picasion.com

QURBAN RAYA KE DUA..

TIMBALAN MUFTI PERAK PUN TURUT SERTA JUGA.... SYABAS....SEDANG TARIK LEMBUNYA... DAH NIAT KA...
SEDANG LAPAH LEMBU...
SEDANG POTONG DAN PROSES EKOR LEMBU, KATANYA UNTUK LELAKI JE... KUATKAN LAGI .... FIKIRLAH SENDIRI....
SEDANG MELAPAH PAHA....
SERONOK .... YAKIN KORBANNYA DITERIMA ALLAH KUT..

MAJLIS QURBAN PADA RAYA PERTAMA

MEMBUAT PERSIAPAN SUP KUT........
BERBINCANG DAN TUNGGU TUGAS ......
TANDA PROTES MACAM SELANGOR JUGA KENAPA POTONG SAMPAI PUTUS
SEDANG POTONG
SEDANG MELAPAH LEMBU

MENYAMBUT KEPULANGAN SUAMI

Istimewanya wanita ialah segala perbuatan dan setiap apa yang disentuh oleh jari halusnya di dalam ruang lingkup rumahtangganya akan mendatangkan pahala. Namun terdapat suatu perkara yang jarang sekali diambil perhatian oleh kebanyakan wanita hari ini, iaitu perihal menyambut kepulangan suami.
Setiap kali suami pulang ke rumah suami memerlukan bantuan isterinya untuk menghilangkan rasa letih, penat, lapar, dahaga dan lain-lain beban yang sedang ditanggungnya. Oleh itu, isteri yang menyambut suami hendaklah pandai memahami mood dan kehendak suami.
Sambutlah kepulangan suami dengan air muka gembira, dan dengan senyuman. Tunjukkanlah wajah yang semanis mungkin dan senyuman yang kita berikan ketika itu akan menghilangkan sebahagian daripada keletihan suami. Elakkan daripada bersikap acuh tak acuh, bermasam muka ataupun melepaskan 'peluru berpandu' bila suami terjongol di muka pintu. Sabda Rasulullah saw:
"Siapa sahaja seorang isteri bermuka muram di hadapan suaminya, maka ia dalam kemurkaan Allah swt hingga ia dapat membuat suasana yang riang gembira kepada suaminya dan memohon kerelaannya. "
Begitulah besarnya harga senyuman seorang isteri kepada suaminya. Senyuman akan mencetuskan suasana kegembiraan dan itulah sebenarnya yang dikehendaki oleh semua suami ketika pulang, terutamanya jika ia sedang dalam keletihan. Muka yang masam bukan sahaja akan menimbulkan kemarahan suami, malahan menyebabkan Allah swt turut murka. Kemurkaan Allah itu akan berkekalan hingga isteri itu berjaya mengembalikan semula suasana gembira dan mohon
keampunan daripada suami. Kerana sesungguhnya keredhaan Allah itu terletak pada keredhaan suami.
Bila suami pulang segeralah bukakan pintu. Persilakan masuk dengan penuh hormat dan dengan kata-kata yang lemah lembut. Sambutlah tangan suami dan ciumi ia sebagai tanda hormat serta meminta maaf, walaupun isteri merasakan tidak berbuat sebarang kesalahan pada hari itu. Bukannya isteri yang hulurkan tangan untuk dikucup oleh suami sepertimana yang dilakukan oleh kebanyakan orang Barat hari ini.
Sebuah hadis ada menyebut bahawa apabila seorang suami bersalaman dengan isterinya, maka gugurlah segala dosa dari sela-sela jari mereka berdua. Begitulah Maha Pengampunnya Allah; dosa isteri gugur hanya dengan bersalaman dengan suami. Oleh itu rebutlah peluang dalam sebarang kesempatan untuk bersalaman dengan suami dan meminta maaf daripada suami. Tentunya tidak terhad hanya ketika suami pulang daripada kerja sahaja; lazimkan perbuatan ini ketika selepas solat jemaah, ketika hendak keluar dari rumah atau pun setelah membuat sebarang kesilapan samada kecil atau besar; supaya sentiasa mendapat keampunan Allah. Andaikata mempunyai anak-anak, ajarlah mereka itu
untuk selalu bersalaman dengan ayahnya. Kelaziman ini akan memupuk rasa kasih dan hormat anak-anak kepada orang tua.
Jika suami pulang membawa buah tangan, sambutlah dengan ucapan terima kasih. Jangan biarkan sampai barang itu lama di tangannya atau suami meletakkannya sendiri di dapur. Ini tanda isteri tidak menghargai buah tangan yang dibawa oleh suami.
Jangan pula bertanya soalan-soalan seperti 'kenapa tidak beli barang yang dipesan?' dan seumpamanya. Soalan yang di tanya bertubi-tubi ketika suami sedang penat hanya akan membosankan suami, malahan mungkin akan menimbulkan kemarahannya.
Pernah disebut dalam riwayat, pada zaman Rasulullah, ada seorang wanita yang bakal masuk syurga lebih dahulu daripada Siti Fatimah. Wanita itu begitu taat serta sangat memuliakan suaminya. Dia menunggu kepulangan suaminya dengan pakaian yang bersih serta engghairahkan; disediakan tuala, air sejuk dan sebatang rotan. Segala perbuatannya itu menjadi tanda tanya kepada Siti Fatimah yang mengunjunginya. Lalu beliau bertanya untuk mengetahui di sebalik perlakuan wanita itu.
Wanita itu pun berkata: "Aku bersiap-siap dan menyinsing kainku ialah supaya mudah jika suamiku ingin menyampaikan hajatnya. Adapun tuala ini ialah untuk mengesat peluhnya, air ini ialah untuk menghilangkan dahaganya dan rotan ini ialah untuk dia menghukum aku jika aku membuat sebarang kesalahan."
Kebahagiaan rumahtangga terletak pada akhlak dan budi pekerti isteri.
Biarpun seorang isteri itu tidak cantik tapi jika cukup sempurna layanannya terhadap suami dan berakhlak pula, tentu ia akan menjadi penghibur dalam rumahtangga.
Oleh itu wahai wanita-wanita atau para isteri-isteri hendaklah berlumba-lumba untuk menjadi seorang isteri yang solehah, yang bertaqwa
berakhlak mulia dan taat kepada suami. InsyaAllah seorang isteri itu akan disayangi oleh Allah, suami malah seluruh makhluk di dunia. Sabda Nabi:
"Sungguh-sungguh memintakan ampun untuk seorang isteri yang berbakti kepada suaminya, iaitu burung-burung di udara, ikan-ikan di air dan malaikat di langit selama dia sentiasa dalam kerelaan suaminya."
Jika seorang isteri mengharap cintanya berbalas maka berbanyak-banyaklah isteri itu mencari keredhaan Allah melalui suami.

JANJI PEROKOK

Aku bersumpah dan berjanji bahawa hari ini adalah hari yang terakhir aku hisap rokok. curi-curi hisap lepas gian boleh la.... jangan pula bini nampak.... he he he.. jangan marah...

SEMBHYANG SUBUH

KURSUS SMART SOLAT

Pengerusi memulakan kata-kata aluan: KURSUS SMART SOLAT ANJURAN PEPCI. Sebenarnya sambutan ok juga memberangsangkan tapi hanya jemah surau sahaja yang hadir. Yang lain mungkin mereka dah pandai kut @ mereka AAAAAAlim kut. Ingat ?????. menuntut ilmu itu wajib (Fardhu in) keatas tiap orang islam lelaki dan perempuan.
Mohon keberkatan kepada Allah SNW
Tengok ni.... Semua peserta adalah dari golongan Veteran tapi ada juga golongan muda tu....
Kaum hawa juga tidak ketinggalan menunaikan kewajipan


TAZKIRAH-9 JENIS PEMBAZIRAN

Ibnu al-Qayum al-Jauziah mengatakan terdapat sembilan bentuk pembaziran yang sering dilakukan manusia antaranya:
1.Pembaziran ilmu pengetahuan - iaitu membazir jika tidak diamalkan pada jalan kebaikan.
2.Pembaziran amalan - iaitu membazir jika tidak dilakukan dengan hati yang ikhlas
3.Pembaziran kekayaan - iaitu membazir jika dibelanjakan pada perkara yang tidak bermanfaat dan tidak diredai Allah SWT.
4.Pembaziran hati - iaitu membazir jika kosong daripada kasih kepada Allah SWT.
5.Pembaziran tubuh badan - iaitu membazir jika tidak digunakan untuk beribadah kepada Allah SWT.
6.Pembaziran cinta - iaitu membazir jika dicurahkan kepada selain Allah atau melebihi cinta kepada-Nya.
7.Pembaziran masa - iaitu membazir jika tidak diurus dengan sebaiknya.
8.Pembaziran akal - iaitu membazir jika tidak memikirkan sesuatu yang bermakna kepada Agama.
9.Pembaziran zikir - iaitu membazir jika tidak memberi kesan kepada hati.
Semoga nasihat ini memberi manfaat kepada kita semua.

POHON 5CM TUMBUH DIPARU-PARU

Pohon cemara dengan tinggian 5 cm telah dijumpai dalam paru-paru seorang lelaki yang mengeluh rasa sakit yang kuat di dadanya dan batuk berdarah berumur 28 Tahun. Artyom Sidorkin ke rumah sakit di kota Izhevsk di Rusia Seperti dilaporkan Berita harian Komsomolskaya Pravda. Doktor meng x-raykan dadanya dan didapati pohon di salah satu paru-paru tersebut dan disyaksi cancer, mereka kemudian membuat keputusan untuk melakukan pembedahan



