Posted by Persatuan Penduduk Chepor Indah , PEPCI 2009/2011 on 6:09 PM
Lazimnya pada pagi Hari Raya iaitu sebelum atau sesudah solat Hari Raya Aidilfitri, umat Islam di Malaysia akan berpusu-pusu memenuhi tanah-tanah perkuburan untuk menziarah kubur ahli keluarga mereka. Sesetengah tanah perkuburan telah berubah menjadiseperti kawasan perayaan yang meriah. Terdapat gerai-gerai yang menjual bunga-bunga dan air wangian untuk ditabur dan dijirus di atas kuburan. Ramai juga di antara kita yang melakukan ibadat-ibadat tertentu di kawasan perkuburan tersebut seperti membaca surahYasin, berzikir malah ada yang melakukan upacara tahlil di situ untuk di sedekahkan pahalanya kepada mayat. Ada juga segelintir kecil umat Islam yang sehinggakan membawa makanan serta minuman di kawasan perkuburan dan membuat jamuan di kawasan perkuburan. Ini semua merupakan perbuatan yang tidak pernah diajaroleh Rasulullah SAW. dan tidak juga pernah diamalkan oleh mana-mana para al-salafussoleh termasuk imam kita Imam Muhammad bin Idris al-Syafi’i rahimahullah. Sekiranya perkara tersebut adalah baik lagi mendatangkan manfaat yangbesar kepada umat Islam, nescaya mereka akan mendahului kita dalam mengamalkannya. Syaikh Wahid Abdussalam Bali ketika mengingkari pengkhususan HariRaya Adilfitri dijadikan hari menziarah kawasan perkuburan telah berkata:
Pertama, bukan merupakan petunjuk Nabi shallallahu 'alaihi wasallam atau salah seorang sahabatnya mengkhususkan Hari Raya untuk berziarah kubur
Kedua, Hari Raya adalah hari kegembiraan dan kesenangan, bukan hari kesedihan dan tangisan.
Ketiga, Hari Raya adalah hari saling berkunjung orang-orang yang masih hidup, dan bukan untuk mengunjungi orang-orang yang sudah mati. -
Sebenarnya Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam telah mengharamkan untuk dilakukan ibadah di kawasan perkuburan dan menjadikannya sebagai kawasan perayaan. Ini sebagaimana sabdanya:
Janganlah kamu jadikan rumah kamu itu sebagai kuburan. Sesungguhnya setan itu lari dari rumah yang dibacakan di dalamnya surah al-Baqarah. - Hadis riwayat ImamMuslim,
Dari hadis ini dapat kita fahami bahawa rumah yang tidak dikerjakan ibadah seperti membaca al-Qur’an dan solat adalah sama seperti kawasan perkuburan. Oleh itu secara tidak langsung ia memberitahu kepada kita semua bahawa kawasan perkuburan bukan merupakan tempat untuk beribadah seperti membaca al-Qur’an.
Tambahan pula amalan mengirim pahala bacaan al-Qur’an seperti surah Yasin kepada mayat menurut pendapat Imam al-Syafi’i rahimahullah adalah tidak sampai pahalanya kepada mayat tersebut. Ternyata di dalam kitab-kitab Imam al-Syafi’i tidak pernah tertulis tentang amalan mengirim pahala bacaan al-Qur’an kepada mayat ini. Firman Allah Subhanahu wa Ta'ala:
(Dalam Kitab-kitab itu ditegaskan): Bahawa sesungguhnya seseorang yang boleh memikul tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain (bahkan dosa usahanya sahaja); Dan bahawa sesungguhnya tidak ada (balasan) bagi seseorang melainkan (balasan) apa yang diusahakannya. - Al-Najm 38-39
Telah berkata al-Hafidz Ibnu Kathir rahimahullah di dalam kitab tafsirnya Tafsir al-Qur’an al-Adzim ketika mentafsirkan ayat di atas:
Iaitu sebagaimana seseorang tidak akan memikul dosa orang lain demikian juga seseorang tidak akan memperolehi ganjaran (pahala) kecuali apa-apa yang telah dia usahakan untuk dirinya sendiri. Dan dari ayat yang mulia ini Imam al-Syafi’i bersama paraulamak yang mengikutinya telah mengeluarkan hukum bahawa bacaan al-Qur’an tidak akan sampai hadiah pahalanya kepada orang yang telah mati. Kerana bacaan tersebut bukan dari amal dan usaha mereka. Oleh kerana itu Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam tidak pernah mengsyari’atkan umatnya (untuk menghadiahkan bacaan al-Qur’an kepada yang telah mati) dan tidak juga pernah menggemarinya atau memberikan petunjukkepada mereka baik dengan nash (dalil yang jelas lagi terang) dan tidak juga dengan isyarat dan tidak pernah dinukilkan dari seorangpun sahabat (bahawa merekapernah mengirim pahala bacaan al-Qur’an kepada orang yang telah mati). Jika sekiranya amalan itu baik tentu para sahabat telah mendahului kita mengamalkannya. Dandi dalam masalah ibadah ianya hanya terbatas pada dalil dan tidak boleh dipalingkan dengan qiyas-qiyas atau pendapat-pendapat.
Imam al-Nawawi al-Syafi’i rahimahullah pula di dalam Syarah Muslim telah berkata:
Adapun bacaan al-Qur’an (yang pahalanya dikirimkan kepada simati) maka yang masyhur di dalam mazhab Syafi’i tidak dapat sampai kepada si mati yang dikirim… Sedang dalilnya bagi Imam al-Syafi’i dan pengikut-pengikutny a iaitu firman Allah:
bahawa sesungguhnya tidak ada (balasan) bagi seseorang melainkan (balasan) apa yang diusahakannya.
Dan Sabda Nabi shallallahu 'alaihi wasallam:
Apabila manusia telah meninggal dunia, maka terputuslah amal usahanya kecuali tiga hal iaitu sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan anak soleh (lelaki atau perempuan) yang berdoa untuknya. - Hadis riwayat Imam al-Tirmidhi.
Oleh itu bagi masyarakat Islam di Malaysia yang rata-ratanya mengaku berpegang teguh dengan mazhab Syafi’i sewajarnya meninggalkan amalan membaca al-Qur’an di kuburan bertujuan untuk mengirim pahalanya kepada mayat ini bukan hanya pada pagi Hari Raya Aidilfitri tetapi juga pada hari-hari selainnya. Sabda baginda shallallahu 'alaihi wasallam lagi:
Janganlah kamu jadikan rumah-rumah kamu itu sebagai kuburan dan janganlah kamu jadikan kuburku tempat perayaan. - Hadis riwayat Imam Abu Dawud, no: 1746
Sekiranya kubur manusia yang paling mulia di atas muka bumi ini iaitu kuburnya Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam diharamkan untuk dijadikan kawasan perayaan,apatah lagi kuburan manusia biasa yang selainnya. Maka haram hukumnya untuk mengkhususkan Hari Raya Aidilfitri sebagai hari berkumpulnya manusia di kawasan perkuburan kerana ia menggambarkan seolah-olah kuburan telah dijadikan kawasan perayaan.
Tambahan pula apabila manusia berkumpul beramai-ramai dan melakukan pelbagai aktiviti di kawasan perkuburan sering kita sering melihat mereka duduk di atas kubur atau memijak-mijaknya. Mereka seolah-olah tidak pernah mengetahui amaran keras daripada Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam terhadap mereka yang duduk di atas kubur. Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam pernah bersabda:
Sesungguhnya jika seseorang kamu duduk di atas bara api membakar sehingga menembusi pakaiannya lalu membakar kulitnya, adalah lebih baik baginya daripada dia duduk di atas kuburan. - Hadis riwayat Imam Muslim.
Tidak dinafikan bahawa kita sememangnya disunnahkan untuk menziarah kubur agar mengingatkan kita kepada kematian. Ini sebagaimana sabda Nabi shallallahu' alaihi wasallam:
…maka berziarah kuburlah kamu, kerana hal itu mengingatkan kita kepada kematian. - Hadis riwayat Imam Muslim
Namun demikian Nabi shallallahu 'alaihi wasallam tidak pernah memerintahkan kita untuk mengkhususkan pagi Hari Raya Aidilfitri sebagai hari untuk menziarah kubur. Sekiranya amalan ini baik untuk umat Islam tentu baginda akan memerintah para sahabatnya radhiallahu 'anhum untuk mengerjakannya. Ternyata tidak wujud satu hadispun yang sabit daripada baginda shallallahu 'alaihi wasallam tentang amalan menziarah kubur khusus pada Hari Raya Aidilfitri.
Tambahan pula apa yang disunnahkan untuk kita lakukan ketika menziarah kubur hanyalah mendoakan kesejahteran mayat dan doa yang telah diajar oleh Rasulullahshallalla hu 'alaihi wasallam adalah:
Salam sejahtera hai penghuni kubur mukminin dan muslimin dan insya Allah kami akan menyusulmu. Aku mohon keselamatan kepada Allah bagi kami dan kalian. - Hadis riwayat Imam Muslim
Salam sejahtera hai penghuni kubur mukminin dan muslimin, semoga Allah memberi rahmat kepada orang-orang terdahulu dan orang-orang terkemudian dari kami dan insya Allah kami akan menyusul. - Hadis riwayat Imam Muslim.
Oleh itu itu hendaklah kita menghindarkan diri dari melakukan amalan-amalan bid’ah di kawasan perkuburan pada Hari Raya Aidilfitri yang mulia. Sesungguhnya ketika Allah 'Azza wa Jalla mewafatkan Nabi shallallahu 'alaihi wasallam, agama Islam itu sudah lengkap dan apa-apa ibadah yang bukan sebahagian daripada agama ketika itu maka ianya bukan sebahagian daripada agama Islam selama-lamanya. Telah berkata Imam Malik bin Anas rahimahullah:
Barangsiapa mengada-adakan sesuatu di dalam umat ini yang tidak pernah di lakukan para pendahulunya, maka dia benar-benar menganggap Rasulullah shallallahu' alaihi wasallam telah mengkhianati agama ini kerana Allah Ta’ala telah berfirman:
Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redhakan Islam itu menjadi agama untuk kamu.- al-Maaidah (5) : 3
Posted by Persatuan Penduduk Chepor Indah , PEPCI 2009/2011 on 5:51 PM
Adalah menjadi lumrah bagi kebanyakan umat Islam untukmenggiatkan aktiviti ibadah pada sepanjang bulanRamadan. Ini adalah kerana pada bulan yang penuhberkat ini Allah 'Azza wa Jalla membuka pintu langitdengan seluas-luasnya untuk menurunkan limpahanrahmat-Nya kepada sekalian hamba-hamba-Nya. Pada bulanyang mulia ini juga segala amalan-amalan berbentukketaatan kepada-Nya akan naik secara terus kepada-Nya.Sabda Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam: Apabila masuk bulan Ramadan, maka pintu-pintu langitdibuka… Hadis riwayat Imam al-Bukhari
Namun demikian apabila Syawal menjelma terdapat ramai umat Islam yang mula lalai serta alpa dalam mengerjakan ibadah. Syawal di lihat seperti bulan untuk berehat dari melakukan amal-amal soleh dan digantikan dengan pesta pembaziran, pergaulan bebas di antara lelaki dan wanita, memakai pakain yang tidak mengikut spesifikasi syari’at, temasya menonton rancangan televisyen yang berunsur hedonis dan lain-lain lagi. Ini tidak sepatutnya berlaku kerana pada bulan Ramadan umat Islam seolah-olah berada di dalam sebuah institusi latihan untuk membentuk insan yang bertaqwa dan setelah tamat latihan tersebut ia sepatutnya dapat membantu seseorang untuk mengekalkan ketaqwaan tersebut pada baki sebelas bulan lagi. Justeru itu seluruh umat Islam sewajarnya mengekalkan peningkatan dalam tahap mengerjakan amal ibadah padabulan Syawal dan bulan-bulan yang lain. Di antara bukti bahawa Ramadan telah berjaya membentukkeperibadian yang tinggi terhadap seseorang dalammenjadi insan yang bertaqwa adalah dengan mengerjakan puasa sunat Syawal atau lebih dikenali dengan puasa enam bagi masyarakat kita. Dalil disyari’atkan ibadah puasa sunat Syawal adalah sabda Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam: Barangsiapa yang berpuasa pada bulan Ramadan laludiiringinya dengan puasa enam hari di bulan Syawal,maka seolah-olah dia telah berpuasa sepanjang masa. -Hadis riwayat Imam Muslim. Menerusi hadis di atas dapat kita fahami bahawakeutamaan puasa sunat pada bulan Syawal adalahseolah-olah dia berpuasa sepanjang tahun. Menurut Syaikh ‘Abdullah al-Bassam: Barangsiapa berpuasa enam hari pada bulan Syawalsetelah Ramadan maka seakan-akan dia berpuasa fardusetahun. Ini adalah kerana satu kebaikan di balas dengan sepuluh kali ganda sepertinya. Puasa pada bulan Ramadan dibalas dengan ganjaran bersamaan sepuluh bulan (iaitu bersamaan dengan 300 hari), puasa enam hari (pada bulan Syawal) pula mendapat ganjaran sebanyak dua bulan (iaitu bersamaan dengan 60 hari),yang demikian itu menjadi sunah yang sempurna, maka tercapailah pahala beribadah setahun tanpa kesulitan sebagai kurnia daripada Allah dan nikmat ke atashamba-Nya. – Taudhih al-Ahkam min Bulughul Maraam. Cara yang paling utama untuk melaksanakannya adalahmemulakan berpuasa sesudah Hari Raya Aidilfitri secara langsung (iaitu pada tarikh 2 Syawal), berturut-turut sebagaimana yang ditetapkan oleh para ulamak. Ini jugamerupakan pendapat Imam Abu Hanifah dan Imam al-Syafi’i. Namun begitu seseorang juga bebas memilih mana-mana hari sepanjang bulan Syawal sama ada di awal, pertengahan mahupun akhirnya bahkan dia juga boleh mengerjakan secara berturut-turut mahupun berpisah-pisah. Amalan sesetengah pihak yang melakukan puasa qadha dan sunat Syawal secara serentak mengikut formula dua dalam satu merupakan perbuatan bidaah yang tidak ada dalilnya dari mana-mana hadis Nabi shallallahu 'alaihiwasallam yang sabit. Apa yang lebih utama adalah menyempurnakan puasa bulan Ramadan terlebih dahulu yakni dengan menggantikan puasa-puasa yang tertinggal kemudian baru dikerjakan puasa sunat Syawal. Ini lebih bertepatan dengan maksud hadis di atas untuk mendapat keutamaanya iaitu seolah-olah berpuasa sepanjangtahun. Oleh itu janganlah ketinggalan dari menunaikan puasa sunat enam hari di bulan Syawal ini.
Posted by Persatuan Penduduk Chepor Indah , PEPCI 2009/2011 on 8:09 AM
Islam adalah satu-satunya agama yang diredhai oleh Allah serta agama paling sempurna. Firman Allah S.W.T:
"Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu dan Aku telah cukupkan nikmat-Ku kepadamu, dan Aku telah redha Islam itu menjadi agamamu." - Surah al-Maaidah: 3.
• Bertakbir.
