picasion.com

FIKIR - HENDAK KEMANA KITA ?.......

Dalam bahagian yang lepas, kita melihat bahawa bagi sebahagian kita, hidup seharian berlegar di sekitar mencari makan (kerja), berehat, berhibur dan tidur. Kita juga melihat bahawa jika itulah kitaran hidup
kita saban hari, maka kitaran tersebut tidak jauh bezanya dari kitaran harian makhluk Allah yang bernama haiwan dan unggas…atau manusia yang bukan Muslim.

Anda pasti pernah melihat sang lembu. Bayangkan rutin hariannya. Pagi-pagi mereka sekawan dihalau ke padang ragut. Bermulalah kerjanya mencari makan. Ragut sana, ragut sini. Kunyah sana, kunyah

sini. Makan sana, minum sini. Ketika tengahari, cuaca panas, sang lembu mencari tempat berteduh, berehat. Sambil berteduh, masih boleh mengunyah. Mungkin ini juga masa untuk berhibur; mengawan, menurunkan zuriat. Apabila petang, mereka dibawa kembali ke kandang. ..untuk tidur.

Esok.. rutin mereka berulang.

Lusa.. rutin yang sama.. makan, kunyah, rehat, berhibur, tidur...ragut. . kunyah.. rehat.. berhibur..tidur..

Begitulah rutin mereka saban hari, saban minggu, bulan, tahun. Umur meningkat, berat bertambah, sehingga tiba masanya tuan mereka memutuskan untuk menjual atau menyembelih mereka.

Allah menceritakan kepada kita di kalangan manusia pun ada kumpulan yang rutin harian hidupnya umpama kitaran harian sang Lembu…

“dan orang-orang yang kafir menikmati kesenangan di dunia

serta mereka makan minum sebagaimana binatang-binatang ternak makan minum, sedang Nerakalah menjadi tempat tinggal mereka..” (Muhammad: 12)

Soalnya, siapa orang-orang ini yang dinyatakan oleh Allah mempunyai kehidupan umpama sang lembu?
picasion.com