PEDANG PANGLIMA ISLAM ULUNG

Pedangnya Salahuddin Ayyubi/Saladin, jenderal dan pejuang muslim Kurdi dari Tikrit. Pedang ini dibuat dari baja damascus yang sangat keras namun lentur karena memiliki kandungan CNT (carbon nanotubes). Katanya pedang ini sangat tajam,tajamnya boleh menembus baju zirah renald de chatilon. Salahuddin terkenal di dunia Muslim dan Kristien karana kepemimpinan, kekuatan tenteranya, dan sifatnya yang kesatriaan dan pengampunan pada saat ia berperang melawan tentara salib. Sultan Salahuddin Al Ayyubi juga adalah seorang ulama. Sekarang pedang ini merupakan koleksi pribadi Shahhi family in the UAE.Harganya sekitar $555.000



Pedang ini merupakan harta negara dan mempunyai karisma setaraf dengan Pedang Excaliburnya King Arthur. Ketika ditemukan, pedang ini telah berusia lebih kurang 2000 tahun, tapi masih sangat tajam dan tidak berkarat. Terlebih lagi ia berbentuk belah ketupat dan 11 lingkaran yang terletak hanya berjarak 0,2 milimeter dari lilitnya.Bilah pedang dibuat dari tembaga, membuatnya lebih lentur dan lebih kecil kemungkinannya untuk hancur; sisi pedang memiliki kandungan timah, membuatnya lebih keras dan mampu mempertahankan tepi tajam; sulfur mengurangi kemungkinan pudarnya pola-pola.
Zulfikar


Zulfiqar, pedang warisan Ali ibn Abu Thalib. Dikisahkan, pada Perang Uhud (625 M) Rasul Muhammad SAW menghadiahkan Zulfiqar kepada Ali, menantunya, dan dengan pedang itu Ali menaklukkan musuh ketatnya, Amr ibn Abdawud. Zulfiqar kemudian digunakan Husayn ibn Ali, cucu Rasul, yang gugur dalam
Perang Karbala.
Honjo Masamune adalah pedang simbol Shogunat Tokugawa yang dibuat oleh Masamune, pembuat pedang terkenal di Jepan di awal abad 14. Pedang buatan Masamune sering dibandingkan dengan pedang buatan Muramasa, yang konon adalah bekas muridnya. Pedang Masamune melambangkan kedamaian sedangkan pedang Muramasa melambangkan haus darah.

Pedang ini dimiliki Sir William Wallace (1270 – 1305), Seorang patriot dan kesatria Scotlandia yang melakukan perlawanan terhadapan penjajahan Inggris. Disebutkan bahwa pedang ini digunakan dalam the Battle of Stirling Bridge in 1297 dan the Battle of Falkirk (1298).Beratnya 2.7 Kg
Pedang milik Sultan Fateh Ali Tipu (bahasa Urdu: فتۃ الی تیپو) November, 1750, juga dikenal dengan julukan Harimau dari Mysore, adalah penguasa de facto dari Kesultanan Mysore di India dari tahun 1782 (di saat ayahnya wafat) sampai kematiannya di tahun 1799.



Pedang ini hak kepunyaan Raja Arthur.Dan menurut sejarah. Dalam bahasa Wales pedang ini bernama Caledfwlch.rusak dalam pertempuran melawan raja Pellinore.

Kusanagi
Sama halnya dengan excalibur, tidak ada yang tahu pasti bentuk pedangnya.




SUPER CAR 2010

Tunggu saja tahun hadapan. Untuk semu generasi........ ingat tu...?.

JANGAN TERLALU SUSAH HATI DGN URUSN DUNIA

Akhirat itu lebih utama

dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya

Jangan sengaja lewatkan solat.
Perbuatan ini Allah tidak suka.
Kalau tertidur lain cerita.

Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti
rezeki mahal(kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat).

Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan.
Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.

Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan.
Takut-takut kita mati dalam perjalanan.

Jangan biarkan mata liar di perjalanan.
Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.
Jangan menangguh taubat bila berbuat

dosa kerana mati boleh datang
bila-bila masa.

Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia
kalau memang kita bersalah..
Jangan mengumpat sesama rakan
taulan. Nanti rosak persahabatan kita
hilang bahagia.

Jangan lupa bergantung kepada ALLAH
dalam setiap kerja kita. Nanti kita sombong apabila berjaya.
Kalau gagal kecewa pula.

Jangan bakhil untuk bersedekah.
Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.

Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.

Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada kita.

Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa
makhluk yang teraniaya
cepat dimakbulkan ALLAH.

Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN.
Sebab semuanya untuk keselamatan kita. ALLAH lebih tahu apa yang terbaik
untuk hamba ciptaanNya.

Wasalam

TUTUP AURAT BUKAN SEKADAR PAKAI TUDUNG SAHAJA

SATU ketika dulu, ramai mengatakan memakai tudung itu hanyalah sunat muakad atau tidak wajib. Kalau tidak memakai tudung, hanya berdosa kecil. Kononnya sebaik saja mengambil wuduk untuk bersolat lima waktu, secara automatik dosa kita dibasuh dan terhapus.Apabila bergaul dengan pelbagai bangsa dan agama, kita banyak mendengar dan membaca bagaimana media barat memomokkan kod pakaian wanita Islam yang dikaitkan dengan maruah dan harga diri. Di satu sudut lain, ada wanita Islam yang bertudung dan menyangkakan mereka sudah menutup aurat, tetapi masih mengenakan seluar jeans yang ketat, kemeja T menampakkan pakaian dalam atau yang hanya layak dipakai oleh adiknya berumur 10 tahun.
Ada juga yang mengenakan tudung, tetapi memakai kain terbelah sehingga menampakkan peha, pakaian terbelah di dada, kemeja T berlengan pendek dan ada kalanya memakai skirt separas betis. Persoalannya apakah ciri pakaian menutup aurat bagi wanita Islam?
Aurat berasal daripada bahasa Arab, 'Aurah' yang bererti kurang. Di dalam fiqh, aurat diertikan sebagai bahagian tubuh seseorang yang wajib ditutupi daripada pandangan orang lain. (Wahbah al-Zuhayli (1989), al-Fiqh al-Islami wa Adillatuhu, Damsyik: Dar al-Fikr, halaman 579)
Walaupun ulama berkompromi mengenai had aurat yang perlu ditutup oleh wanita, namun mereka bersepakat mengatakan hukum menutup aurat bagi setiap wanita Muslim yang baligh adalah wajib. Untuk memenuhi syarat menutup aurat, pakaian seseorang wanita mestilah memenuhi syarat berikut:
1. Menutupi had aurat yang sudah ditetapkan.
Jumhur ulama bersepakat mengatakan aurat bagi wanita baligh ialah seluruh tubuhnya kecuali muka dan tapak tangan. Oleh itu, mereka wajib menutup aurat daripada dilihat oleh lelaki ajnabi (bukan mahram).
Allah berfirman yang bermaksud: "Dan hendaklah mereka (wanita) menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka." (Surah al-Nur, ayat 31)
Firman Allah lagi yang bermaksud: "Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (ketika mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." (Surah al-Ahzab, ayat 59).
Ayat itu Allah memerintahkan supaya Nabi Muhammad SAW menyuruh isteri Baginda mengenakan pakaian yang menutup aurat. Suruhan itu juga ditujukan kepada semua wanita beriman.
2. Pakaian yang longgar.
Tujuan utama wanita diwajibkan menutup aurat ialah untuk mengelakkan daripada lelaki ajnabi melihat tubuh badannya dan mengelakkan daripada berlakunya fitnah. Oleh itu, pakaian yang ketat walaupun tebal sudah pasti akan menampakkan bentuk tubuh badan. Wanita yang memakai pakaian ketat walaupun menutupi seluruh tubuh masih belum memenuhi tuntutan menutup aurat seperti dikehendaki syarak.
Syarat ini berdasarkan kepada kata Dahiyyah bin Khalifah al-Kalbi yang bermaksud: "Rasulullah SAW didatangi dengan beberapa helai kain 'qubtiyyah' (sejenis kain yang nipis buatan Mesir), lalu Baginda berkata: "Bahagikan kain ini kepada dua, satu daripadanya dibuat baju dan bakinya berikan kepada isterimu." Apabila aku berpaling untuk beredar Baginda berkata: "Dan suruhlahisterimu meletakkan kain lain di bawahnya (supaya tidak nampak bentuk tubuhnya)."
Menurut Ibn Rusyd, 'qubtiyyah' ialah pakaian yang tebal tetapi melekat pada badan kerana ianya ketat dan menampakkan bentuk tubuh pemakainya. Oleh itu, Rasulullah SAW menyuruh Dahiyyah menyuruh isterinya melapik pakaian itu dengan kain lain supaya tidak menampakkan bentuk tubuhnya.
3. Pakaian yang tidak jarang.
Syarak menetapkan pakaian wanita mestilah tidak jarang sehingga menampakkan bentuk tubuh atau warna kulitnya. Aisyah meriwayatkan bahawa saudaranya, Asma, pernah masuk ke rumah Rasulullah SAW dengan berpakaian tipis sehingga nampak kulitnya. Rasulullah SAW berpaling dan mengatakan: "Hai Asma, sesungguhnya seorang perempuan bila sudah datang waktu haid, tidak patut diperlihatkan tubuhnya itu, melainkan ini dan ini sambil ia menunjuk muka dan kedua telapak tangannya."
Teguran Rasulullah SAW terhadap Asma jelas menunjukkan bahawa pakaian yang jarang tidak memenuhi syarat menutup aurat bagi wanita baligh.
4. Bukan pakaian yang menarik perhatian (pakaian syuhrah).
Apa yang dimaksudkan pakaian untuk bermegah ialah pakaian yang berlainan daripada pakaian orang lain sama ada dari segi warna, fesyen atau potongan sehinggakan menarik perhatian orang lain serta menimbulkan rasa bongkak pada pemakainya.
Ibn Umar meriwayatkan daripada Nabi SAW bahawa Baginda bersabda yang bermaksud: "Barang siapa yang memakai pakaian bermegah-megah maka Allah Taala akan memakaikannya dengan pakaian yang serupa pada hari kiamat kelak kemudian ia akan dijilat api neraka."
5. Tidak menyerupai pakaian lelaki atau pakaian orang kafir.
Pakaian yang menutup tubuh badan tidak dikira sebagai memenuhi ciri pakaian Islam jika menyerupai pakaian orang kafir. Ia berdasarkan hadis Rasulullah SAW seperti diriwayatkan Ibn Abbas: "Rasulullah melaknat lelaki yang menyerupai wanita dan wanita yang menyerupai lelaki."
Larangan menyerupai pakaian orang bukan Islam ini atas alasan ia boleh menjatuhkan martabat Islam dan penganutnya.
6. Tidak bertabarruj.
Tabarruj dalam bahasa mudah boleh diertikan sebagai bersolek. Ada juga yang mengatakan tabarruj ialah melepaskan tudung kepalanya tetapi tidak mengikat/mengetatka nnya, lalu terlihatlah rantai leher, anting-anting dan lehernya. Kesimpulannya tabarruj ialah memperlihatkan keelokan, kecantikannya yang sepatutnya wajib ditutup.
Larangan ini berdasarkan kepada firman Allah yang bermaksud: "Dan hendaklah kamu tetap di rumahmu dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku (tabarruj) seperti orang jahiliah dulu (pertama)." (Surah al-Ahzab, ayat 33)
Ayat itu petunjuk kepada isteri Nabi SAW supaya tetap di rumah dan tidak bertabarruj seperti orang jahiliah dulu. Konsep tabarruj jika dilihat dalam kerangka lebih luas meliputi perbuatan wanita mendedahkan aurat, memakai wangian apabila keluar rumah, cara berjalan atau tingkah laku yang menarik perhatian lelaki ajnabi.
Pakaian wanita menutup aurat mestilah memenuhi ciri disebutkan walau di mana mereka berada. Berdasarkan syarat itu juga dapat kita ukur sejauh mana wanita Muslimah sudah menutup aurat atau hanya bertudung saja seperti fenomena di Malaysia apabila ramai bertudung tetapi memakai pakaian tidak menepati syariat. Ia adalah fenomena pemakaian tudung kerana fesyen, ikut-ikutan, paksaan ataupun berdasarkan kejahilan dan bukannya ilmu Islam sebenar.

KONTROVERSI HUKUMAN MATI DIDUNIA

10 Oktober merupakan Hari Dunia Menentang Hukuman Mati. Sayangnya masih banyak negara-negara di asia yang memberlakukan hukuman mati. Adakah kemungkinan hukuman mati dihapus total di Asia?
Setiap negara memiliki alasan tersendiri untuk memberlakukan hukuman mati. Namun ada empat cacat utama yang biasanya terlihat pada hampir semua negara dimana hukuman mati masih berlaku. Yakni sistem hukum yang tidak transparan, dimana keterangan mengenai siapa yang akan dijatuhi hukuman mati, bagaimana hukuman itu akan dijalankan, kapan dan dimana pelaksaannya itu biasanya dirahasiakan.
Jenis kejahatan yang bisa dijatuhi hukuman mati juga sangat luas, adanya kondisi dimana hukum memiliki aspek yang tidak adil, dan peluang untuk mendapatkan amnesti sangat kecil. Demikian keterangan Aurilie Placias dari koalisi penentang hukuman mati, World Coalition Against the Death Penalty, WCADP.
Salah satu kamar mati di penjara Terre Haute, Indiana, Amerika Serikat.
Meski di Asia masih banyak negara yang memberlakukan hukuman mati, Aurilia Placias optimis bahwa keadaan ini akan berubah. Menurut dia, di Asia terjadi pengurangan jumlah eksekusi. Selain itu, sudah jauh lebih banyak aktifis dan organisasi Hak Azasi Manusia di Asia yang menentang hukuman mati. Tuturnya, “Bila Anda melihat trend sejarah, selain adanya pengurangan jumlah eksekusi, gerakan anti hukuman mati semakin efisien, banyak jaringan baru di Asia, di Taiwan, di Korea, di Jepang, di India, mereka sudah mulai mengkoordinasi aksi-aksi agar bisa mendorong penghapusan hukuman mati ini lebih jauh.”

Tahun ini di berbagai negara Asia, jaringan penentang hukuman mati melakukan sejumlah aksi. WCADP bekerjasama dengan enam organisasi di Asia. Di Taiwan misalnya, berlangsung pemutaran film, debat, demonstrasi. Juga ada upaya untuk berbicara dengan para politisi mulai dari Presiden hingga jajaran anggota parlemen. Aksi-aksi serupa berlangsung di beberapa negara lain.
Menurut Aurilie Placias, keberhasilannya tidak sama di setiap negara. Ia menjelaskan: “di Jepang misalnya, Menteri Hukum dan Peradilan baru ditunjuk. Sedangkan menteri yang sebelumnya hanya menjabat selama satu bulan. Di pihak lain, di Jepang yang menentukan siapa yang akan dijatuhi hukuman mati itu adalah Menteri. Jadi ada menteri yang sama sekali menolak untuk menjatuhkan hukuman mati. Tapi ada juga yang lebih ringan tangan saat menetapkan hal itu.”


Anggota paramiliter Cina mengawal calon terhukum mati ke arena terbuka
Tahun ini di Korea Selatan, untuk keempat kalinya parlemen membahas undang-undang baru yang menghapus hukuman mati. Karenanya para aktivis terus memberikan masukan, apalagi selama sepuluh tahun terakhir hukuman mati sudah tak dilaksanakan lagi. Tahun lalu Majelis Umum PBB mengesahkan sebuah resolusi yang menyerukan penangguhan pelaksanaan hukuman mati. Resolusi PBB no 62/ 149 ini mendapatkan dukungan mayoritas. Meski 27 negara Asia telah menghapusnya, masih ada 14 negara lain yang menjalankan hukuman mati. Di antaranya, Afghanistan, Bangladesh, Brunei, Cina, India, Jepang, Malaysia, Mongkolia, Korea Utara, Pakistan, Singapura, Thailand dan Indonisia




SOLAT DIGEREJA


KAKI AMPU YANG MUNAFIK

Pada suatu hari, seorang raja memanggil kesemua penasihatnya yang terdiri daripada mufti, menteri-menteri dan timbalannya, para hukama dan tokoh-tokoh agama negarawan ke istana hinggapnya. Mereka dijamu dengan pelbagai juadah dan dianugerah dengan bintang-bintang kehormat.

Selepas menikmati jamuan, raja mengeluarkan sebotol minyak wangi dari sakunya. Baginda membuka dan menghidunya. "Minyak wangi apa ni... busuk sangat baunya.." Sambil berkata begitu, raja itu menghulurkan botol itu kepada mufti di sebelahnya. Mufti itu menghidunya. "Ya, benar. Terlalu busuk minyak wangi ini." Minyak wangi itu diberikan pula kepada wazir di sebelahnya. Wazir itu berkata, "Betul Tuanku! Minyak wangi ini memang busuk." Begitulah seterusnya botol itu diedar kepada para jemputan yang ada di balairong. Kesemua mereka mengatakan busuk sebagaimana didakwa oleh rajanya.
Akhirnya sampailah kepada giliran seorang memanda menteri. Sebaik saja menciumnya, dia terus berikan respons, "Tidak betul, mana ada minyak wangi yang tidak wangi. Kesemua minyak wangi adalah wangi termasuk yang ini. Minyak wangi ini sangat harum, tidak seperti yang tuan-tuan katakan."
Mendengar kata-kata memanda menteri tadi, raja itu tersenyum sambil berkata, "Benar kata-kata menteriku ini. Kamu semua adalah pengampu yang berbohong. Kamu sanggup menyembunyikan kebenaran kerana nak mengampu dan menjaga status kamu semua. Mulai hari ini pengampu-pengampu semua dipecat dari sebarang jawatan. Memanda menteri yang berkata benar ini beta lantik menjadi penasihat diraja."
MORAL & IKTIBAR
Seorang pemimpin yang benar-benar sedar tentang peranannya sebagai khalifah Allah di muka bumi ini sentiasa berusaha menegakkan kebenaran dan menghapuskan kebatilan. Mereka bersedia menerima teguran membina daripada rakyat-rakyat dan orang bawahannya meskipun pahit didengar. Sebaliknya mereka benci kepada orang-orang yang suka mengampu dan memujinya tanpa hak.
Mereka yang Allah kehendaki menjadi manusia yang baik rela mendengar pendapat dan kritikan orang lain terhadapnya.
Bertuahlah sesebuah negara yang mempunyai umara' (raja) yang menghampiri ulama' dan binasalah sesebuah negara yang mana ulama'nya suka menghampiri umara'.
Kata-kata yang ikhlas disukai Allah meskipun dibenci oleh semua manusia. Sebaliknya kata-kata yang tidak ikhlas dibenci Allah meskipun digemari oleh semua lapisan manusia.
Carilah keredhaan Allah meskipun terpaksa berdepan dengan onak dan duri.
Kebaikan sejati ialah berani berkata benar di depan pemerintah yang zalim.
Pemerintah yang zalim suka mempunyai penasihat-penasihat yang berkata manis kepada dirinya walaupun tidak benar.
Jauhi sifat munafik kerana ia ibarat musang berbulu ayam. Membiarkan si munafik bermaharajalela seolah-olah merosakkan keseluruhan mukabumi Allah ini dengan noda dan dosa.
Allah membenci orang yang munafik. Oleh sebab itulah kedudukan orang munafik adalah paling hina daripada orang kafir. Orang kafir jatuh kerana kejahilannya tetapi si-munafik berkata bohong sedangkan dia tahu itu adalah salah. Justeru, Allah meletakkan orang munafik di kerak neraka yang paling bawah.
Jangan menjadi pak turut sehingga menggelapkan kebenaran yang sepatutnya diperjuangkan. Apabila kezaliman telah memenuhi mukabumi, menjadi fardhu ain kepada setiap orang membuat REFORMASI bagi menegakkan keadilan yang diLIWAT.