Bertakbir pada tarikh 1 Syawal bersempena Aidilfitri merupakan suatu amalan yang disyariatkan. Takbir pada hari Aidilfitri bermula ketika terlihatnya hilal (anak bulan) dan berakhir setelah selesainya kemuncak hari raya, iaitu ketika imam selesai berkhutbah. Firman Allah S.W.T:
"Supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), supaya kamu membesarkan Allah (dengan bertakbir) kerana telah memberi petunjuk-Nya kepada kamu dan supaya kamu bersyukur." – Surah al-Baqarah:185.
Adalah juga disunnahkan untuk kita bertakbir disepanjang perjalanan dari rumah kita menuju ke masjid untu menunaikan solat Aidilfitri. Menurut Syeikh Muhammad Nasiruddin al-Albani r.h:
"Mengenai syariat bertakbir (pada hari raya Aidilfitri) yang perlu dilakukan oleh kaum muslimin ialah bertakbir dengan suara lantang ketika dalam perjalanan menuju ke tempat solat walaupun kebanyakan umat Islam mula memandang remeh sunnah ini." – RujukKitab Meneladani Rasulullah S.a.w Dalam Berhari Raya, karya Syeikh Ali Hassan bin Ali al-Halabi al-Atsari, ms. 32
Bertakbir sejak mula keluar dari rumah bertujuan menyerlahkan syiar Islam di setiap pelusuk jalan yang dilalui ketika menuju ke tempat solat.
• Lafaz ucapan selamat pada hari raya Aidilfitri.
Majoriti amalan umat Islam di Malaysia akan mengucapkan antara satu sama lain pada hari lebaran dengan ucapan ‘Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir dan Batin’. Namun, apa yang lebih bertepatan dengan amalan para salafussoleh dalam meneladani sunnah Nabi s.a.w adalah sebagaimana yang diceritakan oleh al-Hafiz Ibn Hajar al-'Asqalani r.h yang dinukilkan daripada Jubair bin Nufair r.a katanya:
“Apabila para sahabat Rasulullah s.a.w bertemu di hari raya, sebahagian mereka mengucapkan kepada yang lain ‘taqabbalullah minna waminka’ (Semoga Allah menerimaamalan kami dan amalanmu).”
• Meneruskan qiamullail.
Jika sepanjang bulan Ramadan kita telah bersungguh-sungguh menghidupkan malam kita dengan pelbagai ibadah terutamanya solat qiyam Ramadan (solat tarawih), ia seharusnya diteruskan juga pada hari-hari berikutnya dengan mengerjakan solat tahajjud. Saranan ini tidak bermaksud mengkhususkan pada malam Aidilfitri untuk dikerjakan qiamullail. Apa yang cuba ditekankan di sini adalah semangat mengerjakan qiyam Ramadan (solat tarawih) haruslah diteruskan dengan mengerjakan qiamullail pada hari-hari berikutnyasesudah bulan Ramadan.
• Mandi pada pagi hari raya.
Disunnahkan mandi di pagi hari raya sebagaimana mandi wajib, iaitu sebelum berangkat menuju ke tempat perlaksanaan solat Aidilfitri. Ali bin Abi Thalib r.a pernah ditanya mengenai mandi. Adakah diharuskan mandi setiap hari? Beliau menjawab:
"Tidak harus melakukannya. Namun, mandi yang diharuskan ialah mandi pada hari Jumaat, hari Arafah, hari Aidiladha dan Aidilfitri." - Hadis riwayat Imam Syafie di dalam Musnad al-Syafi’i.
• Makan sebelum solat Aidilfitri.
Disunnahkan kaum muslimin menjamah makanan sebelum berangkat menunaikan solat Aidilfitri. Perbuatan ini bertujuan menutup segala andaian bahawa dibenarkan berpuasa pada hari raya. Menurut al-Muhallab r.h:
"Mengenai hikmah menjamah makanan sebelum mengerjakan solat hari raya adalah agar seseorang tidak berpendapat bahawa dia boleh berpuasa sehingga solat hari raya Aidilfitri dilaksanakan. Seolah-olah Rasulullah s.a.w ingin menutup prasangka semacam ini." -
Kebiasaannya, Rasulullah s.a.w akan memakan kurma dalam jumlah yang ganjil pada pagi hari raya. Namun, tidak bermakna umat Islam perlu menyediakan buah kurma untuk dimakan pada pagi hari raya Aidilfitri. Mereka bebas memakan apa sahaja. Tetapi, mengikut sunnah itu lebih baik daripada menyanggahinya. Sedangkan, sunnah itu termasuk perkara tauqifi (tidak boleh dipersoalkan). Anas bin Malik r.a berkata:
“Rasulullah s.a.w tidak akan pergi ke tempat solat pada pagi Aidilfitri sebelum memakan beberapa biji kurma.” Murajja’ bin Raja’ berkata: Ubaidillah menceritakan kepadaku bahawa Anas r.a berkata: Rasulullah s.a.w memakannya dalam jumlah yang ganjil.” - Hadis riwayat al-Bukhari
Namun, jika tidak memiliki kurma maka dibolehkan untuk mengisi perut dengan makanan lain terutamanya makanan yang manis-manis seperti madu. Sekiranya tidak ada makanan sama sekali, memadai dengan hanya meminum air.
• Memakai pakaian yang indah.
Disunnahkan kaum muslimin menghiaskan diri dengan pakaian yang indah-indah pada hari raya. Imam Syafier.h berkata:
"Aku lebih menyukai seseorang memakai pakaian terbaik yang dimilikinya pada hari-hari raya, iaitu pada hari Jumaat, dua hari raya (Aidiladha dan Aidilfitri) dan tempat diadakan majlis (seperti majlis perkahwinan). Dia hendaklah memakai baju yang bersih dan memakai wangi-wangian." – Rujuk Ringkasan Kitab Al-Umm, Imam al-Syafi’I.
Bagi kaum wanita pula walaupun disunnahkan memakai pakaian yang terbaik, namun mereka hendaklah menghindari dari memakai pakaian yang bercorak-corak serta perhiasan yang berlebih-lebihan sehingga menarik perhatian golongan lelaki. Bagi golongan kanak-kanak pula, Imam Syafie r.h menambah:
"Mengenai golongan kanak-kanak pula, mereka boleh memakai pakaian paling bagus yang dimilikinya, baik lelaki mahupun perempuan dan mereka juga boleh memakaiperhiasan emas atau apa sahaja perhiasan.".
Semoga di pagi hari raya kita akan memilih pakaian yang terbaik serta paling mahal mengikut kemampuan masing-masing menuju ke tempat solat hari raya. Disunnahkan juga bagi kaum lelaki memakai wangi-wangian tetapi tidak disunnahkan kepada kaumwanita. Sabda Rasulullah s.a.w:
"Mana-mana wanita yang memakai wangian lalu dia melintas di hadapan lelaki supaya mereka dapat menghidu kewangiannya, dia adalah penzina." - Hadis riwayat al-Nasaai.
Namun begitu bukanlah bermakna kaum wanita harus membiarkan dirinya berbau busuk. Islam adalah agama yang menitik-beratkan kebersihan serta kesihatan diri. Dibenarkan bagi wanita untuk memakai wangian yang keharuman sekadar untuk menjaga dirinya dari berbau busuk dan tidak sehingga menarik perhatian orang di sekelilingnya. Haruman-haruman yang kuat dan boleh menaikkan nafsu berahi hanyalah khusus untuk suaminya.
• Berjalan kaki menuju tempat dikerjakan solat hari raya.
Umat Islam dianjurkan berjalan kaki menuju ke tempat solat Aidilfitri jika tidak keberatan. Ali bin Abi Thalib r.a:
"Termasuk sunnah, iaitu engkau berjalan kaki menuju ke tempat solat hari raya dan memakan sesuatu sebelum berangkat." - Hadis riwayat al-Tirmizi.
