Sunday, May 20, 2012

Musuh Dalam Selimut

Saiyidina Othman bin Affan diangkat menjadi Khalifah selepas Saiyidina Umar bin Khatab dibunuh oleh musuh dalam selimut dari golongan kaum munafik. Ketika itu keadaan masih lagi dilanda pergolakan dan keresahan. Dengan ketegasan sikap dan kebijaksanaan Saiyidina Othman suasana pemerintahan dapat dikendalikan secara aman oleh Khalifah yang berjiwa lembut itu. Ramai penganut agama lain datang berduyun-duyun masuk Islam. Salah seorang daripadanya adalah seorang pemuda Yahudi dari Yaman yang bernama Abdullah bin Saba'.

    Namun ternyata Abdullah bin Saba' mempunyai tujuan lain disebalik memeluk Islam. Ia mengharapkan Khalifah selaku penguasa negara akan memberikan kehormatan kepadanya. Maka berangkatlah Abdullah bin Saba' ke Madinah. Ia meminta izin mengadap Khalifah. Setelah diperkenankan ia menyampaikan keinginannya agar diberi kedudukan tinggi di salah satu jabatan terpinting dalam bidang apa saja. Tetapi Saiyidina Othman menolak dan berkata "Aku hanya seorang pelayan umat. Aku diangkat menjadi Khalifah bukanlah atas keinginanku bahkan atas kesepakatan para sahabat yang lain."

    Saiyidina Othman berkata lagi "Tidakkah tuan tahu bahawa jawatan bukanlah satu kehormatan tetapi merupakan satu amanah." sambung Khalifah lagi "Apakah tuan sudah sanggup memikul amanah itu sedangkan tuan baru sahaja memeluk Islam dan lebih daripada itu tidak layak sesuatu kedudukan diminta atau diminati, kerana Allah jualah yang memberi atau mencabut kedudukan seseorang."

    Abdullah bin Saba' keluar dengan perasaan gelap. Ia telah bersusah memeluk Islam dan kemudian menempuh perjalanan yang jauh dengan harapan untuk memperolehi sanjungan dan mendapat jawatan tinggi, tetapi ternyata hanya memperolehi nasihat dan teguran. Semenjak dari itu Abdullah bin Saba' menyimpan dendam kepada Khalifah, umat Islam dan agama Islam. Ia bertekad untuk membinasakan umat Islam dan mengacaukan ajarannya.

    Maka Abdullah bin Saba' berkeliling kemana-mana dan berbisik-bisik sambil menabur fitnah kepada orang ramai dengan berkata bahawa pewaris dan Khalifah yang sah adalah Saiyidina Ali bin Abi Thalib. Sebahagian daripada mesyarakat telah terpengaruh dengan hasutan tersebut sehingga mereka menubuhkan kumpulan yang dipanggil Syiah Saba'iyah yakni kaum Syiah sekarang.

Bagitu busuknya fitnah yang disebarkan oleh Abdullah bin Saba' sehingga ia berani berkata "Sesungguhnya yang menjadi Nabi pilihan Allah adalah Ali bin Abi Thalib. Hanya kebetulan pada ketika itu malaikat Jibrail sedang mengantuk sehingga wahyu Allah diberikan kepada Muhammad iaitu orang yang tidak berhak."

    Mendengar khabar beracun seperti itu Saiyidina Ali bin Abi Thalib sangat marah dan tatkala beliau diangkat menjadi Khalifah keempat menggantikan Khalifah Saiyidina Othman bin Affan atas perintahnya Abdullah bin Saba' diusir dari Madinah.

Thursday, November 18, 2010

Majlis Qurban bertempat di surau Al-Fallah Desa Chepor Indah Pada 17 Nov 2010


Hebat juga lembu ni... padanlah dengan harga.. apa yang pentingnya ialah si pembuat korban dapat mempersembahkan ketakwaan kepada Allah... bukan mempersembahkan lembu siapa paling besar dan mahal..

kanak-kanak pun sibok juga...

Tuan Guru sedang sembelih lembu... takut juga nak sembelih ni... manalah tahu. nyawa ni...

dah tumbang pun... akhirnya dia serah diri /patuh kepada perintah Allah SNW...

ikat betul-betul nanti dia bangun lri pula...

AJK sedang melapah lembu korban..
Muslimat Pas sedang membuat persiapan untuk makan tengahari...

hasilnya....

Pengerusi dan Bendahari Kharat kematian Desa chepor indah sedang membuat kiraan berat timbangan lembu yang dikorban... apa yang penting berat ketakwaan yang dipersembahkan... TAKBIR..............

Wednesday, November 17, 2010

MAJLIS QURBAN DESA CHEPOR INDAH PADA 17 NOV 2010


Ggah juga lembu ni

nak tumbangkan lembu pun susah juga...

nak memulakan sembelih... Bismillahhirrahman nirrahim...

Gelabah juga ustaz ni.... nyawa woi... tak kesian ka..

dah nak selesai pun..

pengerusi surau sedang melapah daging... semangat nampak... gelak sakan dia..
sedang melapah kulit... Imam wahab ada juga... dia semangat tu..






KHOTBAH AIDIL ADHA 2010 SURAU AL-FALLAH

Sidang Jemaah Muslimin dan Muslimat Yang di Rahmati Allah Sekalian,

Pada pagi Hari Raya Iduladha yang penuh keberkatan lagi mulia ini, marilah samasama kita perbanyakkan rasa syukur dan meningkatkan ketakwaan kepada Allah SWT dengan sebenar-benar takwa. Ketakwaan penuh keinsafan, penuh pengorbanan yang bertanggungjawab membawa kita mentaati perintah Allah SWT dan meninggalkan segala larangan-Nya larangan Allah, mudah-mudahan kita dikasihi Allah, mendapat perlindungan-Nya di dunia dan di akhirat. Mimbar pada hari ini akan menyampaikan khutbah yang bertajuk “PENGORBANAN DAN KEMBALILAH KEPADA ISLAM ”.

Sidang Jemaah Muslimin dan Muslimat yang di Rahmati Allah,

Ibadah haji mengembalikan kenangan agong yang berlaku kira-kira 5,000 tahun yang lampau melibatkan pengorbanan nabi Ibrahim AS dan keluarganya dalam mentaati perintah Allah. Dalam mencapai pengorbanan yang agong ini nabi Ibrahim telah menghabiskan segenap usianya untuk berbakti kepada tuhan, meletakkan batu asas supaya manusia kembali kepada agama Allah. Selain menjadikan kota Mekkah sebagai pusat gerakannya, baginda kemudian berpindah dari satu daerah ke satu daerah, dari wilayah Iraq sampai ke Palestin, terus ke Mesir. Ditinggalkan isterinya Hajar bersama putranya Ismail di tanah gersang yang tidak berair itu sehingga terpancarlah air zamzam untuk memberi minum kepada mereka. Apabila baginda kembali ke Makkah, diperintahkan tuhan menyembelih puteranya pula Ismail, dan dilakukannya dengan penuh keikhlasan tanpa membantah sedikit pun atas arahan itu. Maka diganti oleh Allah SWT dengan haiwan iaitu kibas yang dijadikan korban sembelihan. Kemudian bersama putranya membina semula Baitullah yang menjadi kiblat kaum muslimin hingga sekarang. Pengorbanan besar nabi Ibrahim dan keluarganya kepada Allah SWT dapat dilihat dalam kalimah talbiah yang berbunyi,

Maksudnya: Wahai Tuhan kami, kami datang semata-mata dengan ikrar setia dan taat kepada perintahMu. Wahai Tuhan kami yang tiada sekutu bagiMu, kami sahut seruanMu. Sesungguhnya segala puji nikmat dan kekuasaan, kesemuanya adalah bagiMu, wahai Tuhan kami yang tiada sekutu bagiMu.

Lafaz talbiah yang diucapkan oleh nabi Ibrahim AS dan keluarganya memberi pengertian yang besar dalam kehidupan umat Islam. Apa yang nyata talbiah ini adalah ikrar yang dilafazkan jemaah haji di seluruh tanah haram Mekkah semata-mata untuk bertakwa kepada Allah SWT, tanda kerinduan kepada Allah yang Maha Esa dan bersiap sedia untuk berkorban kembali kepada Islam dengan melaksanakan segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya.

Imam al-Ghazali dalam kitab Ihya Ulumuddin menerangkan bahawa dengan mengerjakan ibadah haji seseorang muslim menunjukkan kerinduannya yang mendalam kepada tuhannya. Ditabungkan duit begitu lama, menunggu giliran pulak, pergi berkursus supaya tidak jahil, Ditinggalkannya kampung halaman,ditinggalkannya anak isteri, keluarga serta sahabat dan berangkat mengharungi lautan yang luas, meredah angkasa, mengharungi daratan yang terbentang menuju ke tanah suci dan Baitullah semata mata untuk mengabdikan diri dan menunaikan perintah Allah SNT dan kembali kepada ajaran Islam seperti mana ikrar yang dilakukan oleh nabi Ibrahim, nabi Ismail dan nabi Muhammad SAW ketika berada di tanah suci Mekkah. Firman Allah SWT dalam surah al-Mumtahanah ayat 4:

Maksudnya: ” Sesungguhnya adalah bagi kamu pada Nabi Ibrahim dan pengikut-pengikutnya contoh ikutan yang baik”.

Sidang Jemaah Muslimin dan Muslimat yang di Rahmati Allah,

Ibadah haji adalah rukun Islam yang kelima selepas mengucap kalimah syahadah, solat, berpuasa, dan menunaikan zakat. Mereka yang melaksanakan ibadah haji ini hakikatnya menjadi simbul telah sempurna keimanan dan penghayatan melaksanakan perintah Allah. Mereka melafazkan lafaz talbiah sebagai mengistiharkan dan berikrar untuk kembali dan berkorban mempertahankan ajaran Islam sepenuhnya. Sebab itulah mereka yang menunaikan ibadah haji dan mempertahankan sifat-sifat mahmudah atau sifat yang terpuji yang membawa kebaikan kepada keluarga, jiran, masyarakat dan negara dianggap sebagai mendapat haji mabrur.

Sempena Sambutan Hari Raya Korban pada hari ini marilah kita kembali kepada Islam kerana Islam adalah agama Allah. Apakah pengorbanan kita kepada agama yang kita anuti ini..Adakah kita sanggup mengorbankan harta benda, wang ringgit, masa dan kebendaan dunia ini untuk islam. Apakah kita Menerima Islam untuk diamalkan sepenuhnya atau hanya ambil setengah dan buang setengah. Menerima Islam sepenuhnya tidak akan merugikan dan tidak menjatuhkan maruah seseorang. Terdapat umat Islam mengalami perasaan ragu-ragu untuk menghayati ajaran Islam sepenuhnya. Keadaan ini menyebabkan mereka mengamalkan Islam secara terpisah-pisah atau secara serpihan. Ada yang mengamalkan solat, puasa, haji tetapi pada masa yang sama pula kedekut untuk mengeluarkan zakat dan bergelomang dengan maksiat. Mereka menolak setengah-setengah isi Al-quran dan mengambil yang menguntungkan sahaja. Lantaran kealpaan inilah kita lalai dalam melaksanakan tangungjawab sebagai seorang hamba Allah SWT. Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan seseorang itu lalai dari tangungjawab yang sebenarnya antaranya ialah kerana mereka ini sukakan kehidupan dunia dan benci kepada kematian, sedangkan perlu diingat suatu hari nanti kita akan berhadapan dengan Allah dalam keadaan bersendirian.

Cinta kepada dunia datang dengan pelbagai bentuk seperti cintakan kemewahan, kesenangan, keamanan, kesihatan, kedudukan dan pangkat. Lantas dengan perkara ini kita menjadi lalai dan tidak mampu mengorbankan apa jua yang ada pada kita di jalan Allah SWT. Kita beranggapan segala yang kita perolehi adalah hasil dari usaha kita sendiri tanpa menghubung kait dengan pemberian dari Allah SWT. Kita lebih mengutamakan kerja dunia daripada melaksanakan perintah Allah, lalai untuk mengorbankan sedikit waktu untuk sujud dan patuh kepada perintah-Nya dan ada juga yang belum mampu untuk mengorbankan sedikit hasil pendapatan dan harta kerana dikhuatiri kekayaan dan harta itu akan berkurangan, justeru kita lebih suka memikirkan kepentingan diri daripada kepentingan umun.

Sidang Jemaah muslimin dan muslimat yang di Rahmati Allah,

Malaikat maut sudah pun menghantar beberapa peruntusan semboyan kematian kepada manusia supaya manusia berfikir dan mengambil pengajaran daripada apa yang berlaku. Antaranya ialah Ia terdiri daripada beberapa perubahan fizikal misalnya tumbuh uban, pandangan mata mulai kabur kerana rabun, kulit yang tegang mulai beransur lisut, sengal-sengal pada sendi dan sering sakit seluruh badan dan sebagainya. Kemunculan segala tanda-tanda itu seolah-olah ia telah membisikan bahawa malikat maut berkirim salam bahawa ia akan berkunjung tidak lama lagi.

Ada orang yang segera mengambil tindakan dan ingatan dari tanda-tanda itu tetapi tidak kurang juga yang mensia-siakan kedatangan peruntusan halus dan simbolik tersebut, malah ada juga yang berusaha menghilangkan tanda-tanda kedatangan perutusan malaikt maut contohnya apabila muncul uban di kepala mereka mencabutnya uban itu, ataupun jika uban semakin lebat mereka sapu dengan pewarna hitam agar mereka kelihatan sentiasa muda. Apa lagi jika mata mulai rabun, akan diatasi dengan mudah kerana teknologi telah lama dapat membantunya. Persoalannya ialah adakah mereka insaf bahawa rabun itu adalah satu peringatan atau perutusan dari malaikat maut. Begitu juga gambaran-gambaran yang lain bahawa ada beberapa tanda-tanda manusia di penghujung usianya iaitu sendi-sendi lutut sudah diserang sengal-sengal, giginya sudah dicabut, matanya rabun dan tenaga telah luntur. Kesemuanya semboyan itu memberi faedah hanya kepada manusia yang lembut, yang sentiada mengingati Allh Taala.

Seruan malaikat maut itu seolah-seolah berbunyi wahai manusia yang berumur 40 tahun, inilah masanya untuk kamu mencari bekal akhirat, kerana tubuh badanmu masih kuat segar dan gagah, hati dan fikiranmu waras dan tidak nyanyuk. Manusia pada umur 20-30 tahun pula tidak menghiraukan seruan tersebut kerana mereka mungkin sedang mabuk muda remaja, namun kepada golongan remaja itu malaikat maut tetap mengingatkan mereka bahawa banyak buah-buahan yang masih muda juga gugur. Kemudian malaikat maut menyeru pulak keluarga 50an dengan ingatannya yang agak keras sedikit bahawa ia sudah bersedia untuk datang kepada manusia golongan 50an pada bila-bila masa sahaja apabila diarahkan. Apabila manusia telah menjangkau umur 60an tetapi masih tidak ada kesedaran, masih terus melupakan mati, lupa batasan Allah, malaikat sudah menyediakan kertas soalan di dalam kubur. Dan jugak tidak menyediakan jawapan kepada soalan yang telah disiapkan, pada hal di alam barzah tidak ada siapa yang menyediakan jawapan melainkan amalan-amalan yang telah dilaksanakan semasa didunia dahulu. Abu Hurairah berkata bahawa Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud:

apabila Allah menangguhkan usia seseorang sehingga 60 tahun tetapi tidak menggunakan umur itu sebaik-baiknya, maka Allah tidak akan memaafkan seseorang itu.