DIABETIS IBARAT BOM JANGKA

BAYANGKAN pada suatu hari anda terserempak dan bersembang panjang dengan seorang rakan sekolah yang telah lama tidak berjumpa. Keadaannya amat mendukacitakan. Beliau menceritakan yang beliau telah 20 tahun menghidap diabetes.Walaupun lama, malangnya diabetes tidak terkawal dengan baik. Pelbagai komplikasi berlaku. Selain mata kabur, buah pinggang rosak, lima tahun lepas kaki kanannya terpaksa dipotong di paras bawah lutut, setelah beberapa minggu dijangkiti kuman.

Lima bulan lepas, kaki kirinya pula terpaksa dipotong kerana masalah yang sama. Lebih malang lagi kini beliau turun naik mahkamah syariah kerana isterinya menuntut cerai, lantaran beliau tidak lagi mampu memberi nafkah - zahir dan batin. Itulah kisah seorang pesakit diabetes. Mungkin ada kisah pesakit yang lebih teruk daripada itu. Hakikatnya pesakit diabetes berdepan dengan pelbagai komplikasi jika diabetes tidak terkawal. Penting sekali bagi pesakit diabetes merenung sejenak keadaan mereka. Berapakah paras gula dalam darah? Adakah ia terkawal?
Tahukah anda bagi setiap 100 orang berumur 30 tahun ke atas yang anda temui di Malaysia, dianggarkan 15 daripadanya menghidap diabetes atau kencing manis. Ini merupakan satu peningkatan yang amat ketara berbanding dengan cuma lapan orang penghidap diabetes bagi setiap 100 orang dewasa pada 1998.
Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan III yang dijalankan di seluruh Malaysia pada 2006 menunjukkan prevalens diabetes di kalangan penduduk berumur 30 tahun ke atas ialah 14.9 peratus. Bagi penduduk dewasa yang berjumlah 7.8 juta orang (berdasarkan Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2000), dianggarkan seramai 1.2 juta orang menghidap diabetes.
Sementara prevalens di kalangan penduduk berumur 18 tahun ke atas ialah 11.6 peratus. Negeri yang paling tinggi peratusan penghidap diabetes ialah Negeri Sembilan, diikuti oleh Melaka, Pulau Pinang dan Kedah. Negeri yang masih mengekalkan gaya hidup tradisional seperti Sabah dan Sarawak didapati rendah peratusan penghidap diabetes, berbanding dengan negeri lain.
Diabetes adalah penyakit kronik di mana paras gula dalam darah didapati berlebihan. Gula adalah pembekal tenaga yang utama kepada seseorang - ibarat petrol atau diesel bagi kereta. Apabila badan mengalami kekurangan gula, ia akan mengalami keletihan dan tidak bermaya. Tetapi sekiranya gula berlebihan dalam darah, ia bertukar menjadi racun dalam badan dan saluran darah seterusnya menjejaskan fungsi jantung, mata, saraf dan buah pinggang.
Gula dalam darah seseorang akan ditukar menjadi tenaga oleh hormon insulin, yang dikeluarkan oleh kelenjar pankreas.
Diabetes terjadi apabila badan kekurangan hormon insulin, ataupun insulin tidak dapat bertindak dengan berkesan oleh sebab-sebab tertentu. Akibatnya paras gula dalam darah akan tinggi sehingga menyebabkan diabetes.
Bagi setiap 10 orang penghidap diabetes yang tidak terkawal, tiga daripadanya akan mengalami kerosakan organ-organ penting, yang akan berakhir dengan sakit jantung, lumpuh, buta, kerosakan buah pinggang, sesetengah anggota badan terpaksa dibuang dan masalah hubungan seksual.
Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan III juga menunjukkan sebahagian besar daripada penghidap diabetes di Malaysia tidak terkawal. Ini dibuktikan oleh beberapa kajian lain, termasuk oleh penyelidik dari Universiti Sains Malaysia yang menunjukkan kadar HbA1c pesakit yang mendapat rawatan di hospital adalah di antara 10.0 hingga 14.5 peratus, jauh melebihi paras kawalan yang dikehendaki, iaitu 6.5 peratus.
Ini bermakna kita di Malaysia berdepan dengan dua masalah utama. Pertama, bilangan pesakit diabetes meningkat dengan ketara. Kedua, diabetes tidak terkawal dan berdepan dengan pelbagai komplikasi dan boleh membawa maut.
Mengapa perkara ini berlaku?
Penyebab yang paling ketara ialah perubahan gaya hidup. Dari gaya hidup yang aktif kepada gaya hidup yang tidak aktif. Kalau dulu sebahagian besar penduduk menggunakan tenaga untuk menjalankan kerja harian, sama ada kerja dalam rumah atau di luar rumah.
Bermula dari memasak, membasuh pakaian, perjalanan serta pelbagai kerja harian dulunya dijalankan sendiri tanpa bantu alat atau mesin. Sekarang itu semua tidak diamalkan. Semuanya dibantu oleh pelbagai mesin. Kita tidak lagi menggunakan tenaga.
Tambahan pula sebahagian besar dari penduduk Malaysia tidak aktif dan tidak melakukan senaman, terutamanya penduduk di kawasan bandar. Sedangkan jumlah makanan dan tenaga yang tercetus dari makanan adalah sama. Tenaga yang berlebihan ini terkumpul dan akhirnya akan mengakibatkan diabetes. Bagi penghidap diabetes, keadaan diabetes mereka menjadi tidak terkawal.
Penyumbang kedua ialah pengambilan gula dan susu pekat manis yang berlebihan sama ada dalam minuman, kuih-muih dan makanan. Setiap kali musim perayaan kita sering kali berdepan dengan masalah kekurangan gula di pasaran. Dan kita juga antara negara yang paling banyak penggunaan gula di dunia!
Perkara yang ketiga ialah kita makan banyak! Banyak daripada segi kuantiti dan juga kekerapan. Tengok saja di musim hari raya yang kita sambut setiap tahun, rumah-rumah terbuka yang diadakan. Dan kita pula menjamukan diri kita sepuas-puasnya. Tidak dinafikan terdapat penyebab diabetes yang lain seperti faktor genetik dan keturunan, kerosakan pankreas dan akibat penggunaan ubat tertentu. Tetapi ia merupakan faktor yang kecil dan sebahagiannya dapat dielakkan. Faktor yang utama ialah amalan pemakanan dan gaya hidup yang kita amalkan
Bagaimana mencegah dan mengawal penyakit diabetes?
Ada tiga perkara asas yang harus dilakukan untuk mencegah dan mengawal diabetes iaitu amalkan gaya hidup yang aktif, kawal makan dan minum, dan yang terakhir ialah ambil ubat yang sesuai. Kalau setiap orang secara istiqamah mengamalkan tiga perkara asas ini, dipercayai mereka akan kekal sihat sepanjang hayat.
Untuk mengamalkan gaya hidup yang aktif adalah tidak sukar jika kita jadikan ia keutamaan dalam hidup kita. Cubalah berjalan kaki berbanding naik motor atau kereta, naik tangga berbanding naik lif, serta pelbagai amalan lain yang membolehkan kita aktif.
Bagi mereka yang bekerja pejabat, peruntukkan masa untuk bersukan atau bersenam sekurang-kurangnya tiga kali seminggu selama setengah jam setiap kali. Kita sering memberi alasan kesuntukan masa untuk melakukan aktiviti tersebut, tetapi apabila berdepan dengan musibah seperti strok, serangan jantung, kerosakan buah pinggang, barulah kita ada masa untuk melakukan senaman dan lain-lain aktiviti. Malangnya ketika itu, ia telah terlambat.
Penulis ialah Profesor Madya di Jabatan Perubatan Masyarakat Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian, Kelantan.

