picasion.com

Carilah Kecantikan Sejati

Menginginkan kecantikan dan suka kepada kecantikan tidak menjadi satu kesalahan. Ia adalah fitrah semulajadi manusia. Semua orang, tidak kira yang cantik ataupun yang hodoh, sukakan kecantikan. Bukan itu sahaja, Tuhan yang kita sembah itu pun sangat cantik. Rasulullah s.a.w menegaskan dalam satu hadisnya, Allah itu indah dan suka pada keindahan. Keindahan Allah terletak pada sifat-sifat kesempurnaan-Nya.
Allah juga cinta pada keindahan, sebab itulah Islam yang diturunkan oleh Allah untuk menjadi anutan manusia ini juga sangat indah. Dan salah satu ciri keindahan Islam ialah ajarannya sangat cocok dengan fitrah semula jadi manusia. Jika ada orang yang mengatakan Islam itu tidak indah, bukan Islam yang tidak indah tetapi jiwa orang itu yang tidak indah.
Begitu jugalah dunia ciptaan Allah ini, ia juga sangat indah.
Wanita juga adalah ciptaan Allah dan tentu sahaja wanita cantik. Soalnya, di manakah letaknya kecantikan sebenar pada seorang wanita? Kalau kita tanyakan pelbagai manusia, maka sudah pasti kita akan temui pelbagai jawapan. Ada yang merasakan kecantikan wanita itu pada wajah, pada bentuk tubuh, pada kebijaksanaan atau pada tingkah lakunya. Dan pada yang menyatakan kecantikan pada wajah pula terbahagi kepada pelbagai pandangan, ada yang mengatakan kecantikannya terletak pada hidung, pada mata dan sebagainya. Pendek kata kecantikan itu sangat relatif sifatnya. Lain orang, lain penilaiannya.
Namun sebagai seorang Islam, kita tentulah ada kayu ukur tersendiri untuk menilai kecantikan. Kita tentunya mengukur kecantikan wanita mengikut kayu ukur Islam. Dan tentu sahaja kecantikan yang menjadi penilaian Islam adalah lebih hakiki dan abadi lagi. Misalnya, kalaulah kecantikan itu hanya terletak pada wajah, wajah itu lambat-laun akan dimakan usia. Itu hanya bersifat sementara. Apabila usia meningkat, kulit akan berkedut, tentulah wajah tidak cantik lagi. Jadi tentulah ini bukan ukuran kecantikan yang sejati dan abadi.
Sebagai hamba Allah, kita hendaklah melihat kecantikan selaras dengan penilaian Allah atas keyakinan apa yang dinilai oleh- Nya lebih tepat dan betul. Apakah kecantikan yang dimaksudkan itu? Kecantikan yang dimaksudkan ialah kecantikan budi pekerti ataupun akhlak. Kecantikan ini jika ada pada seseorang, lebih kekal. Inilah kecantikan yang hakiki mengikut penilaian Allah. Kecantikan akhlak adalah satu yang abadi. Malah akhlak yang baik juga sangat disukai oleh hati manusia. Contohnya, kalaulah ada orang yang wajahnya sahaja cantik tetapi akhlaknya buruk, pasti dia akan dibenci.
Ya, mata menilai kecantikan pada rupa. Akal menilai pada fikiran yang cerdik. Nafsu menilai pada bentuk tubuh yang menarik. Tetapi hati pula
menilai kecantikan pada akhlak dan budi. Dan kecantikan akhlak ini lebih diterima oleh semua orang berbanding kecantikan wajah dan tubuh badan.
Misalnya, orang jujur, siapa pun sukakannya. Semua orang sepakat menyayangi orang yang jujur. Sedangkan jika menurut ukuran rupa, dan fizikal, penilaian manusia tetap tidak sama.
Macam-macam tafsiran boleh didapati. Jika ada yang meletakkan kecantikan pada hidung, ada pula yang menyatakan kecantikan terletak pada mata. Pepatah mengatakan, 'beauty is in the eye of beholder'. Sejajar dengan erti kecantikan yang hakiki, Rasulullah s.a.w juga telah pernah menegaskan, sebaik-baik perhiasan adalah wanita yang solehah. Wanita solehah ialah perhiasan rumah tangga, perhiasan masyarakat dan perhiasan negara justeru kecantikannya. Dan kecantikan ini memberi manfaat kepada semua orang. Jika ada ibu yang solehah, anak-anaknya tentu mendapat manfaat. Mereka akan terdidik dengan baik. Jika ada isteri yang solehah, suami pun akan mendapat manfaat.
Sebaliknya, melalui pengalaman hidup, kita dapati ramai wanita cantik yang musnah dirinya dan memusnahkan orang lain. Kenapa terjadi demikian? Ada ungkapan yang berbunyi, 'kemusnahan akan menimpa jika wanita mula merasai dirinya cantik dan mempamerkan kecantikan'. Mungkin kenyataan ini ada benarnya. Tetapi hakikatnya, menurut Islam jika kecantikan tidak disertai iman yang kuat, maka itu akan menyebabkan pemiliknya akan hilang kawalan
diri. Akibatnya ramai wanita cantik diperdayakan oleh syaitan untuk menggoda manusia melakukan kemungkaran.
Lihatlah di sekeliling kita. Ini sudah menjadi sesuatu yang lumrah. Ramai wanita cantik telah diperalatkan ke arah aktiviti-aktiviti kemungkaran.
Kecantikan mereka telah dieksploitasi oleh nafsu dan kepentingan duniawi semata-mata.
Cantik tidak salah, tetapi salah menggunakan kecantikan itulah yang salah. Kata orang, wanita yang cantik jarang berakhlak. Umpama bunga yang cantik, jarang yang wangi. Tetapi kalau cantik dan berakhlak pula, inilah yang hebat. Umpama cantiknya wanita solehah pada zaman nabi seperti Siti Aishah r.a, Atikah binti Zaid dan lain-lain.
Oleh itu dapatkanlah kecantikan sejati. Carilah wajah hati dan rupa budi yang menawan. Ingatlah bahawa kecantikan itu bermula dari dalam ke luar.
Bukan sebaliknya. Oleh itu, pertama, tanamkan di dalam hati kita iman berdasarkan ilmu yang tepat dan penghayatan yang tinggi. Kemudian iman ini
buktikanlah dengan perbuatan yang baik. Jadi perkara kedua ialah susulilah iman itu dengan perbuatan yang baik. Atur kehidupan mengikut syariat atau peraturan Tuhan. Apabila iman ditanam, syariat ditegakkan, akan berbuahlah
akhlak yang mulia. Wajah, perilaku dan peribadi kita akan nampak cantik sekali. Inilah yang dikatakan kecantikan yang hakiki. Biar buruk rupa, tapi jangan buruk perangai.
Begitu juga, rambut yang dianggap sbg "mahkota wanita" itu hendaklah ditutup. Ini bukanlah bererti menutup kecantikan wanita. Kecantikan itu
tidak seluruhnya terletak pada rambut, hingga menutup rambut boleh menghilangkan kecantikan wanita. Ya, memang rambut mahkota wanita, justeru mahkotalah ia tidak boleh dipamerkan sesuka hati. Ratu hanya memakai mahkota
dalam majlis-majlis tertentu, di hadapan orang-orang tertentu. Dia tidak memakai mahkotanya ke pasar, ke tempat-tempat awam kerana takut akan ada orang yang merompak atau mencurinya.
Begitulah rambut kepada wanita, jika ia dianggap mahkota maka ia perlu disimpan dengan baik. Ditutup dengan kain yang sopan. Dan hanya dipamerkan kepada orang yang berhak yakni kepada suaminya. Tidak, kecantikan wanita
tidak akan terlindung hanya dengan dia menutup tudungnya, kerana ada banyak kecantikan lagi yang boleh dipamerkannya. Misalnya, kecantikan tuturkata, tingkah laku dan budi pekerti.
Bagaimana masih boleh kelihatan cantik walaupun telah menutup aurat?
Seperti yang telah dikatakan tadi, jagalah hal-hal yang lain yang boleh dipamerkan. Misalnya, wajah kita biarlah bercahaya, pakaian kita kemas, muka kita bersih
dan pandangan kita lembut. Bahagian muka dan tangan yang dibenarkan bolehlah dijaga dengan sebaik-baiknya. Begitu juga dengan kekemasan pakaian.
Janganlah menutup aurat sahaja yg dpertahankan tetapi kebersihan dan kekemasannya diabaikan. Itu juga menjadi kewajipan. Walaupun anda tidak cantik tetapi ini tidaklah bermakna anda harus merasa malu. Ini kerana anda mesti punya kelebihan tersendiri yang boleh menarik hati orang lain kepada anda. Apakah kelebihan itu? Ya, anda sendiri mesti mengetahuinya dan itulah nanti yang anda perlu manfaat untuk membuang rasa malu tidak bertempat yang singgah di hati anda sekarang.
Untuk mendapat kasih sayang, anda tidak perlu cantik. Tetapi apa yang penting ialah berikanlah kasih sayang. Jika anda mula memberi, insya-Allah
akan anda akan menerimanya semula nanti. Rupa sesebuah keluarga bukanlah terletak hanya pada wajah anggota keluarga itu, tetapi yang lebih penting ialah pada akhlak dan kebaikannya. Anda tidak boleh mengubah wajah anda, tetapi anda boleh mengubah kelakuan anda. Dari buruk kepada baik, dari baik kepada yang lebih baik.
Ramai orang yang mukanya buruk dan sederhana sahaja tetapi apabila kita dekati dan gauli, semakin hari semakin menawan pula. Sudah terlindung hidungnya yang pesek dek akhlaknya yang baik. Anda boleh menjadi orang itu. Dan percayalah anda akan disayangi bukan sahaja oleh keluarga anda dan orang lain bahkan Allah juga akan menyayangi anda. Burulah kecantikan yang sejati, kerana di situlah ketenangan dan kebahagiaan abadi...

Alahai Menantu ku

seorang yg tamak harta.. dia menawarkan anak dara suntinya yg cun melecun kepada golongan yg kaya raya sahaja..
suatu hari datang la seman, seorang usahawan muda ingin melamar anak pak kasim. beliau cukup sifat tanpa cacat cela tetapi beliau malas solat. setelah 3 hari berkahwin.. seman masih duk kat umah mentuanya. setelah azan maghrib berkumandang..pak kasim mengajak seman utk solat maghrib berjamaah. seman gelabah.. sebelum ini dia tak pernah solat. lalu seman masuk ke bilik untuk menemui isterinya. "yang.. camner ni.. abg tak penah solat ni" "takpe bang.. abg ikut je ape yg ayah buat" isterinya berbisik perlahan.. seman pun keluar untuk solat bersama pak kasim.
setelah pak kasim takbir.. seman ikut takbir...lalu pak kasim membaca surah alfatihah.. "bismillahirrahmanirrahim..." seman pun turut membaca bismillah dengan lantang... "bismillahirrahmanirrahim..." aisyh! pelik menantu aku ni. mazhab mana yg dia ikut? setahu aku imam je yg baca kuat.. getus hati pak kasim..
pak kasim buat selamba. dia terus membaca surah al-fatihah. seman pun turut membaca surah al-fatihah dgn kuat seolah-olah seorang budak yg baru nak belajar mengaji.
pak kasim pelik.. lalu dia terus berpaling ke belakang utk melihat seman. seman turut berpaling ke belakang kerana mengikut gerak langkah pak kasim. "ish! gila ke menantu aku ni??" pak kasim berjalan ke depan utk menjauhkan diri dari seman. seman turut berjalan ke depan mengikut langkah pak kasim.
pak kasim terus melarikan diri melalui pintu depan dan terus menuju ke sawah di tepi rumahnya. seman terus berlari mengejar pak kasim sampai ke tepi sawah. tiba-tiba pak kasim tergelincir lalu jatuh ke dalam sawah padi. seman pun turut menjatuhkan badannya ke dalam sawah seolah-olah tergelincir. pak kasim pun terus bertanya kepada seman.
"seman. apesal yg ko ikut aku sampai ke sawah ni?" "ayah.. susah ye nak solat maghrib ni. baru saya tau. sampai kena berlari.masuk sawah,terjun longkang.sembahyang yang 4 waktu lagi tu sama je ka. pak mertua tercengang........

Perempuan Lawa vs Perempuan Tidak Lawa

Kalau perempuan lawa pendiam
Lelaki akan cakap woow,ciri-ciri isteri idaman..
Kalau perempuan tak lawa pendiam
Lelaki akan cakap eh,tak reti berkomunikasi betul..

Kalau perempuan lawa berbuat jahat
Lelaki akan cakap mesti ade krisis dalaman nih..kesian..
Kalau perempuan tak lawa berbuat jahat
Lelaki akan kata dah la tak lawa,perangai pulak huduh..

Kalau perempuan lawa menolong lelaki yang diganggu..
Lelaki akan cakap heroin sejati...!
Kalau perempuan tak lawa menolong lelaki yang diganggu
Lelaki akan cakap taktik ngorat laa tue..

Kalau perempuan lawa penyayang binatang
Lelaki akan cakap perasaannya halus..
Kalau perempuan tak lawa penyayang binatang
Lelaki akan cakap sesama keluarga memang harus saling menyayangi...

Kalau perempuan lawa tak mahu bergambar
Lelaki akan cakap pasti takut kalau2 gambarnya tersebar
Kalau perempuan tak lawa tak mahu bergambar
Lelaki akan cakap sedar pun diri...

Kalau perempuan lawa bawa BMW

Lelaki akan cakap ntah dato' mana la bela ni
Kalau perempuan tak lawa bawa BMW
Lelaki akan cakap mesti anak orang kaya nih..

KEBESARAN ALLAH SNW

kejadian yang ajaib. menunjukkan kebesaran Allah SNW................

DAGING TIKUS

Harga daging tikus meningkat empat kali lipat di Kamboja tahun ini seiring dengan meningkatnya harga-harga daging lain yang jelasnya tak boleh dibeli orang-orang miskin.
Dengan inflasi yang melonjak hingga 37 persen, sekilo daging tikus mencapai harga 5000 riel (11.520 rupiah) setelah sebelumnya pernah mencapai 1200 riel. Tikus tanah yang sudah dibumbui bawang di negeri ini begitu populer dibanding sekilo daging sapi yang harganya mencapai 20.000 riel.
Pejabat setempat mengatakan bahwa daging tikus-tikus ini didapat dari area berlumpur di bagian rendah Delta Mekong, sehingga masyarakat dengan mudah menangkapnya. "Banyak anak gembira bisa menjual daging-daging untuk mendapat uang. Sebagian daging mereka simpan untuk keluarga mereka sendiri," ujar Ly Marong, pejabat dinas pertanian setempat.
"Daging-daging ini tak hanya menjadi makanan kami saja, tapi juga dimakan oleh warga Vietnam yang tinggal di perbatasan dekat wilayah kami." Marong memperkirakan bahwa Kamboja bisa menyediakan lebih dari satu ton tikus hidup sehari untuk orang-orang Vietnam.
Tikus juga dimakan kebanyakan orang Thailand. Sementara itu pemerintah India timur bulan ini mengajak masyarakatnya untuk mengonsumsi tikus dalam rangka menghadapi kepupusan binatang tersebut.

KEBAHAGIAAN

hubungan suami isteri + anak akan bahagia sekiranya ada ciri2 dibawah ;
1) Iman di hati

2) memahami antara satu sama lain

3) jujur & ikhlas

4) saling membantu

5) sayang menyayangi

6) hormat menghormati

7) murah hati / tidak kedekut / tidak tamak

8) bertanggungajawab

9) gurau senda

10) menghargai

bila ada ciri2 tersebut...takkan ada soal kecurangan.. ..serta tekanan samada suami @ isteri+anak. ..kerana bila ada iman dia hati...kita akan fikir yg mana baik & buruk...mengajar satu sama lain tentang hal agama...bila memahami antara satu sama lain..maka takkan gaduh.. bila hati kita jujur & ikhlas..maka kita akan mempercayai suami+isteri+ anak...bila saling membantu takkan terjadi sifat berkira....bila sayng menyayangi.. .takkan cari yg lain..dan akan menjaga dgn baik...bila murah hati...tak kedekut...rezeki pun murah...hati pun tenang...bila bertanggungjawab. ..suami isteri + anak hormat pada kita...dan hidup ini tak lengkap klu takde gurau senda....bila menghargai satu sama lain..maka akan saling hormat menghormati. .. barula bahagia....

Sembilan Jenis SYAITAN >> WASPADA!!!

Umar al-Khattab r. a berkata, terdapat 9 jenis anak syaitan:
1. Zalituun
Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat. Menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu.
2. Wathiin
Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah.
3. A'awan
Menghasut sultan/raja/pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Seronok dengan kedudukan/kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama.
4. Haffaf
Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang berada di tempat-tempat maksiat (cth: disko, kelab mlm & tempat yg ada minuman keras).
5. Murrah
Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yg sukakan muzik sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan glamour etc.
6. Masuud
Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan dan apa sahaja penyakit yg mula dari kata-kata mulut.
7. Daasim (BERILAH SALAM SEBELUM MASUK KE RUMAH...)
Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah, Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumahtangga (suami isteri bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk kemusnahan rumah tangga lagi).
8. Walahaan
Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat dan menjejaskan ibadat-ibadat kita yg lain.
9. Lakhuus
Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api/matahari.
** 10. Isetan.
Sebuah pasaraya yg terkemuka di seluruh duniawi. terdapat di sekitar Lembah klang, singapore, Beijing &..... Kebaikan: Memberi potongan harga pada Karnival jualan Keburukan: Melalaikan manusia bershopping sehingga lupa waktu sembahyang dan lupe yg lakinya dah tunggu kat kereta.
Pesanan;
shopping tu agak2 sikit, jangan sampai berlebih2an pulak. Membazir itulah sebenarnya amalan Syaitan.

Lelaki perlu tau mengenai wanita



1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitiskan airmata, itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.
2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya,lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.
3. Wanita sukar untuk cari alasan yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang(oleh sebab itu banyak wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).
4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki,lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.
5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya,dia akan cair seperti coklat!!
6. Wanita memang suka akan pujian tetapi selalu tidak tau bagai mana dia menerima pujian.
7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang suka kamu separuh hati, tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan, dia akan lakukan apa saja.
8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan,cobalah tegur dia perlahan-lahan.
9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.
10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka anggap tak berguna.
11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.
12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik nya telefon diletakkan dia akan menjerit kesukaan dan ! tak sampai sepuluh menit,semua rekan-rekannya akan tahu berita tersebut.
13. Sekuntum senyuman memberi seribu arti bagi wanita.Jadi jangan senyum sembarangan.
14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan. Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.
15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.
16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.
17. Jangan sesekali menebak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!!
18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering bertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.
19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan membaca buku-buku cinta.
20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah dirinya sendiri.
21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!
22. Satu ucapan 'Hi' ^_^ saja sudah cukup menceriakan harinya.
23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.
24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata berselingkuh dengan kawan mereka yang paling cantik.
25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.
26. Semua wanita maukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..
27. Senjata wanita adalah air mata!!
28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya(hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis).Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.
29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil resiko tentang mereka dan tentunya baik terhadapnya.So,kalau pgen memikat wanita pandai-pandailah dlm bertindak...
30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.

AWAS!! 20 sikap LELAKI yg dibenci wanita!!