Namun begitu bagi yang sesiapa yang perlu menggunakan kenderaan kerana tempat solat terlalu jauh, ia dibolehkan dalam syarak. Tetapi, berjalan kaki menuju ke tempat solat lebih afdal berbanding menaiki kenderaan.
. Mengikuti jalan yang berbeza ketika pergi dan kembali dari mengerjakan solat hari raya.
Disunnahkan juga mengikuti jalan yang berbeza ketika pergi dan kembali dari mengerjakan solat hari raya. Jabir bin ‘Abdullah r.a berkata:
"Nabi s.a.w melalui jalan yang berbeza pada hari raya." - Hadis riwayat al-Bukhari di dalam Sahihnya,
Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah r.h berkata:
"Baginda s.a.w selalu melalui jalan yang berbeza ketika menuju dan pulang dari tempat solat pada hari raya. Ada yang berpendapat, hal ini dilakukan agar dapat bersalaman dengan orang-orang yang melalui kedua-dua jalan itu. Sebahagian lain berpendapat untukmemberikan barakah kepada mereka. Ada juga berpendapat untuk memberikan pertolongan kepada mereka yang memerlukannya di kedua-dua jalan itu. Menurut pendapat lain pula untuk menampakkan syiar Islam di jalan-jalan. Pendapat yang lebih tepat adalah supaya perjalanan yang ditempuh lebih jauh (banyak langkahnya). Orang yang berjalan ke masjid atau tempat solat, salah satu langkah kakinya akan meninggikandarjat. Sedangkan langkah kaki yang lain akan menghapuskan kesalahan-kesalahannya.".
• Tempat perlaksanaan solat hari raya.
Sunnah mengerjakan solat hari raya di kawasan lapang atau musholla (tempat terbuka seperti padang sehingga khatib dapat melihat semua hadirin) merupakan satu amalan yang jarang dilakukan di Malaysia melainkan beberapa kelompok kecil yang benar-benar kuat berpegang kepada sunnah Nabi s.a.w. Apakah musholla itu berbeza dengan masjid? Abu Said al-Khudri r.a berkata:
"Pada hari Aidilfitri dan Aidiladha, Rasulullah s.a.w keluar menuju ke musholla. Ketika itu, perkara pertama yang dilakukan oleh baginda ialah mengerjakan solat hari raya (tanpa ada sebarang solat sunat)." - Hadis riwayat al-Bukhari.
Tentang hikmah mengerjakan solat hari raya di musolla, Syeikh Abu Ubaidah Masyhur bin Hasan telah berkata:
"Sesungguhnya mengerjakan kedua-dua solat hari raya di tanah lapang mengandungi hikmah yang besar. Di antaranya adalah seluruh kaum muslimin setidak-tidaknya mereka boleh berkumpul bersama (bersua muka) dua kali dalam setahun. Semua orang dariseluruh pelusuk negeri akan berkumpul di sebuah tempat sama ada lelaki, perempuan atau kanak-kanak. Mereka semua menghadap Allah dengan hati yang penuh konsentrasi, dikumpulkan dengan satu kalimat (tauhid), solat di belakang seorang imam, membaca takbir dan tahlil bersama dan berdoa kepada Allah dengan penuh ikhlas. Seakan-akan hati mereka terikat menjadi satu, merasa bahagia dan mensyukuri nikmat Allah yang telah dilimpahkan kepada mereka. Dengan itu, hari raya benar-benar bermakna bagi mereka." .
• Mengerjakan Solat Aidilfitri
Di antara syiar yang palin utama dalam menyambut Aidilfitri adalah perlakasanaan solat Aidilfitri sebanyak 2 rakaat oleh seluruh umat Islam. Ibn Abbas r.a berkata:
"Rasulullah s.a.w telah keluar pada hari raya Aidilfitri kemudian terus mengerjakan solat hari raya sebanyak dua rakaat. Baginda tidak melakukan sebarang solat sebelumnya dan sesudahnya." - Hadis riwayat al-Bukhari.
Disunnahkan menyampaikan khutbah sesudah mengerjakan solat hari raya Aidilfitri. Abu Sa’id al-Khudri r.a berkata:
"Pada hari raya Aidilfitri dan Aidiladha, Rasulullah s.a.w akan keluar menuju musolla. Perkara pertama yang dilakukan oleh baginda (apabila tiba di masjid) baginda akan mengimami solat. Kemudian, baginda akan berpusing dan menghadap ke arah makmum yang sedang duduk di dalam saf mereka. Seterusnya, baginda akan memberikan nasihat, wasiat dan perintah kepada mereka (khutbah)." - Hadis riwayat al-Bukhari;
Para jemaah tidak diwajibkan menghadiri atau mendengar khutbah hari raya. Sebaik sahaja selesai mengerjakan solat hari raya, sesiapa yang tidak ingin turut serta mendengar khutbah maka dia dibenarkan meninggalkan majlis itu. Abdullah bin al-Sa’ib r.a berkata:
"Aku pernah menghadiri solat hari raya bersama Nabi s.a.w. Setelah selesai solat baginda bersabda: Sesungguhnya kami akan berkhutbah. Oleh itu, sesiapa ingin duduk mendengar khutbah, dia boleh duduk. Sesiapa yang ingin pergi, dia boleh beredar." - Hadis riwayat Abu Daud.
• Bergembira Pada Hari Raya Aidilfitri
Islam adalah agama yang begitu praktikal lagi munasabah. Setelah sebulan umat Islam memberi tumpuan sepenuhnya untuk beribadah kepada Allah, maka kini tiba masanya untuk menyambut kejayaan itu dengan kegembiraan dan kemeriahan. Oleh itu, usaha-usaha untuk menimbulkan suasana kegembiraan di dalam keluarga masing-masing pada hari raya Aidilfitri adalah sebahagian daripada syiar Islam. Suasana kegembiraan ini berbeza mengikut adat setempat. Bagi kita di Malaysia, kegembiraan sambutan hari rayaAidilfitri dapat dilihat dengan memakai baju-baju baru yang indah, seluruh ahli keluarga berkumpul, ziarah-menziarah sesama umat Islam dan pelbagai lagi. Di sesetengah negara Timur Tengah, cuti umum hari raya Aidilfitri dipergunakan untuk membawa ahli keluargabersiar-siar serta berkelah di tempat-tempat peranginan. Semua bentuk suasana kegembiraan dan kemeriahan ini adalah sebahagian dari tuntutan agama Islam sempena menyambut hari raya Aidilfitri selagi ia dilaksanakan sesuai dengan lunas-lunas syarak. Syeikh Sayyid Sabiq r.h berkata:
"Mengadakan permainan serta kegembiraan yang tidak melanggar aturan agama, termasuk pelbagai bentuk nyanyian yang baik (dari segi makna), semua itu termasuk syiar agama yang disyariatkan oleh Allah pada hari raya untuk melatih tubuh jasmani dan memberi kepuasan serta kegirangan hati." .
Rasulullah s.a.w sendiri telah membenarkan penduduk Madinah al-Munawwarah bergembira apabila munculnya hari raya Aidilfitri dan Aidiladha. Anas bin Malik r.a berkata:
"Nabi s.a.w pernah datang ke Madinah sedangkan penduduknya memiliki dua hari raya yang mana mereka bermain-main (bergembira) di masa jahiliah pada kedua-dua hari itu. Lalu baginda berkata: Aku datang kepada kamu semua sedangkan kamu memiliki dua hari (raya) yang menjadi medan permainan kalian pada masa jahiliyyah. Sabdanya lagi: Sesungguhnya Allah telah menggantikan kedua-dua hari itu dengan yang lebihbaik, iaitu hari raya Aidiladha dan Aidilfitri.” - Hadis riwayat al-Nasaai,
• Mengerjakan Puasa Sunat Enam Hari Pada Bulan Syawal
Sabda Rasulullah s.a.w:
"Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadan lalu diiringi dengan puasa enam hari di bulan Syawal, seolah-olah dia telah berpuasa setahun." - Hadis riwayat Muslim di dalam Sahihnya,
Posted by Persatuan Penduduk Chepor Indah , PEPCI 2009/2011 on 7:47 AM
4 PERKARA UNTUK SIHAT Empat perkara menguatkan badan 1. Makan daging 2. Memakai haruman 3. Kerap mandi 4. Berpakaian dari kapas Empat perkara melemahkan badan 1. Banyak berkelamin (bersetubuh) 2. Selalu cemas 3. Banyak minum air ketika makan 4. Banyak makan bahan yang masam Empat perkara menajamkan Mata 1. Duduk mengadap kiblat 2. Bercelak sebelum tidur 3. Memandang yang hijau 4. Berpakaian bersih Empat perkara merosakkan Mata 1. Memandang najis 2. Melihat orang dibunuh 3. Melihat kemaluan 4. Membelakangi kiblat Empat perkara menajamkan fikiran 1. Tidak banyak berbual kosong 2. Rajin bersugi (gosok gigi) 3. Bercakap dengan orang soleh 4. Bergaul dengan para ulama 4 CARA TIDUR 1. TIDUR PARA NABI Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit Dan Bumi. 2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat Malam. 3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak Dimakan. 4. TIDUR SYAITAN Menelungkup/ tiarap seperti tidurnya ahli neraka.
SEORANG DOKTOR NEUROLOGI MENEMUI KEAJAIBAN ALLAH ........... 'Seorang doktor di Amerika Syarikat telah memeluk Islam kerana beberapa keajaiban yang ditemuinya dalam penyelidikannya. Dia amat kagum dengan penemuan tersebut, sehingga tidak dapat diterima oleh akal fikiran. Dia adalah seorang Doktor Neurologi .Setelah memeluk Islam, dia amat yakin akan perubatan secara Islam Dan dengan itu telah membuka sebuah klinik yang bertemakan 'Perubatan Melalui Al-Qur'an' . Kajian perubatan melalui Al-Qur'an membuatkan ubat-ubatannya berteraskan apa yang terdapat di dalam Al-Qur'an. Di antara kaedah-kaedah yang digunakan termasuklah berpuasa, madu lebah, biji hitam (black seed) Dan sebagainya. Apabila ditanya bagaimana dia tertarik untuk memeluk Islam, Maka doktor tersebut memberitahu bahawa semasa beliau melakukan kajian urat saraf, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki oleh darah . Padahal setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal. Setelah membuat kajian yang memakan masa, akhirnya beliau mendapati Bahawa darah tidak akan memasuki urat saraf di dalam otak manusia melainkan pada ketika seseorang itu sedang sujud semasa mengerjakan Sembahyang!! ! Urat tersebut memerlukan darah hanya untuk Beberapa sukatan yang tertentu sahaja. Ini bermaksud bahawa darah hanya akan memasuki urat tersebut mengikut kadar sembahyang waktu yang diwajibkan oleh Islam....... Begitulah keagungan ciptaan Allah!!!dd Tidak menunaikan sembahyang , akan otaknya tidak Akan dapat menerima darah yang secukupnya untuk berfungsi secara normal!!! Oleh yang demikian, kejadian manusia ini sebenarnya adalah untuk menganuti agama Islam 'sepenuhnya' kerana sifat fitrah kejadiannya memang telah dikaitkan oleh Allah dengan agama-Nya yang indah ini.'
Posted by Persatuan Penduduk Chepor Indah , PEPCI 2009/2011 on 7:00 PM
Perkara ini dah dijelaskan bahawa beza MUSLIM dengan non-MUSLIM ialah solat.
Tapi bila kita lihat masyarakat kita lain pulak jadinya... banyak amalan2 dan budaya non-muslim yang kita terikut-ikut, malah ianya semakin bertambah. Antaranya;
1. Membakar mercun masa menjelang perayaan/ pada hari raya
2. Memberi angpow pada hari raya
3. Membuat sambutan ulangtahun - harijadi, anniversary, hari ibu, new year dsbnya
4. Bersanding,tepung tawar,sirih junjung dsbnya semasa majlis nikah-kahwin.
5. Suka berdemonstrasi
6. Belebihan2an dalam bergambar, dan menggantung gambar dalam rumah
7. Muzik, nyanyian, tarian dll
Semua benda di atas tu kalau tak buat pun tak merugikan langsung umat islam, malah mungkin akan tambah menguatkan kita dengan meningkatnya keimanan kita.
Posted by Persatuan Penduduk Chepor Indah , PEPCI 2009/2011 on 9:00 AM
Maklumat Ringkas: SEBAT CARA ISLAM 1.. Panjang rotan tidak lebih 1.22 meter , tebal tidak lebih 1.25 sm
2. Jika pesalah hamil, hukuman dilaksanakan selepas 2 bulan melahirkan anak.
3. Sebatan tidak boleh kena muka, kepala, perut, dada atau bahagian sulit.
4. Pesalah lelaki disebat berdiri manakala perempuan dalam keadaan duduk..
5. Sebatan dengan kekuatan sederhana.
6. Tukang sebat tanpa mengangkat tangannya melebihi kepala.
7. Tidak melukakan kulit pesalah.
SEBAT CARA SIVIL 1. Rotan yang digunakan terdiri daripada berbagai-bagai saiz.
2. Pesalah akan ditanggalkan pakaiannya dan digantikan dengan pakaian cawat.
3. Pakaian cawat hanya menutupi bahagian kemaluan depan sahaja.
4. Bahagian daging punggung akan terdedah untuk disebat.
5. Pesalah akan dibaringkan secara berdiri pada patung yang dikhaskan dan diikat kedua kaki dan tangan.
6. Sesetengah tukang sebat menyebat dengan cara terus.
7. Sesetengah tukang sebat menyebat dengan cara sentapan.
8. Sebatan dengan cara sentapan lebih menyakitkan kerana pesalah dapat merasakan cebisan kulit tersentap keluar.
...Hukuman yang dirujuk sebagai pelaksanaan hukum Islam di bawah Seksyen 136 Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 4 enakmen sama (pindaan 1987) sebenarnya masih tidak mengikut prinsip syarat hukum Islam yang sebenar. Di bawah hukum Islam, kesalahan meminum arak adalah diletakkan di bawah hukum hudud, iaitu satu hukum yang dinaskan mengikut Al-Quran dan hadis Rasulullah SAW.... Apa yang paling penting untuk difahami ialah cara sebatan yang dilaksanakan di dalam penjara sekarang adalah sangat berbeza dengan kaedah sebenar hukum Islam, kerana mengikut Islam sebatan ini perlu mengambil kira keadaan dan kesihatan pesalah, selain dari memastikan pesalah dalam keadaan sepenuhnya berpakaian menutup aurat.Alat sebatan dan kaedah merotan hendaklah juga sederhana, antaranya bila sebatan dilaksanakan tangan tidak boleh diangkat sehingga menampakkan ketiak. Sebatan juga tidak boleh sampai mencederakan, dan sebatan dilakukan di beberapa tempat pada badan dan bukannya pada satu tempat sahaja. Dalam Islam, hukuman ini bukan bersifat untuk menyeksa tetapi bersifat mendidik pelaku kesalahan serta mendidik masyarakat awam supaya gerun untuk melakukan perbuatan itu lagi.... __._,_.._
Posted by Persatuan Penduduk Chepor Indah , PEPCI 2009/2011 on 3:54 PM
Orang-orang yang mempunyai kulit paling putih terdapat di Eropa bagian utara dan dinamakan orang-orang Nordik. Orang-orang yang mempunyai kulit paling hitam hidup di Afrika bagian barat. Orang-orang di Asia Tenggara mempunyai warna kulit coklat kekuningan. Tetapi, kebanyakan orang tidak berkulit putih, hitam, atau kuning, melainkan berkulit coklat dengan beratus-ratus variasi.
Apakah sebabnya terdapat perbedaan-perbedaan warna kulit pada orang-orang ini? Penjelasannya sebenarnya terletak pada seluruh rangkaian proses-proses kimia yang terjadi di dalam tubuh dan kulit. Di dalam jaringan-jaringan kulit terdapat dasar-dasar warna tertentu yang dinamakan "chromogens", yang tidak berwarna. Ketika ragi-ragi atau enzim-enzim bertindak berdasarkan dasar-dasar warna ini, warna kulit tertentu pun dihasilkan.
Bagaimana jika seseorang tidak mempunyai dasar-dasar warna ini, atau enzim-enzimnya tidak bekerja dengan sebagaimana mestinya terhadap dasar-dasar warna ini? Maka orang itu dinamakan "albino" karena tidak mempunyai zat warna sama sekali. Ini dapat terjadi pada orang-orang di mana saja di dunia ini. Ada orang-orang albino di Afrika, "orang-orang yang lebih putih" dari orang kulit putih mana pun! Kulit manusia itu sendiri, tanpa adanya zat pewarna, berwarna putih krem. Tetapi pada warna ini ditambahkan sedikit warna kuning, yaitu akibat dari adanya pigmen kuning di dalam kulit. Unsur warna lain yang ditemukan dalam kulit adalah hitam, yaitu akibat dari adanya butiran-butiran kecil dari suatu zat yang dinamakan "melanin". Zat ini berwarna coklat, tetapi jika tampak dalam kumpulan besar akan kelihatan berwarna hitam. Sifat lain ditambahkan pada kulit oleh warna merah darah yang beredar di dalam pembuluh-pembuluh kulit yang sangat kecil. Warna kulit masing-masing orang bergantung pada perbandingan- perbandingan dari keempat warna ini yaitu putih, kuning, hitam, dan merah. Semua warna kulit umat manusia dapat diperoleh dengan kombinasi-kombinasi yang berbeda-beda dari unsur-unsur warna yang kita miliki ini. Cahaya matahari dapat menciptakan melanin, pigmen hitam, di dalam kulit. Jadi, orang-orang yang tinggal di daerah-daerah tropis mempunyai lebih banyak pigmen melanin dan mempunyai kulit yang lebih gelap. Tetapi jika kamu berjemur di bawah sinar matahari selama beberapa hari, cahaya ultraviolet dari matahari akan menghasilkan lebih banyak melanin di dalam kulit kamu juga, dan ini akan mengakibatkan "warna coklat matahari"! (L.A.N.)
Posted by Persatuan Penduduk Chepor Indah , PEPCI 2009/2011 on 8:21 AM
Tidak dinafikan dalam mendepani zaman ini, para isteri akan bertemu dengan bermacam-macam bentuk halangan. Tambahan pula bagi mereka yang bekerja dan mempunyai anak yang banyak. Di mana-mana sahaja akan kita temui keluhan demi keluh-an sehingga menjadikan anak-anak dara merasakan bahawa terus menjadi dara adalah yang terbaik.
Sekiranya, kita menoleh dan merenung sejarah nenek moyang kita dahulu, sepatutnya mereka lebih-lebih lagi mempunyai alasan untuk mengeluh, namun kita dapat saksikan orang-orang lama ini akan bertahan lama dengan pasangan masing-masing. Mereka tidak mempunyai mesin untuk membasuh pakaian. Mereka perlu mencari kayu api untuk memasak. Ah, banyak lagi alasan yang boleh digunakan untuk menunjukkan ibu-ibu kita pada zaman dahulu mempunyai sejumlah kerja yang berkali ganda untuk dibandingkan dengan tugasan kita ini!
Justeru, apakah formula terbaik yang boleh diguna pakai dalam memastikan hala tuju hidup kita di dunia ini berjalan dengan baik dan juga membina kehidupan yang selesa di akhirat? Mungkin ada baiknya jika kita menilik semula tabiat baik yang telah diamalkan oleh ibu-ibu kita dan diaplikasikan mengikut kesesuaian pada masa sekarang.
Sekiranya, ibu-ibu kita berjaya dalam kepayahan maka kita perlu lebih berjaya dengan kemudahan yang kita ada. Dibawah ini akan menyingkap petua berkesan dan sekatan yang perlu dielakkan dalam menjadi ‘Isteri High Class’.
Antara tip-tip yang berkesan:
Kurangkan leteran
Ya, inilah kegemaran golongan para isteri kini. Dengan tekanan yang sangat mendesak di pejabat, ditambah pula keadaan yang sangat mendera di rumah, kita telah menggunakan kaedah berleter bagi melepaskan tekanan. Sebenarnya, leteran bukanlah menghilangkan tekanan.
Seorang isteri yang berleter sebenarnya sedang memindahkan tekanannya kepada seisi keluarga. Sekiranya ini berlaku, hal ini bermakna seisi keluarga sedang berada dalam keadaan tertekan. Sekiranya tekanan dipendam, maka ada kemungkinan satu hari kita akan terdengar ledakan bomnya.
Jadi, bukankah baik sekiranya tekanan itu dilepaskan dengan teknik yang lain. Apa kata jika anda menggunakan kaedah berlemah lembut, iaitu dengan berlucu, namun menyengat sanubari sasaran kita.
Di sini disertakan beberapa contoh situasi agar pada masa hadapan, anda boleh berfikir secara kreatif cara menggunakan kata-kata lucu untuk menegur.
i. Suami meletakkan pakaian dan stokinnya di merata-rata tempat setelah menanggalkannya;
"Apa kata kalau sayang tak nak basuh baju abang kalau abang tak letak baik-baik baju abang di tempatnya. Aci tak?"
ii. Hari minggu, suami tidur semula sesudah solat subuh sedang-kan rumah penuh dengan aktiviti yang wajib dilakukan;
"Apa kata kalau abah bangun, mandikan anak dan suapkan anak-anak. Tadi umi dah masak. Nanti malam karang, umi mandikan abah selepas umi suap abah. Boleh?"
iii. Suami enggan membersihkan anak yang telah membuang air besar di dalam lampin pakai buang. Mungkin dia geli;
"Takpe kalau papa tak mau basuh tapi cuba papa fikir, kalau mama pergi dulu, papa pula sakit. Tak boleh bangun sendiri. Sapa ya yang nak basuhkan berak papa?"
iv. Anak anda malas membaca buku tetapi gemar menonton televisyen;
"Mana ya adik letakkan buku sekolah adik tadi? Cikgu adik pesan suruh mak bagi kat televisyen tu suruh dia buat kerja sekolah adik. Satu lagi, adik tak boleh keluar rumah petang ni untuk main di padang sebab adik dah langgar larangan mak jangan tengok TV selagi kerja sekolah adik tak selesai.
Maklumlah, TV kan tak pandai buat kerja sekolah!"
Selain teknik di atas, anda juga perlu masa yang sesuai untuk bersendirian dengan orang yang anda ingin leteri. Masa ini, berbicaralah dari hati ke hati supaya dia memahami perkara yang anda katakan adalah untuk kebaikan dirinya juga. Insya-Allah mereka akan faham jika anda menyampaikan rasa hati anda dengan tepat.
Sekiranya mereka telah membantu anda, janganlah mengharapkan sesuatu yang maksimum daripada mereka. Hal ini juga menyebabkan mereka bosan untuk membantu lagi kerana buat salah, tinggalkan pun salah. Jadi, mereka memilih untuk meninggalkan sahaja tugasan itu. Bukankah ini lebih merugikan. Sekiranya kerja mereka tidak serapi mana sekalipun, ucapkanlah terima kasih dan hal ini akan membangkitkan rasa suka mereka untuk membantu anda pada masa lain.
Posted by Persatuan Penduduk Chepor Indah , PEPCI 2009/2011 on 3:56 PM
lima perkara semua kita mahukannya dan kita berusaha utk mendapatkannya 1.wajah yang cantik 2.duit yang banyak 3.kesihatan yang baik 4.anak2 yg cerdik dan berjaya macam kita 5.tidur yang nyenyak tanpa gangguan senang jer untuk mendapatkannya, hanya 50 minit setiap hari.
sabda nabi saw, siapa yang tinggalkan solat subuh tiadalah padanya nur di wajahnya dan siapa yang tinggalkan solat zohor tiadalah padanya rezeki yang berkat dan barang siapa yang tinggalkan solat asar tiadalah padanya kekuatan badan,dan siapa yang tinggalkan solat maghrib tiadalah padanya anak2 yg bermanafaat dan barangsiapa yang tinggalkan solat isyak tiadalah padanya tidur yang nyenyak
sampaikanlah daripada nabi saw itu walaupun satu aya
Posted by Persatuan Penduduk Chepor Indah , PEPCI 2009/2011 on 3:49 PM
Ketika makan tengahari bersama, Pian berbual dengan Amat jiran sebelah rumahnya.
Pian: "Amat, aku dengar semalam kau bertengkar dengan isteri kau?"
Amat: "Ya betul..."
Pian: "Mesti hebat kan? Jadi akhirnya macam mana?"
Amat: "Akhirnya dia berlutut di depan aku..."
Pian: "Wuahhhh hebat sekali kau... kau memang jantan sejati, kemudian apa kata isteri kau?"
Amat: "Isteri aku berteriak dengan kerasnya, "Hei kalau kau anak jantan, keluarlah dari bawah katil tu dan hadapi aku!!"
Pian: "@#$!%^&%"
Posted by Persatuan Penduduk Chepor Indah , PEPCI 2009/2011 on 9:10 AM
Sekadar renungan.... .......buat peringatan buat diriku yang sering terlepas pandang. Aku telah menemui sebuah rumah yang usang. Rumah itu hanya berdindingkan buluh bertanggakan batang kelapa. Di serambi rumah itu ada beberapa anak kecil yang kelihatan lesu dan letih. Aku hampiri mereka lalu bertanya kepada yang paling tua antara mereka, seorang kakak yang berumur baru kira-kira 11 tahun:
"Mana emak? " "Mak pergi menoreh," jawabnya. "Mana bapak?" "Bapak pergi kerja..." "Habis tu adik yang kecil ini siapa yang jaga?" Di situ ada seorang bayi dalam lingkungan umur 5 bulan. "Adik ini sayalah yang jaga." Jawab budak berkenaan. "Awak ada berapa orang adik-beradik? " "Sepuluh." "Adik ni yang ke berapa?" "Saya yang kelapan." "Mana abang-abang kamu pergi?" "Tolong emak menoreh." "Adik puasa hari ini?" "Sama je pakcik, puasa ke tidak.. Kami ni makan sekali je sehari..." Jawabnya. Mendengar kata-kata itu aku sungguh terharu. Lalu aku bertanya lagi "Adik bersekolah dimana?" "Saya tak sekolah.. Emak bapak tak mampu..". "Bapak kerja apa?" "Tangkap ikan kat sungai nak buat lauk bukak puasa ". Budak itu memberi tahu, lebih baiklah bulan puasa berbanding bulan lain kerana pada bulan puasa mereka dapat makan kuih. Ada saja orang yang hantar. Aku berlalu dari situ dengan seribu-satu keinsafan. Kebetulan di simpang jalan ada orang menjual daging lembu tempatan. Aku beli satu kilo tulang lembu. Di kedai runcit pula, aku beli rempah sup dan sepuluh kilo beras untuk disedekahkan kepada keluarga itu. Bila saja aku beri barang-barang itu pada adiknya, dia melompat kegembiraan sambil menjerit "Yeh yeh..! Kita dapat makan daging malam ni..!". Aku bertanya kepada si kakak mengapa adiknya girang sangat. Dia memberitahu aku, sejak dari raya korban tahun lepas baru sekarang mereka berpeluang makan daging lembu sekali lagi. Seminggu kemudian aku datang lagi ke rumah itu. Bila mereka melihat aku datang, mereka girang menyambutku di pintu rumah. Kebetulan pada hari itu aku sempat berjumpa dengan ibu mereka. Sungguh menyedihkan cerita yang aku dengar: Anak yang berumur 4 tahun itu memberitahu padaku bahawa mereka sudah seminggu makan sup tulang yang aku berikan hari itu. "Tiap-tiap hari mak buat sup, sedaplah Pakcik.." Aku bertanya kepada emaknya macam mana dia lakukan hinggakan sup itu boleh tahan sampai satu minggu? Dia memberitahu padaku bahawa pada hari pertama dia merebus tulang itu,dia telah berpesan kepada anak-anaknya agar tidak membuangkan tulang yang telah dimakan. Dia kutip semula semua tulang-tulang itu dan merebusnya semula untuk dimakan pada hari berikutnya. Itulah yang dia lakukan setiap hari. Dia berkata "Kalau tidak dapat makan isi, hirup air rebusan tulang pun dah lebih dari cukup untuk anak-anak saya. Dia orang suka sangat." Aku bertanya lagi "Upah menoreh berapa makcik dapat?" "Cuma RM3.00 sehari." "Ayahnya bekerja macam mana" "Kalau dia dapat ikan itulah yang dibuat lauk setiap hari." Rupa-rupanya aku terlupa bahawa aku sebenarnya hidup dalam keadaan mewah.. Pernahkah anda menghirup air rebusan tulang yang direbus semula sepanjang hidup anda? Atau adakah anda buang saja tulang itu beserta daging-daging yang ada padanya kerana anda kata ianya "TAK SEDAP"? Mungkin kita sudah terbiasa hidup senang hinggakan kita lupa bahawa kalau pun kita susah, masih ramai lagi orang yang lebih susah dari kita. RENUNG RENUNG DAN INGAT INGAT LAH ...........................
Posted by Persatuan Penduduk Chepor Indah , PEPCI 2009/2011 on 8:57 AM
Kita memiliki hidung berlubang di sebelah kiri dan di sebelah kanan. Apakah fungsinya sama untuk menarik dan membuang nafas? Sebenarnya fungsinya tidak sama dan dapat kita rasakan bedanya, sebelah kanan mewakili matahari (mengeluarkan panas) dan sebelah kiri mewakili bulan (mengeluarkan dingin).
Jika sakit kepala, cobalah menutup lubang hidung sebelah kanan dan bernafaslah melalui hidung sebelah kiri dan lakukan kira-kira 5 menit, sakit kepala akan sembuh.Jika anda merasa lelah, tutuplah lubang hidung sebelah kiri dan bernafaslah melalui hidung sebelah kanan. Lakukan bolak-balik. Tak lama kemudian, anda akan merasakan segar kembali. Sebab lubang hidung sebelah kanan mengeluarkan panas, sehingga gampang sekali panas, lubang hidung sebelah kiri mengeluarkan dingin.Perempuan bernafas lebih dengan hidung sebelah kiri, sehingga hatinya mudah sekali dingin. Laki-laki bernafas lebih dengan hidung sebelah kanan, sehingga mudah sekali marah.
Apakah anda pernah memperhatikan pada saat bangun, lubang hidung sebelah mana yang bernafas lebih cepat? Sebelah kiri atau kanan? Jika lubang hidung sebelah kiri bernafas lebih cepat, anda akan merasa sangat lelah. Tutuplah lubang hidung sebelah kiri dan gunakan lubang hidung sebelah kanan untuk bernafas, anda akan merasa segar kembali dengan cepat.
Cara tersebut boleh diajarkan kepada anak-anak, tetapi efeknya akan lebih manjur jika diterapkan kepada orang dewasa.
Posted by Persatuan Penduduk Chepor Indah , PEPCI 2009/2011 on 8:40 AM
Selesai menunaikan ibadah haji, Ibrahim bin Adham berniat ziarah ke mesjidil Aqsa. Untuk bekal di perjalanan, ia membeli 1 kg kurma dari pedagang tua di dekat mesjidil Haram. Setelah kurma ditimbang dan dibungkus, Ibrahim melihat sebutir kurma tergeletak didekat timbangan. Menyangka kurma itu bagian dari yang ia beli, Ibrahim memungut dan memakannya. Setelah itu ia langsung berangkat menuju Al Aqsa. 4 Bulan
kemudian, Ibrahim tiba di Al Aqsa. Seperti biasa, ia suka memilih sebuah tempat beribadah pada sebuah ruangan dibawah kubah Sakhra. Ia shalat dan berdoa khusuk sekali. Tiba tiba ia mendengar percakapan dua Malaikat tentang dirinya. "Itu, Ibrahim bin Adham, ahli ibadah yang zuhud dan warak yang doanya selalu dikabulkan ALLAH SWT," kata malaikat yang satu. "Tetapi sekarang tidak lagi. doanya ditolak karena 4 bulan yg lalu ia memakan sebutir kurma yang jatuh dari meja seorang pedagang tua di dekat mesjidil haram," jawab malaikat yang satu lagi. Ibrahim bin adham terkejut sekali, ia terhenyak, jadi selama 4 bulan ini ibadahnya, shalatnya, doanya dan mungkin amalan-amalan lainnya tidak diterima oleh ALLAH SWT gara-gara memakan sebutir kurma yang bukan haknya. "Astaghfirullahal adzhim" Ibrahim beristighfar.Ia langsung berkemas untuk berangkat lagi ke Mekkah menemui pedagang tua penjual kurma.Untuk meminta dihalalkan sebutir kurma yang telah ditelannya. Apabila sampai di Mekkah ia langsung menuju tempat penjual kurma itu, tetapi ia tidak menemukan pedagang tua itu melainkan seorang anak muda. "4 bulan yang lalu saya membeli kurma disini dari seorang pedagang tua. kemana ia sekarang ?" tanya Ibrahim. "Sudah meninggal sebulan yang lalu, saya sekarang meneruskan pekerjaannya berdagang kurma" jawab anak muda itu. "Innalillahi wa innailaihi roji'un, kalau begitu kepada siapa saya meminta penghalalan ?". Lantas ibrahim menceritakan peristiwa yg dialaminya, anak muda itu mendengarkan penuh minat. "Nah, begitulah" kata ibrahim setelah bercerita, "Engkau sebagai ahli waris orangtua itu, maukah engkau menghalalkan sebutir kurma milik ayahmu yang terlanjur ku makan tanpa izinnya?". "Bagi saya tidak masalah. Insya ALLAH saya halalkan. Tapi entah dengan saudara-saudara saya yang jumlahnya 11 orang.Saya tidak berani mengatas nama kan mereka karena mereka mempunyai hak waris sama dengan saya." "Dimana alamat saudara-saudaramu ? biar saya temui mereka satu persatu." Setelah menerima alamat, ibrahim bin adham pergi menemui. Biar berjauhan, akhirnya selesai juga. Semua setuju menghalakan sebutir kurma milik ayah mereka yang termakan oleh ibrahim. 4 bulan kemudian, Ibrahim bin adham sudah berada dibawah kubah Sakhra. Tiba tiba ia mendengar dua malaikat yang dulu terdengar lagi bercakap cakap. "Itulah ibrahim bin adham yang doanya tertolak gara gara makan sebutir kurma milik orang lain." "O, tidak.., sekarang doanya sudah makbul lagi, ia telah mendapat penghalalan dari ahli waris pemilik kurma itu. Diri dan jiwa Ibrahim kini telah bersih kembali dari kotoran sebutir kurma yang haram karena masih milik orang lain. Sekarang ia sudah bebas." Oleh sebab itu berhati-hatilah dgn makanan yg masuk ke tubuh kita, sudah halal-kah? lebih baik tinggalkan bila ragu-ragu... " Pada hadits yang lain beliau bersabda; ‘Siapa yang merampas hak orang Islam dengan sumpahnya, maka Allah mewajibkan dia masuk neraka dan mengharamkannya masuk surga.. Seorang laki-laki bertanya, walaupun sedikit ya Rasulullah? Nabi menjawab, walaupun sebatang kayu sugi.’ (Riwayat Muslim).
Posted by Persatuan Penduduk Chepor Indah , PEPCI 2009/2011 on 4:14 PM
Renungkanlah WAHAI SEKALIAN HAMBA-HAMBA Allah yang dirahmati ALLAH SWT.
Mengapalidah kelu disaat kematian? Tetapi kematian itu pasti menjelma.Hanya masa dan waktunya yang tidak kita ketahui. Cuba kita amati. Mengapa kebanyakan orang yg nazak, hampir ajal tidak dapat berkata apa-apa,
lidahnya kelu, keras dan hanya mimik mukanya yang menahan kesakitan 'sakaratul maut'.
Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud:
"Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut Menghampirinya." Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan berkata apa-apa pun semasa azan berkumandang. Sebagai orang beragama Islam kita wajib menghormati azan.
Banyak fadhilatnya. Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri. Mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan diri? Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak. Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba maka kita tidak dapat mengucap kalimah "Lailahaillallah.." yang mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya akan dicabut Allah dgn izinNya menjanjikan syurga untuk mereka. Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut. "Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah "Lailahaillallah.." semasa sakaratul maut menghampiri kami. Amin.. amin... amin Yarobbal a'lamin.. " WASIAT NABI MUHAMMAD S.A.W. kepada SAIDINA ALI R.A.; Wahai Ali, bagi orang MUKMIN ada 3 tanda-tandanya: 1) Tidak terpaut hatinya pada harta benda dunia. 2) Tidak terpesona dengan pujuk rayu. 3) Benci terhadap perbualan dan perkataan sia-sia.. Wahai Ali, bagi orang 'ALIM itu ada 3 tanda2nya: 1) Jujur dalam berkata-kata. 2) Menjauhi segala yg haram. 3) Merendahkan diri. Wahai Ali, bagi orang yg JUJUR itu ada 3 tanda2nya: 1) Merahsiakan ibadahnya. 2) Merahsiakan sedekahnya. 3) Merahsiakan ujian yg menimpanya. Wahai Ali, bagi org yg TAKWA itu ada 3 tanda2nya: 1) Takut berlaku dusta dan keji. 2) Menjauhi kejahatan. 3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman. Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda2nya: 1) Mengawasi dirinya. 2) Menghisab dirinya. 3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t. Wang RM 50 atau S$50 kelihatan begitu besar bila dibawa ke kotak derma masjid, tetapi begitu kecil bila kita bawa ke supermarket. 45 minit terasa terlalu lama untuk berzikir tapi betapa pendeknya waktu itu untuk pertandingan bola sepak. Semua insan ingin memasuki syurga tetapi tidak ramai yang berfikir dan berbicara tentang bagaimana untuk memasukinya. Kita boleh mengirimkan ribuan 'jokes' dan 'surat berantai' melalui e-mail tetapi bila mengirimkan yang berkaitan dengan ibadah seringkali berfikir 2 atau 3 kali. OLEH ITU JANGAN BIARKAN DIRI KITA INI MENJADI SEBAHAGIAN DARI KELUCUAN TERSEBUT, INSYA'ALLAH.