PEKERJA YANG CEMERLANG AKAN MENDAPAT FAEDAH...

Pekerja yang cemerlang akan mendapat kenaikan pangkat di tempat kerjanya kemudian akan mendapat kenaikan gaji juga. Mengapa kita tidak memilih untuk jadi pekerja cemerlang sedangkan kita ada potensi ke arah itu? Mengapa kita memilih untuk menjadi pekerja biasa saja sedangkan kita ada kapasiti untuk muncul menjadi pekerja cemerlang? Kita hanya perlu berfikiran positif, rajin, berdedikasi.

Kunci asasnya adalah kawalan emosi.

Emosi yang baik, yang positif dapat mengubah kita menjadi orang berfikiran positif, rajin dan berdedikasi terhadap kerja-kerja dalam bidang tugas. Kena ada minat, matlamat, target dan tujuan dalam berkerjaya. Barulah ada motivasi, barulah ada dorongan kuat untuk kita cemerlang di tempat kerja.

Kita kena faham emosi dalam diri kita terbahagi kepada dua - emosi positif dan emosi negatif. Dalam suasana kerja, kita akan lebih banyak berjumpa dengan emosi negatif sebab kita dikelilingi oleh orang-orang berfikiran negatif, mindset negatif dan sikap negatif.

Anda sudah pasti tahu apa dia emosi-emosi positif - kegembiraan, keseronokan, keghairahan tinggi pada kerja, rasa tercabar, kesukaan yang mendalam. Kita memang dah lama tahu.Kita lupa untuk mengekalkannya dalam diri kita sebab fikiran kita sibuk memikir masalah, musibah dan berbagai keinginan yang belum tercapai. Fikiran kita juga banyak memikir orang-orang yang menyakitkan hati kita. Maka, kesan dari itu, emosi-emosi positif luntur habis. Susah untuk dibina semula, memakan masa dan asyik gagal.Mulai hari ini, usaha sehabis daya untuk mengekalkan emosi-emosi positif dalam diri Anda sebelum turun ke tempat kerja, ketika berada di tempat kerja, dalam waktu bekerja serta di luar waktu bekerja.Latih diri Anda mengekalkan emosi-emosi positif.

Be strong!

picasion.com