1. BULU KENING
Menurut Bukhari, Rasulullah SAW melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening. -Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari-
2. Kaki (tumit kaki) semacam hantu loceng
Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. -Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.Keterangan: Menampakkan kai dan menhayunkan/melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatkan dengan loceng, sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah.
3. Wangian
Sesiapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melawati satu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutama hidung yang bersombong kapal kata orang sekarang hidung belang. -Petikan dari Hadis Riwayat Nisaii, ibn Khuzaimah dan Hibban-
4. Dada
Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka. -Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31-
5. Gigi
Rasulullah SAW melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya. -Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani, Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah.
6. Muka dan Leher
Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasaan kamu seperti orang yang jahiliyah yang dahulu. Keterangan: Bersoleh (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang jahiliyah.
7. Muka dan Tangan
Asma binti Abu Bakar telah menemui Rasulullah dengan memakai pakaian yang tapis. Sabda Rasulullah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah sahaja. -Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.
Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya. -Petikan dari Hadis Riwayat A-Tabrani dan Baihaqi.
9. Mata
Dan katalah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pandangannya. -Petikan dari Surah An-Nur ayat 31-
Sabda Nabi Muhammad SAW, jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram. - Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.
10. Mulut (suara)
Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan seseorang terhadap hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik. -Petikan dari Surah Al-Ahzab Ayat 32-
Sabda Rasulullah SAW, Sesungguhnya akan ada umatku yang minum arak mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi. -Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah-
11. Kemaluan
Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka. -Petikan dari Surah An-Nur ayat 31-
Apabila seorang wanita itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia dikehendakinya. -Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar-
12. Pakaian
Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutamanya yang menjolok mata, maka Allah akan memberi pakaian kehinaan di Hari Kiamat nanti. -Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud, An-Nasaii dan Ibn Majah.
Petikan dari Surah Al Ahzab 59, bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu merekan tidak diganggu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
Sesungguhpun sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya. -Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim. Keterangan : Wanita yang berpakaian tapis,jarang,ketat,membentuk dan membelah,membuka bahagian-bahagian tertentu.
13. Rambut
Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka dan mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh yang bukan mahramnya. -Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslimin-