhanallah sungguh sedap ni." kerana setitik madu si hamba Allah tu lupa pada harimau yg sedang menantinya di mulut perigi dan buaya yg menantinya di bawah
Kalau semua nak tahu ...
si Hamba Allah itu adalah kita semua. Harimau yg mengejar tu adalah maut kita, ajal memang sentiasa mengejar kita, so beringat-ingatlah. 2 ekor
buaya itu adalah malaikat Munkar Dan Nakir yg menanti kita di alam kubur nanti.
Tali yg tempat di hamba bergayut tadi adalah jangka hayat kita kalau pendek talinya maka panjanglah umur kita dan kalau panjang talinya maka pendeklah umur kita.
Tikus Putih dan Hitam tu adalah dunia kita siang dan juga malam yang sentiasa menghakis umur kita. Kan tikus tu gigit tali tu.
Madu... madu yg jatuh setitik ke dalam mulut hamba itu tadi adalah nikmat dunia. Bayangkan setitik saja madu tu jatuh ke dalam mulutnya, dia lupa pada harimau dan buaya tu. Macam kitalah bila dapat nikmat sikit lupa pada Allah. Waktu susah baru la nak ingat Allah. Astaghfirullah. ...

SEORANG DOKTOR NEUROLOGI MENEMUI KEAJAIBAN ALLAH .........

'Seorang doktor di Amerika Syarikat telah memeluk Islam kerana beberapa keajaiban yang ditemuinya dalam penyelidikannya. Dia amat kagum dengan penemuan tersebut, sehingga tidak dapat diterima oleh akal fikiran.
Dia adalah seorang Doktor Neurologi . Setelah memeluk Islam, dia amat yakin akan perubatan secara Islam Dan dengan itu telah membuka sebuah klinik yang bertemakan 'Perubatan Melalui Al-Qur'an' .. Kajian perubatan melalui Al-Qur'an membuatkan ubat-ubatannya berteraskan apa yang terdapat di dalam Al-Qur'an. Di antara kaedah-kaedah yang digunakan termasuklah berpuasa, madu lebah, biji hitam (black seed) Dan sebagainy a.
Apabila ditanya bagaimana dia tertarik untuk memeluk Islam, Maka doktor tersebut memberitahu bahawa semasa beliau melakukan kajian urat saraf, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki oleh darah . Padahal setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal. Setelah membuat kajian yang memakan masa, akhirnya beliau mendapati Bahawa darah tidak akan memasuki urat saraf di dalam otak manusia melainkan pada ketika seseorang itu sedang sujud semasa mengerjakan Sembahyang!! !. Urat tersebut memerlukan darah hanya untuk Beberapa sukatan yang tertentu sahaja. Ini bermaksud bahawa darah hanya akan memasuki urat tersebut mengikut kadar sembahyang waktu yang diwajibkan oleh Islam....... Begitulah keagungan ciptaan Allah!!!, Tidak menunaikan sembahyang , akan otaknya tidak Akan dapat menerima darah yang secukupnya untuk berfungsi secara normal!!!. Oleh yang demikian, kejadian manusia ini sebenarnya adalah untuk menganuti agama Islam 'sepenuhnya' kerana sifat fitrah kejadiannya memang telah dikaitkan oleh Allah dengan agama-Nya yang indah ini.'

Petikan dari:

Cina Islam

TANDA-TANDA SUAMI JATUH CINTA

Beberapa tips yang orang perempuan boleh buat panduan kalau suami-suami mereka jatuh cinta lagi.Kalau ada tanda-tanda ini harap selesaikan cara baik. Jangan pulak orang lain yang tidak ada kena mengena jadi mangsa.Bila lelaki benar-benar jatuh cinta dan
setia pada kekasihnya dengan khlas, perubahan sikapnya amat mengejutkan. Hati lelaki yang dianggap keras selama ini, tiba-tiba secara semulajadi menjadi selembut kapas apabila sudah jatuh cinta dengan relanya. Bahkan lelaki yang mabuk cinta sanggup
berkorban dan buat apa sahaja untuk kekasihnya. Sekeras manapun hati lelaki ia akan mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai. Walaupun untuk melihat lelaki menangis amatlah payah. Diantara tanda-tanda lelaki yang jatuh cinta dengan hebat ialah:
1. Bersungguh-sungguh melakukan sesuatu untuk kekasihnya dengan rela bukan
kerana terpaksa.
2. Sentiasa ingin menghiburkan kekasihnya dan berubah menjadi orang yang kuat bercakap.
3. Banyak menasihati kekasihnya kerana dia amat menyayangi kekasihnya.
4. Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburunya yang
meluap-luap.
5. Sentiasa takut kehilangan kekasihnya.
6. Sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana dia sentiasa berasa curiga.
7. Tidak suka ada lelaki lain rapat dengan kekasihnya.
8. Mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya.
9. Adakalanya seperti seorang anak kecil yang meminta perhatian kerana dia
mahu kekasihnya melayannya lebih dari orang lain.
10. Menjadi org yang paling rajin dan sanggup membantu kekasihnya melakukan dan berkorban apa saja.
11. Pandai merajuk hati kerana ingin dipujuk oleh kekasihnya.
12. Mengalabah apabila kekasihnya berjauhan daripadanya terlalu lama.
13. Sentiasa mempastikan keselamatan kekasihnya.
14. Mementingkan kekasihnya daripada dirinya sendiri.
15. Kerap bertanya adakah kekasihnya mencintainya kerana dia merasa kasihnya
lebih kuat daripada kekasihnya.
16. Tidak akan melayan perempuan lain yang tidak ada urusan penting dengannya.
17. Cuba meluangkan lebih banyak masa dengan kekasihnya walaupun terpaksa
menunggu kekasihnya dengan sabar.
18. Membanggakan kekasihnya di depan orang lain.
19. Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, ia akan berasa serik dan tidak percaya dengan cinta perempuan lain namun dia sentiasa mengharap kekasihnya kembali kepadanya.
20. Apabila timbul orang ketiga, dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya.
21. Dia menganggap kekasihnya sebagai orang yang paling dipercayainya dan sanggup menyerahkan harta walaupun nyawanya sendiri.
Apa macam ada tanda-tanda tak?

PERISTIWA ISRAK DAN MIKRAJ

1. Sebelum Israk dan Mikraj
Rasulullah S. A. W. dibedahan dada yang dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mika'il. Hati Baginda S. A. W.. dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu dan iman. ke dalam dada Rasulullah S. A. W. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan "khatimin nubuwwah". Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan "Israk" itu.

2. Semasa Israk (Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa)
Sepanjang perjalanan (israk) Rasulullah S. A. W. diiringi oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (mulia dan bersejarah) dan diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak 2 rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah:
i. Negeri Thaibah (Madinah) . ii. Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A. S. menerima wahyu daripada Allah;

iii. Baitul-Laham (tempat Nabi 'Isa A. S. dilahirkan)

Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah S. A. W. menghadapi gangguan jin 'Afrit dengan api jamung dan dapat menyaksikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib. Antaranya :
1. Kaum yang sedang bercucuk-tanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S. A. W : Itulah kaum yang berjihad "Fisabilillah" yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.
2. Tempat yang berbau harum iaitu bau kubur Mayitah (tukang sisir rambut anak Fir'aun) bersama suaminya dan anak-anak-nya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir'aun kerana tetap teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir'aun sebagai Tuhan).
3. Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dila kukan berkali-kali: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).
4. Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahanam: Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.
5. Satu kaum lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.
6. Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu: Itulah orang yang makan riba.

7. Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.
8. Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.
9. Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.
10. Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.
11. Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah SAW tidak memperdulikannya: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.
12. Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S. A. W. tidak menghiraukannya: Itulah orang yang mensesiakan umurnya sampai ke tua.
13. Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.
Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala ambia` dan mursalin menjadi makmum.
Rasulullah S. A. W. terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.

3. Semasa Mikraj (Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah):
Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah S. A. W. dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).
i. Langit Pertama: Rasulullah S. A. W. dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam A. S. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.
ii. Langit Kedua: Nabi S. A. W. dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi 'Isa A. S. dan Nabi Yahya A. S. iii. Langit Ketiga: Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf A. S.

iv. Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A. S. v. Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A. S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.
vi. Langit Keenam: Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa A. S. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab. vii. Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Ma'mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah S. A. W., Nabi Ibrahim A. S. bersabda, "Engkau akan berjumpa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha'if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH". Mengikut riwayat lain, Nabi Irahim A. S. bersabda, "Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA LA ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA LA HAULA WA LA QUWWATA ILLA BILLAHIL- 'ALIYYIL-'AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga". Setelah melihat beberpa peristiwa! lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).

vii. Tangga Kelapan: Di sinilah disebut "al-Kursi" yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S. A. W. menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah S. A. W. dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.
viii. Tangga Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S. A. W. masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur 'Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.
ix. Tangga Kesepuluh: Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah S. W. T. dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad Rasul-Nya:
Allah S. W. T : Ya Muhammad. Rasulullah : Labbaika. Allah S. W. T : Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan. Rasulullah : Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan 'Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan. Allah S. W. T : Aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah 'Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan Aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang.
4. Selesai munajat, Rasulullah S. A. W. di bawa menemui Nabi Ibrahim A. S. kemudian Nabi Musa A. S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S. A. W. merayu kepada Allah S. W. T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.
5. Selepas Mikraj
Rasulullah S. A. W. turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah). Wallahu'alam.
(Sumber : Kitab Jam'ul-Fawaa`id) Kesimpulannya, peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan kembali setiap kali 27 Rejab menjelang. Adalah lebih penting untuk kita menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara yang tidak baik. Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah dan takut kepada kekuasaan-Nya.
Seandainya peristiwa dalam Israk dan Mikraj ini dipelajari dan dihayati benar-benar kemungkinan manusia mampu mengelakkan dirinya daripada melakukan berbagai-bagai kejahatan. Kejadian Israk dan Mikraj juga adalah untuk menguji umat Islam (apakah percaya atau tidak dengan peristiwa tersebut).
Peristiwa Israk dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah SNW telah menunjukkan bukti-bukti kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada Baginda SAW
Mafhum Firman Allah S. W. T. : "Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat." (Surah Al-Israa': Ayat 1).

ADAB TIDUR DAN BANGUN

1. Muhasabah: Hendaklah menghitung-hitung sesaat sebelum tidur, mengoreksi segala perbuatan yang telah ia lakukan di siang hari. Ini sangat dianjurkan bagi setiap muslim. Lalu jika ia dapatkan perbuatannya itu baik, maka hendaknya memuji Allah , jangan memuji diri sendiri, dan jika sebaliknya, maka hendaknya segera memohon ampunan-Nya, kembali dan bertobat kepada-Nya.
2. Tidurlah seawal mungkin, jangan larut malam, berdasarkan hadits yang bersumber dari `Aisyah RH “Bahwasanya Rasulullah tidur pada awal malam dan bangun pada penghujung malam, lalu beliau melakukan shalat.” (Muttafaq `alaih)
3. Berwudhulah sebelum tidur dan berbaring miring ke sebelah kanan. Sahabat Rosulullah, Al-Bara’ bin `Azibz menuturkan, Rasulullah n bersabda, “Apabila kamu akan tidur, maka berwudhu’lah sebagaimana wudhu’ untuk shalat, kemudian berbaringlah dengan miring ke sebelah kanan...” Dan tidak mengapa berbalik ke sebelah kiri nantinya.
4. Kibaskan tempat tidur tiga kali sebelum berbaring, berdasarkan hadits Abu Hurairahz bahwasanya Rasulullah bersabda, “Apabila seorang dari kalian akan tidur pada tempat tidurnya, maka hendaklah mengirapkan kain tempat tidurnya itu terlebih dahulu, karena ia tidak tahu apa yang ada di atasnya...” Di dalam satu riwayat dikatakan, “Tiga kali.” (Muttafaq `alaih)
5. Berbaringlah dengan miring kanan. Jangan tidur tengkurap. Abu Dzarz menuturkan, “Nabi SAW pernah lewat di dekatku, di saat itu aku sedang tengkurap, maka Nabi membangunkanku dengan kakinya sambil bersabda, ”Wahai Junaidab (panggilan Abu Dzar), sesungguhnya berbaring seperti ini (tengkurap) adalah cara berbaringnya penghuni neraka.” (HR. Ibnu Majah dan dinilai shahih oleh Al-Albani)
6. Jangan tidur di atas rak terbuka, karena di dalam hadits yang bersumber dari `Ali bin Syaiban disebutkan bahwasanya Nabi n telah bersabda, “Barangsiapa yang tidur malam di atas atap rumah yang tidak ada penutupnya, maka hilanglah jaminan darinya.” (HR. Al-Bukhari di dalam Al-Adab Al-Mufrad dan dinilai shahih oleh Al-Albani).
7. Tutuplah pintu, jendela, dan memadamkan api dan lampu sebelum tidur. Dari Jabir z diriwayatkan bahwa sesungguhnya Rasulullah n telah bersabda, “Padamkanlah lampu di malam hari apabila kamu akan tidur, tutuplah pintu, tutuplah rapat-rapat bejana-bejana dan tutuplah makanan dan minuman.” (Muttafaq ’alaih)
8. Baca ayat Kursi, dua ayat terakhir dari Surah Al-Baqarah, Surah Al-Ikhlas dan al-Mu`awwidzatain (Al-Falaq dan An-Nas), karena banyak hadits-hadits shahih yang menganjurkan hal tersebut.
9. Baca do’a-do’a dan dzikir yang keterangannya shahih dari Rasulullah n, seperti :
“Ya Allah, peliharalah aku dari azab-Mu pada hari Engkau membangkitkan kembali segenap hamba-Mu.” Dibaca tiga kali. (HR. Abu Dawud dan dihasankan oleh Al-Albani)
Dan ucapkan,
“Dengan menyebut nama-Mu ya Allah, aku mati dan aku hidup.” (HR. Al-Bukhari)
10. Apabila di saat tidur merasa kaget atau gelisah atau merasa ketakutan, maka disunnatkan (dianjurkan) berdo’a ini:
“Aku berlindung dengan Kalimatullah yang sempurna dari murka-Nya, kejahatan hamba-hamba-Nya, dari gangguan syetan dan kehadiran mereka kepadaku.” (HR. Abu Dawud dan dihasankan oleh Al-Albani)
11. Bila bermimpi baik, maka bergembiralah dan ceritakan hanya kepada orang yang senang kepadamu. Bila mimpi buruk, maka meludahlah ke kiri tiga kali, baca ta’awudz jangan diceritakan kepada orang lain, dan pindahlah posisi tidur, atau bangunlah dan shalatlah.
12. Ketika bangun tidur hendaknya ucapkan,
“Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkan kami setelah kami dimatikan-Nya, dan kepada-Nya lah kami dikembalikan.” (HR. Al-Bukhari).
Atau dengan ayat penutup Ali Imran, kemudian shalat (HR. Al-Bukhari 103, Muslim 763, Ahmad 2165, An-Nasai 1620, Abu Dawud 58)