20 Perkara Menyebabkan Lelaki Dibenci Wanita, Bersama - Samalah Kita Renungkan..
1. MENINGGIKAN SUARA
Tahulah mereka dikurniakan suara yang ‘macho’ tapi kalau nak meninggikan suara sekadar menunjukkan ego, tak eloklah. Ini antara kelemahan lelaki kerana mereka mudah meninggikan suara walaupun pasangannya tidak bersalah.
2. MENGONGKONG
Itu tak boleh, ini tak boleh, sikit-sikit nak kontrol. Segala gerak-geri kekasih dikawal, sampaikan nak berpakaian pun harus ditentukan. Kalau nak keluar ke kedai pun kena repot dulu, kalau tidak mulalah tercetusnya pertengkaran kerana hal sekecil itu. Tetapi, mereka akan melenting pula sekiranya aktiviti-aktiviti mereka di soal siasat oleh kekasih mereka… macammana tu?
3. CEMBURU BUTA
Orang kata cemburu tandanya sayang, tapi kalau cemburu tak tentu pasal dan memanjang saja cemburu, tentu rasa tak selesa juga. Agaknya lelaki yang kuat cemburu ni takut kekasihnya terlepas ke tangan kumbang lain kot. Harus diingat, bukan semua perempuan suka kekasihnya kuat cemburu. Tapi, ada juga sesetengahnya suka apabila teman lelakinya cemburu kerana seolah-olah teman lelakinya amat menghargai dirinya. Jangan cemburu buta sudahlah, malas jugak nak layan kadang-kadang!
4. PANAS BARAN
Aduiii… masalah yang boleh menimbulkan fobia terhadap seseorang gadis apabila mendapat kekasih yang panas baran. Pantang silap sikit, mahu dihambur segala kemarahannya. Ada juga kesilapan bermula dari diri sendiri tetapi tetap menyalahkan orang lain. Setakat kena tengking boleh lagi diterima walaupun sebal satu badan tapi, bagaimana kalau siap sepak terajang? Kalau nak sepak terajang carilah mereka yang sepadan dan janganlah berlawan dengan kaum yang lemah bang! Di mana sifat bertanggungjawab dan kepimpinan yang ada? Cuba-cubalah kawal kerana setiap dari kita ada barannya, cuma kena pandai-pandai mengawallah. Kalau dah tak terkawal sangat, tak payah bercintalah cik abang oiii!!!
5. KAKI MEROKOK
Ini satu lagi sifat kaum lelaki yang melemaskan wanita. Asyik berasap sana sini, naik lemas dengan bau dan asap rokoknya. Dalam sehari adakalanya habis sekotak rokok. Kalau habiskan duit dengan makan benda berfaedah tak apa juga, ini tidak… asyik menyedut asap yang tidak menyehatkan. Kalau asap tu membawa kesan pada diri sendiri saja tak apa juga, ini tidak… membawa kesan juga pada orang sebelah menyebelah. Kadang-kadang teman wanita menegur bukannya apa, dia sayangkan kita juga dan tak mahu kita jatuh sakit. Lagipun mereka juga tak nak teman lelaki mereka membazirkan duit dengan merokok.
6. EGO
Ini merupakan masalah paling ketara dan merimaskan kaum wanita. Keegoan dan lelaki memang tak dapat dipisahkan. Tetapi ada kalanya lelaki menjadikan keegoan sebagai alasan untuk mereka bertindak tanpa mempedulikan perasaan si gadis. Keegoan membuatkan lelaki mempunyai kuasa veto dalam kehidupan mereka termasuklah memimpin kaum wanita. Tidak salah mempamerkan ego tetapi biarlah kena pada tempatnya.
7. MENIPU
Masalah yang ketara apabila lelaki suka menipu ataupun memberikan alasan yang tak munasabah. Sanggup memungkiri janji dan memberikan alasan yang mereka mempunyai masalah yang tak dapat dielakkan padahal sebenarnya mereka enggan melaksanakan janji mereka sendiri. Ada juga yang sudah berpunya tetapi mengaku solo. Berterus-teranglah wahai kaum lelaki kerana kaum wanita lebih menghormati mereka yang memiliki sifat berterus-terang ini. Sifat menipu dan suka berdolak-dalih ini lama kelamaan akan membuatkan semua gadis akan menjauhi anda.
8. MAIN KAYU TIGA
Bab main kayu tiga ni masalah paling besar. Walaupun dah ada kekasih,mereka sukar untuk setia. Apatah lagi kalau digoda, terus disambar tanpa mempedulikan perasaan kekasihnya.
9. SUKA ‘CUCI MATA’
Kebanyakan lelaki sukar mengawal mata (mata keranjang). Pantang jumpa perempuan cantik dan seksi mulalah mata tu macam nak terkeluar. Walaupun sedang bersama kekasih, si dia tidak akan peduli. Bagi mereka tidak salah kalau sekadar mencuci mata tetapi hati kekasih kenalah jaga juga cik abang!
10. PERASAN
Aduhaiii… lelaki ini cepat perasan terutamanya jika mereka ini berkerjaya baik, berpenampilan menarik dan mempunyai wajah yang hensem. Boleh tu mengaku merekalah yang menjadi lelaki idaman para wanita.Tapi, mungkin pada pandangan seorang wanita mereka ini sederhana sahaja tapi mereka ini yang suka perasan lebih. Bukan semua wanita memandang pada paras rupa, kalau dah terlebih-lebih perasan tuu… ada wanita yang lebih suka mengutuk dari memuji… hahaha sedarlah!
11.MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI
susah juga kalau dapat yang mementingkan diri sendiri ni. lelaki selalunya tidak mahu mengalah dan ingin menegakkan pendapat sendiri tanpa mempedulikan luahan pasangannya. Mereka juga suka mendahulukan kemahuan mereka dan jarang hendak mementingkan perasaan kekasih… egolah katakan! Tidak semestinya pendapat kaum wanita ni tak boleh diguna pakai.
12. KURANG MEMBERIKAN PERHATIAN
Lelaki kadangkala suka bertindak sambil lewa dan kurang memberikan perhatian tidak kira dalam apa jua urusan. Tetapi kalau urusan yang berkaitan dengan dirinya sendiri, pantas pula melaksanakannya. Jika berkaitan teman wanita, alamatnya… mereka kurang mengambil perhatian.Mengapa ya? Kaum wanita sebenarnya bukan minta diberikan perhatian 24 jam tetapi cukuplah sekadar pasangannya mengambil tahu akan dirinya kerana sifat semulajadi seseorang wanita itu yang ingin bermanja dan dimanjakan.
13. MATA DUITAN
Jangan tak tahu ada juga lelaki mata duitan atau pun gelarannya ‘lelaki spedo’. Mereka tak kisah nak kikis duit kekasih dengan 1001 macam alasan yang adakalanya tidak logik diterima dek akal fikiran. Kalau kisah perempuan mata duitan kita sudah biasa dengar, tapi kalau lelaki pula yang mata duitan… apa cerita ni?? Takkan masa-masa macam ni keegoan lelaki hilang pulak?!!
14. KOMITED TERHADAP KERJAYA
Susah kalau dapat teman lelaki yang terlalu komited dengan kerjaya.Mereka ni selalu sangat memberi banyak alasan kerja apabila diajak keluar. Kalau keluar bersama, selalu pula bercerita tentang kerja dan merungut sering dibebani kerja yang menimbun. Bukanlah tidak boleh lelaki mementingkan kerjaya tetapi pandai-pandailah membahagikan masa bersama teman wanita. Paling tidak pun, seminggu sekali luangkan masa menemaninya dan lupakan segala hal berkaitan kerja. Bukannya kaum wanita ni tidak memahami kalau teman lelakinya pandai membahagikan masa…
15. PENGOTOR
Ada segelintir lelaki sukar nak menyedari diri mereka ni ada yang pengotor. Terutama bab meludah atau membuang kahak merata-rata. Yarkkk!!! Ada juga yang jarang basuh seluar, pakai baju yang sama berulang kali, tidak memakai deodarant dan macam-macam lagi sampaikan badan sudah berbau semacam pun dia tak sedar. Tidakkah mereka ini terasa egan apabila menyedari badan sudah berbau?? Entahlah… hanya kaum lelaki yang bersifat pengotor ini saja yang dapat menjawabnya.
16. GELOJOH
Kalau bab makan, lelaki ni agak gelojoh. Macam ‘food machine’. Mereka emas melihat teman wanita mereka makan terlalu sopan tetapi mereka tidak sedar cara mereka makan yang gelojoh juga melemaskan kaum wanita. Sepatutnya, samada lelaki mahupun wanita patutlah makan dengan bersopan. Buat apa terkejar-kejar?
17. PENTINGKAN KAWAN-KAWAN
Sanggup membatalkan temujanji semata-mata hendak bermain bola sepak ataupun menonton WWE bersama kawan-kawan. Lelaki juga selalu mementingkan kawan-kawan dalam banyak hal. Sekali-sekala bolahlah, jangan pula selalu saja memberi alasan hinggakan masa bersama teman wanita tiada langsung semata-mata untuk menghabiskan masa bersama kawan-kawan. Apa guna bercinta kalau macam tu gayanya? Kalau ada masalah pula, kawan-kawan sebagai tempat mengadu dengan alasan tidak sesuai bercerita dengan si dia. Kalau dah memilih si dia sebagai kekasih, mungkin satu hari si dia juga akan menjadi isteri anda, jadi takkanlah anda selalu hendak merahsiakan sesuatu dari dia. Tak eloklah berbuat demikian, nanti si dia terasa seolah-olah dirinya tidak penting buat anda pula.
18. TIDAK TAHU MEGHARGAI
Sukar untuk bertemu lelaki yang tahu menghargai perasaan atau pun perbuatan kekasihnya. Ada pula yang berpura-pura tidak mengambil tahu walaupun menyedarinya. Mereka seboleh-bolehnya mahu si dia terang-terangan menunjukkan sikap meghargai mereka ini. Kalau setakat sikit-sikit atau sekadar kiasan tu, alamatnya mereka akan berpura-pura tidak menyedarinya. Apa salahnya sekali-sekala, tunjukkan sikap anda yang menghargainya di atas apa yang cuba dilakukannya terhadap anda seperti memberi hadiah kecil. Setidak-tidaknya ucapkanlah terima kasih setiap kali dia cuba berbuat sesuatu untuk anda.
19. PUTAR BELIT
Lelaki ni ramai yang pakar memutar-belitkan kenyataan walaupun ternyata sememangnya merekalah yang bersalah. Bagi mereka, putar belit ini tak mengapa asalkan si dia mempercayai alasan tersebut dan mereka akan terlepas dari kesalahan sendiri. Sekiranya anda benar-benar menyintai pasangan anda, perkara begini seharusnya tidak berlaku kerana apa akibatnya sekiranya si dia mengetahui juga tipu helah anda suatu hari nanti. Kalau anda tak pandai menyelamatkan keadaan, melepaslah anda! Jujurlah pada pasangan anda.
20. SUKA KONTROL MACHO
Peh! Nak dikatakan macho, ada juga yang tak. hancur je yang lebih kot! Terutama bab sikap, mahu lebih gentleman, berketrampilan dan hensem. Seboleh-bolehnya mereka mahu menampakkan yang diri mereka lelaki sejati dan ada elemen HERO. Tak perlulah nak merasakan diri anda macho kerana wanita sahaja yang layak membuat penilaian terhadap anda. Sekiranya anda rasa diri anda macho, tetapi pada mata wanita tersebut anda tidaklah semacho yang disangkakan, tak guna juga!
Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dengan beberapa orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu.

AWAS!! 5 Sikap Wanita Yang Dibenci Lelaki

1. Tidak Puas
Walaupun lelaki memiliki sifat tidak pernah puas, namun berdasarkan kajian yang dilakukan, wanita lebih sukar untuk dipuaskan di dalam apa jua aspek.
Mereka tidak pernah puas dengan apa sahaja yang diberikan oleh lelaki termasuklah layanan di ranjang. Wanita juga dikatakan sukar untuk menahan diri daripada mahu memiliki sesuatu yang sempurna.
Malah mereka sanggup merayu-rayu sehingga kehilangan harga diri asalkan apa yang mereka hajati diperolehi. Sikap sebegini amat menjengkelkan lelaki kerana kebanyakan lelaki sukakan wanita yang sentiasa menghargai dan berterima kasih dengan apa sahaja pemberian.
2. Mata Duitan
Sangat menipu jika wanita sedikitpun tidak tertarik dengan wang. Ini kerana lelaki akan tertarik dengan wanita disebabkan oleh tarikan seks manakala wanita tertarik dengan lelaki disebabkan oleh dorongan wang dan kemewahan.
Wanita yang mempunyai sikap mata duitan yang keterlaluan, kebanyakannya sukar untuk mendapatkan cinta yang sejati. Ini kerana tidak ramai lelaki yang sanggup melayan kehendaknya.
3. Suka Mengatur
Tidak dinafikan semua wanita di dunia ini mengharapkan Prince Charming di dalam hidup mereka. Namun bukan semua wanita berpeluang untuk memilikinya. Oleh sebab itu, ramai wanita yang mula mengatur teman lelaki mereka agar menjadi seperti lelaki idaman yang mereka mahukan.
Mereka tidak sedar sikap sebegitu bukan dapat menambah baik hubungan yang terjalin sebaliknya hanya akan membinasakan. Ini kerana lelaki lebih gemar jika diri mereka diterima seadanya.
4. Cemburu Buta
Ada orang berpendapat cemburu tandanya sayang. Namun sikap cemburu yang keterlaluan hanya akan membuatkan lelaki rasa terkongkong serta tidak dipercayai. Ini kerana ramai wanita yang cemburu berlebih-lebihan semata-mata untuk mendapatkan perhatian daripada insan tersayang. Apatah lagi jika teman lelakinya boleh dikategorikan sebagai kacak dan mempunyai kerjaya yang teguh.
Kepada wanita yang mempunyai sikap sebegini, segeralah berubah kerana teman lelaki anda tidak akan mampu bertahan selamanya dengan sikap anda yang sebegitu.
5. Emosional
Wanita sering menjadikan air mata sebagai senjata untuk melembutkan hati lelaki. Malah ketika berdepan dengan sebarang masalah, wanita sering emosional tanpa memikirkan sesuatu secara logik.Apabila ditegur, mudah melenting dan sukar untuk menerima sebarang pandangan yang diutarakan oleh orang lain. Wanita juga selalu tersinggung dan terasa untuk perkara yang tidak perlu.
Sikap wanita yang sebegini hanya merimaskan lelaki dan akhirnya menjauhkan diri daripada mereka.

KASUT KAKI

boleh dipakai di mana sahaja......?. samaada di pejabat, melancong dan sebagainya. fikirlah sendiri ..........

PERUT PUNCA SEGALA PENYAKIT

Anda kerap diserang sakit perut tanpa sebab? Atau anda sering berasa tidak selesa di bahagian perut? Awas! Ia mungkin pentanda awal kepada penyakit lain Yang merbahaya kepada anda. Seperti mana Sabda Rasulullah s.a.w, maksudnya:
"Perut manusia itu tempat segala penyakit, manakala pencegahan itu pokok dari segala pengubatan." (Riwayat ad-Dailami)
Al-Ma'idah dalam bahasa Arabnya bermaksud perut (ventrikulus) dan dalam bahasa Inggerisnya disebut stomach. Merupakan salah satu dari organ-organ pencernaan. Perut juga merupakan salah satu dari tempat atau sarang penyakit.
6 punca penyebab penyakit dari perut:-
1. Cara pemakanan seharian yang tidak sistematik.
2. Terlalu berlebihan semasa makan.
3. Tidak berwaspada dengan makanan dan minuman yang dihinggapi serangga. Sabda Rasululluh s.a.w, maksudnya: "Jika ada seekor lalat jatuh ke dalam tempat minuman yang akan kamu minum, maka celuplah keseluruhan tubuh lalat tersebut ke dalam minumanmu tadi kemudian angkatlah (buanglah) lalat tersebut. Kerana
sesungguhnya pada salah satu sayapnya mengandung ubat dan pada sayap yang lainnya mengandung penyakit." (Riwayat Abu Hurairah)
4. Tidak cermat semasa meneliti isi kandungannya.
5. Kurang kesedaran dalam menjaga kebersihan diri.
Sabda Rasulullah s.a.w, maksudnya: "Bersiwaklah (menggosok gigilah) kamu semua, sebab bersiwaak (menggosok gigi) itu adalah membersihkan mulut dan Allah redha kepadanya. Setiap kali Jibril datang kepadaku, ia selalu berpesan untuk bersiwak (menggosok gigi)." (Riwayat Ibnu Majah)
6. Kebiasaan memakan ubat tanpa nasihat doktor.
Oleh itu jagalah cara pemakanan anda, dapatlah anda menghindari dari segala penyakit yang berbentuk kronik ataupun sebaliknya. Amalan yang dilakukan oleh Nabi Muhammad s.a.w iaitu berpuasa merupakan sebaik-baik pencegahan dan pengubatan.
Sabda Rasulullah s.a.w, maksudnya: "Berpuasalah kamu, nescaya kamu menjadi
sihat."
(Riwayat Abu Hurairah)

TIPS : Untuk Tahan Lama

Ewah ewah ewah....
korang suka betul kalau bab-bab nak tahan lama nie, ya? Kat bawah nie ada petua untuk 'tahan lama':
KELAPA PARUT Untuk lebih tahan lama selama 2 tahun.Belah kelapa dan ambik sebelah sahaja.Gunakan sebelah pada 31 December 2009. Dan sebelah lagipada 1 January 2010... Wah...tahan sampai 2 tahun kan ?
NASI/LAUK Biar tahan lebih lama,Jangan gunakan jari pasal jari korang ada bakteria.Sebab tu lauk cepat basi. Ceduk la pakai sudu ke, sudip ke.
BARANGAN KEMAS TERUTAMA EMAS Kalau untuk lebih 'tahan lama',Bayarle zakat utk barang kemas tu atau pakai saja.Barangan emas bila dah terlalu banyak, kena bayar zakat.Kalau tak, tetiba hilang atau kena curi, padan muka korang, ha haa....
PAKAIAN. Nak tahan lamaJangan rendam dalam serbuk pencuci lama sangat elak guna washing mach.Jangan jemur bawah mentari terik elak guna bleach.Jangan bawa mandi kat beach.Gantung bila disimpan.Cuci guna air jeram/hujan. Jangan bagi pinjam kat kawan!!!.Kalau nak tahan lagi lama
PINJAMLAH BAJU MEMBER...BAJU SENDIRI SIMPAN.
KERETA Nak tahan lama.Lepas beli, simpan kat garaj. tutup elok2.. jangan bagi angin masuk.jangan bagi abuk masuk.. jangan bagi wap air masuk.bayar loan bulan2. sampai abis loan. gerenti tahan lama.
KENYANG Kalau nak tahan lama,Sebelum makan - baca bismillallah dan doaAkhir makan - doa dan ucap alhamdullillah. ..
UMUR Umur nak tahan lama?Banyak kan senyum, jangan fikir semua masalah.
ROKOK Rokok nak tahan lama?Jangan hisapplah... ...!!!!, masukkn kedalam peti ais dan pandang saja.Tak pun hisap rokok kawan.rokok sendiri simpan.hehe
TIDUR Nak tahan lama tak tidur malamRajin-rajinlah tidur siang.
HUBUNGAN Bertahan lama dalam persahabatan/ hubungan,Jujur dan ikhlas je!!!!
Last word:SELAMAT BERTAHAN LAMA....
__._,_.___

FIKIRLAH: ENDAK KE MANA ANDA?

Hari ini anda bangun pagi. Apa yang anda lakukan. Anda mungkin membersihkan diri. Mungkin anda solat subuh? Atau tidak? Anda sempat sarapan di rumah?

Jika anda telah berkeluarga, setelah mengucapkan selamat kepada anak/isteri anda bergegas ke tempat kerja. Mungkin anda berkenderaan sendiri.
Mungkin sepanjang jalan anda memikirkan peristiwa semalam. Mungkin anda merancang apa yang bakal anda lakukan hari ini, esok, minggu depan, tahun depan. Seribu satu persoalan mungkin bermain di benak anda.

Sepanjang perjalanan. Mungkin anda tersenyum memikirkan gelagat rakan-rakan pemandu lain. Mungkin anda geram, marah, menyumpah dengan karenah mereka.

Anda mungkin mempunyai teman ketika memandu..isteri, suami, rakan. Anda berceloteh dengan mereka? Atau anda masam mencuka? Ceriakah anda hari ini sepanjang perjalanan?

Anda mungkin menaiki kenderaan awam.. LRT, bas, komuter, monorel. Anda melihat sekeliling anda. Kelihatan pelbagai jenis manusia; pelbagai ragam, pelbagai karenah, pelbagai riak muka; senyum, masam, sedih, ceria, tak kisah, ‘stone’…mereka seperti anda juga sedang memikirkan mengenai diri mereka dan mungkin juga sedang menilai riak muka anda!

Anda tiba di tempat kerja. Anda pekerja misali. Anda menjalankan tugas dengan tekun dan dedikasi. Atau anda sebaliknya.. curi tulang? Anda menghadapi seribu satu macam cabaran; dengan bos, dengan rakan sekerja, dengan pelanggan… Tengahari anda ke kantin, restoran, kafe untuk makan.

Tiba waktu pulang.. anda menjejaki semula langkah anda sewaktu anda datang. Mungkin anda singgah di supermarket, minimarket, pasar malam untuk membeli beberapa keperluan dan akhirnya pulang ke rumah.

Solat anda bagaimana hari ini? Subuh? Zuhur? Asar? Atau anda tidak kisah? Tidak ambil peduli?

Anda mungkin berpeluang bersukan, dan mandi. Anda solat maghrib? Keluarga anda bagaimana?

Malamnya anda sibuk menyediakan atau mencari makanan. Selepas makan anda berhibur. Anda mungkin mengadap sumber nombor satu hiburan masakini TV, VCD, DVD, Hi-Fi, Satellite..dan entah apa lagi. Akhirnya rasa mengantuk melanda diri anda, rakan, anak dan isteri. Anda masuk ke bilik tidur untuk berehat.

Demikian perjalanan hidup anda hari ini..

Esok.. anda mengulang kisah harian anda… besar kemungkinan plotnya hampir sama.. itulah rutin anda…

Esok, anda bermula dari perenggan satu coretan ini..

CARA MEROKOK SEBENAR


Wahai perokok-perokok sekelian?..... mulai hari ini kalau nak hisap rokok ikutilah cara ini..........................

Motivasi Diri - Hidup Mahu Menguji Kita

Banyak perkara berlaku sekarang ni, terutama perubahan cuaca. Sekejap panas, sekejap hujan. Sekejap jerebu sampai naik kering tekak dibuatnya. Namun, yang pasti, semua itu berlaku semata-mata mahu menguji kita.

Ia menguji keimanan kita, emosi kita juga tahap motivasi kita. Kesusahan adalah satu ujian. Kesenangan juga adalah satu ujian kepada kita- cemana kita handle dan cemana kita buat yang terbaik, make the best of it.
Kita cepat lalai bila kita dah senang. Kita cepat menyalahkan takdir bila kita susah. Sebagai manusia beremosi, itulah kelemahan kita.

Maka, kita kena bijak mengawal emosi supaya kita boleh menarik situasi-situasi yang boleh membuat kita berjaya, bekerjasama dengan orang-orang yang membantu kita mencapai kejayaan dan bertemu perkara-perkara yang membuat kita cepat mencapai kejayaan.

Latih diri untuk tidak selalu menyalahkan - menyalahkan orang, menyalahkan situasi, menyalahkan perkara atau menyalahkan sesuatu benda.

Jangan komen dan jangan banyak songeh.

Lalui saja, kemudian jangan berhenti memfokus kepada apa yang kita mahu capai, iaitu matlamat kita.

Ujian akan menjadi sementara bila kita laluinya dengan sabar dan tenang. Andai kata kita menggelabah, marah atau tertekan, ujian yang datang makin bertambah bertimpa-timpa. Memula kita anggap ujian, tapi tertekan punya pasal, kita anggap ia satu musibah.

Last-last, motivasi kita hilang entah ke mana.

Apa-apapun yang mendatang, apa-apapun yang berubah disekeliling kita, apa-apapun emosi yang menguasai kita, nak menghadapi semua tu pendirian kita kena teguh. Jiwa kita kena kuat.

Menikmati kejayaan dan kecemerlangan, kita perlu bersedia menghapi apa jua yang mendatang walau cemana pun rupanya - susah atau senang.

Mulai hari ini, jangan mudah lalai bila kita sudah berada di tahap selesa, kemudian jangan mudah terkasima bila ujian diturunkan buat kita.

Kita mesti tahu apa yang kita nak capai dalam hidup dan apa peranan kita, barulah kita boleh mencemerlangkan diri kita dalam apa jua yang kita lakukan.

3 Ciri - Ciri Gejala Akan Terjadinya Gempa !

Ada beberapa ciri-ciri yang dapat terlihat jika akan terjadi gempa bumi. Beberapa ciri-ciri tersebut antara lain:
* Melihat ke langit, kalau di langit kelihatan ada awan yang bentuknya seperti angin tornado atau seperti pohon atau seperti batang, bentuknya berdiri, itu adalah awan gempa yang biasanya muncul sebelum gempa terjadi.
Awan yang bentuknya aneh itu terjadi karena adanya gelombang elektromagnetis berkekuatan hebat dari dasar bumi, sehingga gelombang elektromagnetis tersebut 'menghisap' daya listrik di awan, oleh karena itu bentuk awannya jadi seperti tersedot ke bawah. Gelombang elektromagnetis berkekuatan besar itu sendiri terjadi akibat adanya patahan atau pergeseran lempeng bumi. Tapi belum tentu juga kalau ada awan seperti itu di langit berarti akan ada gempa. Bisa saja memang bentuknya seperti itu.
* Coba diuji medan elektromagnetis di dalam rumah.
- Cek siaran TV, apakah ada suara brebet-brebet ataukah tidak;
- Kalo ada mesin fax, cek apakah lampunya blinking biarpun lagi tidak transmit data;
- Coba minta orang lain mengirim fax ke kita, cek apakah teksnya yang diterima berantakan atau tidak;
- Coba matikan aliran listrik. Cek apakah lampu neon tetap menyala redup/remang- remang biarpun tak ada arus listrik.
Kalo tiba-tiba TV brebet-brebet, lampu fax blinking, padahal sedang tidak transmitting, teks yang kita terima berantakan dan neon tetap nyala biarpun tidak ada arus listrik, itu berarti memang sedang ada gelombang elektromagnetis luar biasa yang sedang terjadi tapi kasat mata dan tidak dapat dirasakan oleh manusia.
* Perhatikan hewan-hewan. Cek apakah hewan-hewan seperti "menghilang", lari atau bertingkah laku aneh/gelisah. Insting hewan biasanya tajam dan hewan bisa merasakan gelombang elektromagnetis.
Nah kalau tiga tanda-tanda itu ada atau terlihat dalam waktu bersamaan, segeralah bersiap-siap untuk evakuasi. Tiga tanda tersebut kemungkinan besar menunjukkan memang akan ada gempa berkekuatan besar.
Walaupun demikian, adanya awan gempa yang bentuknya aneh itu, tetap tidak bisa memastikan kapan gempa terjadi.
Oleh karena itu jangan tunggu-tunggu lagi, sebisa mungkin langsung melakukan tindakan penyelamatan diri untuk menghindari hal-hal yang paling buruk.
Kalau skala gempanya besar dan episentrumnya terletak di laut, kita harus selalu aware akan datangnya gelombang tsunami. Tingginya gelombang bisa puluhan meter, bisa juga hanya dua meter. Tapi biarpun hanya dua meter, gelombangnya tidak main-main. Kekuatannya dahsyat (seperti tidak habis-habis) dan tekanannya bisa mencapai 190 kilogram.
Beberapa tanda akan terjadi gelombang tsunami adalah laut tiba-tiba menyurut dan burung-burung laut terbang dengan kecepatan tinggi ke arah daratan.
Kalau melihat dua tanda seperti itu, langsung selamatkan diri ke daerah yang lebih tinggi. Tapi kalau tidak sempat lari sementara tsunami sudah di depan mata, jangan berlindung di balik bangunan yang terbuat dari tembok/beton, karena bisa hancur dan malah membahayakan orang yang berlindung. Sebisa mungkin berlindung di balik daerah rimbunan (pohon, tanaman, semak-semak, rawa). Karena kekuatan gelombang jadi terpecah dan tidak memusat kalau membentur semak.

motivasi Diri - 4 Langkah Bagaimana Mengekalkan Kesan Perubahan Positif Dalam Diri

4 langkah bagaimana untuk mengekalkan perubahan positif dalam diri:

1. Tekad untuk bersikap positif, berfikiran positif sepanjang masa. Elak segala yang negatif walaupun sedikit ( cakapan negatif, fikiran negatif, sikap negatif, tindakan negatif). Unsur negatif yang sedikit akan menghilangkan sikap positif serta merta.Sikap positif akan membuat Anda dapat mengekalkan perubahan dalam diri lantas menyerapnya menjadi sebahagian daripada tabiat biasa.Sikap negatif, walaupun sedikit, akan melunturkan perubahan yang dibina. Selagi sikap negatif tidak dikurangkan, selagi itu kita akan mengalami kesukaran untuk mengekalan kesan perubahan.

2. Disiplin. Jaga disiplin, latih diri berdisiplin dalam mengekalkan perubahan yang dicipta. Sesudah berubah, jika perubahan, kekalkannya dengan disiplin. Disiplin yang terjaga akan membentuk peribadi tersendiri.

3. Ransang diri dengan cakapan-cakapan positif di dalam hati. Ingat kisah-kisah kejayaan orang lain yang pernah Anda baca.Bayangkan bagaimana kecekalan mereka. Jika mereka boleh membentuk kecekalan hati, bermakna Anda juga boleh. Jika orang lain boleh buat, Anda juga boleh. Fikirkan boleh!

4. Gambarkan imej diri yang diinginkan. Jika Anda tekad nak merubah diri menjadi rajin, gambarkan diri Anda sebagai orang rajin di dalam imaginasi minda. Bayangkan sekerap mungkin imej tu difikiran, seolah-olah ia adalah gambar pegun yang terpampang di depan mata Anda.

Jika Anda nak merubah diri menjadi orang yang kaya dengan idea, bijak berkomunikasi, bayangkan diri Anda menjadi orang sedemikian. Lama kelamaan bila Anda selalu melakukan teknik ini, Anda akan terbiasa dengan sikap tersebut, menjadikannya perubahan yang dicipta kekal dalam diri.Sebab, minda separa sedar akan menangkap bayangkan minda yang ada difikiran Anda lantas mengatur sistem saraf, otot dan bahan kimia dalam badan supaya menjadi seperi yang Anda bayangkan.

Apa yang kita fikirkan tentang diri kita, itulah yang akan jadi tanpa kita sendiri sedari.

Siapa Lebih Membosankan?

soal siapa lebih membosankan sebenarnya bergantung kepada keadaan yang tertentu sahaja. Pada kebiasaannya begini:
Senario #1: Sifat ego pasangan yang tidak mengenal masa dan tempat pasti membosankan!
Senario #2: Pasangan yang suka berleter!
Senario #3: Pasangan yang asyik marah-marah dan naik angin!
Senario #4: Pasangan yang kuat merajuk dan merengek!
Senario #5: Sifat terlalu menghias diri: sehingga depan pasangan asyik touchup gincu/bedak. . (make-up tak habis-habis! )
Senario #6: Sifat lelaki yang suka memuji ibunya, (disebut berulang kali!), semuanya lebih baik daripada pasangannya!
Senario #7: Sifat si isteri yang tak pernah bawa telekong/solat bila balik kampung..(walaupun si suami tahu pasangannya tidak uzur syarie!).
Senario #8: Sifat pasangan yang tidak mahu berhenti merokok atau beli loteri ramalan..!
Pesanan saya kepada pasangan yang bakal berkahwin:
Bahawa soal memilih sudah selesai, hadapilah kenyataan dan terimalah pasangan anda seadanya. Bertenang dan berdoa: pasti tidak membosankan!
Wallahu'alam.

TIDAK SEMUA BUNGA ITU CANTIK

Apabila si gadis dipuji dengan kata-kata, "Awak ni cantiklah", maka akan menguntumlah sebutir senyuman dibibirnya dan berbungalah hatinya. Tersipu-sipulah ia. Ah... siapa yang tidak seronok bila dikatakan cantik dan lawa? Begitulah resam manusia, seronok bila dipuji kecewa bila dikeji.
Tetapi lain halnya bagi si mukmin yang merasa dirinya miskin dengan Tuhannya. Terasa kerdil tatkala berhadapan dengan segala pujian dan sanjungan manusia.
Wanita yang cantik selalu ditimpa 'perasan' kerana sedar dirinya punya kelebihan. Kata orang, wanita cantik banyak mahunya. Diri rasa bangga, seisi dunia mahu digenggamnya. Kalau ia seorang gadis, dirinya sanggup menjadi tukaran dengan wang beribu.
Jika ia seorang isteri yang sedar dan bangga dengan kecantikkannya, maka suamilah yang menjadi mangsa. Si suami selalu melutut dan kalah dengan kehendak dan karenahnya.
Lebih malang jika si suami pula suka akan kecantikan isterinya.. Ia menyayangi isteri atas dasar kecantikannya. Jadilah suami laksana lembu yang dicucuk hidungnya.
Ke mana diarah di situlah perginya, alangkah dayusnya dia. Si isteri yang cantik rupawan akan merajuk dan meragam seandai kemahuannya tidak tercapai, mengugut, merajuk hendak balik kampung atau minta cerai. Alangkah indahnya jika si isteri tadi, kecantikannya digunakan untuk meniup semangat jihad ke lubuk hati mujahidin.
Ketahuilah, keutamaan dan nilai diri seorang wanita sama ada cantik atau tidak adalah pada akhlaknya. Kalau ia seorang isteri, ketaatannya pada suami adalah akhlak yang paling indah.
Wanita yang cantik tetapi tidak berbudi pekerti tinggi, lebih-lebih lagi isteri yang cantik yang derhaka pada suami adalah ibarat bunga raya. Cantik warnanya harumnya tiada.
Sebaliknya wanita yang tidak cantik tetapi berakhlak mulia, taat kepada suaminya, sentiasa mencari keredhaanNya, ibarat bunga cempaka. Tiada rupa tetapi harumnya memikat jiwa.
Antara bunga raya dan bunga cempaka pastilah cempaka diminati orang. Kasihan si bunga raya, tidak dijual atau dipakai orang. Ibarat gadis murahan yang mempertontonkan kecantikan. Konon nanti ada yang berkenan tetapi tidak sedar diri jadi mainan.
Wanita yang tidak cantik pula jika tidak berakhlak akan meyakitkan hati dan mata.
Ibarat bunga yang tidak cantik tidak pula harum dan wangi. Maka tiadalah apa-apa tarikan dan keindahan padanya.
Usah bangga dan usah pula risau akan paras rupa untuk merebut kasih sayang manusia.
Tetapi marilah berlumba-lumba untuk menjadi wanita yang bertaqwa dan berakhlak mulia. Nescaya disayangi Allah serta makhluk-makhlukNya.
Seharusnya diri yang dikurniakan Allah dengan nikmat kecantikan sentiasa resah jiwanya. Bukan kerana takut luput kurniaan itu dari dirinya. Bukan jua kerana ada yang iri hati dan mahu menganiayai atau menandingi kejelitaannya. Resah adalah kerana menghitung-hitung pahala-pahala yang tinggal akibat pujian dan sanjungan manusia yang bakal menjerumuskan dirinya ke jurang neraka.
Mengira-ngira bagaimana untuk meruntuhkan gunung mazmumah akibat dari kecantikan diri yang dijulang bagaikan mahkota. Apa lagi jika kecantikan itu hidangan setiap insan, cantik indah tetapi hina terdedah. Menjadi mainan nafsu dan syaitan.
Bersyukur dengan segala nikmat Tuhan. Baik buruk, cantik hodoh itu adalah pemberiNya. Yang berwajah cantik atau hodoh sama-sama perlukan persediaan. Akan tiba saatnya jua di mana yang berwajah cantik indah dikerumuni oleh cacing dan ditimbusi tanah di liang lahad yang gelap lagi sunyi. Tatkala itu bersandinglah manusia dengan kematian.
Apakah baru di kala itu mahu diucapkan nikmat iman dan Islam itulah sebesar-besar pemberian Tuhan? Baru sanggup berjuang, berkorban apa saja demi mendapatkannya?
Sebelum segala-galanya terlewat sama-samalah kita daki anak-anak tangga menuju ke puncak taubat. Asal manusia dari setitis mani yang hina. Sehina itulah pula diri wanita. Kenangilah nasib diri di hari penghisaban. Segala pinjaman Tuhan itu, untuk apa digunakan.
Lunakkan hati, tenangkan perasaan. Lihatlah ke seluruh penjuru alam. Di mana saja mata menjurus di sana ada tanda keagungan Tuhan. Dongakkan kepala ke langit biru, tundukkan wajah ke bumi yang hijau. Saksikanlah kilauan mentari, percikan cahaya bulan dan bintang. Langit yang dijadikanNya tidak bertiang, gunung-ganang tidak berpancang. Usah terlena dibuai keindahan, sesungguhnya pada segalanya itu terkandung pengajaran :
"Dan apa sahaja nikmat yang ada padamu dari Allah datangnya, dan bila kamu ditimpa kemudaratan maka hanya padaNyalah kamu meminta pertolongan."
An-Nahl: 53
Jadilah bunga yang cantik dan wangi

picasion.com