FITNAH HARTA

Termasuk fitnah pada zaman ini adalah fitnah harta benda dunia yang banyak menguasai hati manusia Sehingga mereka lebih mengutamakan dan mendahulukankannya daripada menunaikan hak-hak Allah Subhanahu wa Ta'ala dengan tidak mempedulikan dengan cara apa sekalipun dengan memperolehi harta benda itu dengan yang halal atau yang haram.
Adapun faktor pendorongnya adalah hawa nafsu yang diciptakan untuk selalu mencintai harta benda dunia. Akibatnya, banyak sekali orang yang terperosok ke dalam perbuatan yang haram. Pada hari ini banyak kita ditemukan dengan orang-orang yang berbangga-bangga dan bermegah-megah serta menunjuk-nunjuk dengan harta yang banyak. Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman:
“Bermegah-megahan telah melalaikan kamu.” (At-Takatsur: 1)
“Dan mereka berkata: "Kami lebih banyak mempunyai harta dan anak-anak (daripada kamu) dan kami sekali-kali tidak akan diazab". (Saba': 35)
Betapa ramai orang-orang yang tergoda dengan harta benda dunia. Dan betapa banyak pula orang-orang yang bertanya-tanya bagaimana si Fulan dapat mengumpulkan harta sebanyak itu hingga ia menjadi orang kaya raya dan dapat membangun istana-istana yang besar-besar, memiliki ini dan memiliki itu di dalam dan luar negeri sehingga tidak terbilang banyak? Hingga ia pun berangan-angan dan akhirnya condong kepada harta dunia.
Dan betapa banyak pula orang yang terpedaya dengan cubaan harta ini. Mereka mengumpulkan harta tanpa peduli halal dan haram. Akhirnya mereka terjerumus ke dalam perangkap riba, penipuan, suap-menyuap, dan lainnya selagi wang itu masuk. Semua itu kerana nafsunya kuat mendorong mengumpulkan harta. Sekalipun dengan cara mencuri, korupsi, menggelapkan harta negara tanpa hak dan lain-lain. Maksudnya tidak lain dan tidak bukan adalah untuk memperbanyak dan mengembangkan hartanya sehingga ia boleh seperti si Fulan dan si Fulan!!
Apabila telah memperoleh harta yang banyak, maka mereka habiskan untuk berfoya-foya dari negeri ke negara yang lain, memuaskan syahwat selagi mampu, mengenakan pakaian-pakaian yang disukai, tanpa memperhatikan batas halal dan haramnya lagi dn mereka melakukan sesuka hati kepada perkara-perkara yang terlarang sebagai pemuas nafsu binatang mereka.
Demikianlah musibah menjadi bertambah besar. Rasulullah s.a.w. telah menegaskan bahawa harta adalah cubaan. Dan yang beliau takutkan atas kita adalah harta dunia yang dibentangkan dan gemerlap dunia yang Allah Subhanahu wa Ta'ala keluarkan bagi kita. Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman:
“Sesungguhnya hartamu dan anak-anakmu hanyalah cubaan (bagimu) dan di sisi Allahlah pahala yang besar.” (At-Taghabun: 15)
Sesungguhnya Allah Subhanahu wa Ta'ala jualah yang telah menganugerahkan harta benda tersebut. Dan menjadi cubaan bagi hamba yang menerimanya. Apakah ia tergelincir ke dalam perkara haram disebabkan harta itu? Apakah ia membeli barang-barang terlarang kerana tidak puas dengan yang dibolehkan? Ataukah ia gunakan untuk memuaskan nafsunya sekalipun dengan perkara yang haram!?. mereka bakhil untuk urusan akhirat. bagi mereka hidup dan mati hanya sekali. Kubur, pahala dan dosa adalah masing-masing punya hal.
Misalnya setiap kali bepergian ke luar negeri, ia terjerumus ke dalam perkara haram, seperti meminum khamar, berzina, dan lainnya. Itulah fitnah besar pada zaman sekarang ini. Kita memohon kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala keselamatan dari segala kejelekan tersebut.

NAFSU YG DEGIL

Dalam sebuah kitab karangan 'Ustman bin Hasan bin Ahmad Asy-Syaakir Alkhaubawiyi, seorang ulama yang hidup dalam abad ke XIII Hijrah, menerangkan bahwa sesungguhnya Allah S.W.T telah menciptakan akal, maka Allah S.W.T telah berfirman yang bermaksud : "Wahai akal mengadaplah engkau." Maka akal pun mengadap kehadapan Allah S.W.T., kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Wahai akal berbaliklah engkau!", lalu akal pun berbalik.
Kemudian Allah S.W.T. berfirman lagi yang bermaksud : "Wahai akal! Siapakah aku?". Lalu akal pun berkata, "Engkau adalah Tuhan yang menciptakan aku dan aku adalah hamba-Mu yang daif dan lemah."
Lalu Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Wahai akal tidak Ku-ciptakan makhluk yang lebih mulia daripada engkau."
Setelah itu Allah S.W.T menciptakan nafsu, dan berfirman kepadanya yang bermaksud : "Wahai nafsu, mengadaplah kamu!". Nafsu tidak menjawab sebaliknya mendiamkan diri. Kemudian Allah S.W.T berfirman lagi yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku, dan Engkau adalah Engkau."
Setelah itu Allah S.W.T menyiksanya dengan neraka jahim selama 100 tahun, dan kemudian mengeluarkannya. Kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku dan Engkau adalah Engkau."
Lalu Allah S.W.T menyiksa nafsu itu dalam neraka Juu' selama 100 tahun. Setelah dikeluarkan maka Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Akhirnya nafsu mengakui dengan berkata, " Aku adalah hamba-Mu dan Kamu adalah tuhanku."
Dalam kitab tersebut juga diterangkan bahwa dengan sebab itulah maka Allah S.W.T mewajibkan puasa.
Dalam kisah ini dapatlah kita mengetahui bahwa nafsu itu adalah sangat jahat oleh itu hendaklah kita mengawal nafsu itu, jangan biarkan nafsu itu mengawal kita, sebab kalau dia yang mengawal kita maka kita akan menjadi musnah dan rosak binasa.

TAKZIRAH AL-FALAH

Assalamualaikum
Segala puji bagiAllah, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. nikmat yang diberikan oleh s.w.t. kepada kita iaitu umur yang semakin hari semakin usia kita berpanjangan tetapi terfikirkah kepada kita akan bekalan pahala sebagai persiapan untuk menuju ke akhirat kelak. Allah telah memberi dan membuka peluang seluas-luasnya kepada kita. Marilah kita sama-sama menuntu dan mencari ilmu sebanyak mungkin sebagai bekalan akhirat, solat berjemaah bersama-sama kerana semuany itu ada ganjaran yang sangat besar yang telah dijanjikan oleh Allah s.w.t. Kalau kita bertangguh-tangguh untuk melakukannya dan menanti hari esok, tetapi Allah telah mematikan kita dengan menghadapnya bekalan yang tidak cukup. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
" Tidak berganjak kedua-dua kaki seseorang hamba pada hari kiamat sehingga ia ditanya mengenai umurnya pada perkara apakah ia dihabiskan, ilmu untuk apa digunakan, harta benda dari manakalah ia diperolehi dan pada apakah ia berbelanja dan juga tubuh badannya pada perkara apakah ia digunakan semasa muda dan kecergasannya". Riwayat al-Tarmizi.
Sabdanya lagi : " Rebutlah peluang lima perkara sebelum datangnya lima perkara"
Masa sihat sebelum sakit
Masa lapang sebelum sibuk
Masa kaya sebelum miskin
Masa sihat sebelum sakit
Masa hidup sebelum mati
Marilah kita sama-sama mengambil kesempatan sementara masih diberi peluang oleh Allah s.w.t., rumah Allah (surau) sentiasa terbuka untuk sama-sama kita menuntut ilmu, solat berjemaah dan bertemu saudara-saudara kita bagi mengeratkan silaratulrahim.

AL-FATIHAH

AL-FATIHAH

Semalam, 4 JULAI 2009 jam 9.05 malam En. Ahmad Hatta bin Ahmad Nawawi penduduk Chepor Indah Jalan 39, telah kehilangan ibu tercintanya. (Rumahnya berdekatan dengan surau Al-Falah)

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh bonda beliau.

Kepada yang belum melawat keluarga beliau, bolehlah melawat beliau dirumahnya.

Semoga En. Hatta sekeluarga diberikan kesabaran dan ketabahan dalam menghadapi dugaan ini.
picasion.com