Sidang Jemaah muslimin dan muslimat yang di Rahmati Allah,

Pengorbanan yang sebenarnya adalah pengorbanan yang berasaskan kepentingan Islam. Inilah pengorbanan yang mesti dilakukan oleh setiap kita, demi membela dan menyelamatkan Islam dan umatnya. Kesemua ini menuntut pengorbanan jiwa raga dan harta benda dengan bertunjangkan kepada niat yang ikhlas dan ketakwaan kepada Allah SWT. Ingatlah wahai muslimin dan muslimat sekalian setiap pengorbanan tanpa keiklasan dan ketakwaan kepada Allah SWT adalah sia-sia belaka. Firman Allah SWT dalam surah al-Hajj ayat 37 :

Maksudnya: Daging dan darah binatang korban itu tidak akan sampai kepada

Allah, tetapi yang sampai kepada-Nya ialah ketaqwaan kamu. Demikianlah Ia

memudahkan binatang itu bagimu supaya kamu mengagungkan Allah atas

petunjuk-Nya kepadamu. Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang yang

berusaha supaya baik amalnya..

Lafaz talbiah yang menyeru kita kembali dan berkorban untuk Islam telah menyedarkan kita, menginsafkan kita bahawa agama Islam menjadi asas kekuatan umat Islam di negara ini. Kelemahan kita mempertahankan Islam akan menjerat bangsa kita menjadi bangsa yang tiada identiti dan jati diri.

Mimbar menyeru marilah kita mengambil kesempatan pada hari yang mulia

ini, untuk membina keutuhan tali persaudaraan diantara kita dengan ziarah menziarahi dan bermaaf- maafan sesama kita. Buang yang keruh, ambillah yang jernih. lebih-lebih lagi dalam menangani isu yang membabitkan agama dan masa depan umat Islam, maka sewajarnya kita sama-sama bangkit bersatu hati tanpa mempedulikan perbezaan latar belakang ekonomi, miskin atau kaya, berbeza latar belakang fahaman atau politik. Kita ketepikan segala perbezaan-perbezaan tersebut. Mengakhiri khutbah pada hari ini, beberapa perkara yang perlu diambil perhatian sebagai renungan kita bersama :

Pertama: Iduladha yang kita rayakan ini mengajar kita erti pengorbanan dan sesungguhnya pengorbanan itu adalah sesuatu yang sangat tinggi nilainya bagi seluruh umat Islam.

Kedua: Ibadat haji secara tidak langsung mendidik kita supaya bersikap dengan nilai-nilai yang positif serta dituntut di dalam Islam seperti sabar, tolong- menolong, bertolak ansur, merendah diri, bersyukur, redha, istiqamah, tawakkal dan sebagainya. Disamping itu juga, ia mendidik kita menjauhi nilai-nilai negatif seperti mementingkan diri sendiri, tidak sabar, tamak, bangga diri, hasad dengki dan seumpamanya.

Ketiga:Pengorbanan kembali kepada Islam adalah yang berasaskan kepada keikhlasan dan ketakwaan kepada Allah SWT. Marilah sama-sama kita menghayati firman Allah SWT dalam surah al-Kauthar ayat 1-3

Maksudnya: Sesungguhnya kami telah mengurniakan kepadamu(wahai Muhammad) kebaikan-kebaikan yang banyak(di dunia dan akhirat). Oleh itu kerjakanlah sembahyang kerana tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur). Sesungguhnya orang yang bencikan engkau, dialah yang terputus (dari mendapat sebarang perkara yang diinginnya).



Wednesday, November 3, 2010

MAKANLAH IKUT PERATURAN

Ada sedikit ilmu yg ingin saya kongsi bersama dengan kawan2 semua? Rupa2nya tanpa kita sedo, dalam makanan yg kita makan sehari2, kita tak boleh main balun aje? sebab itulah terjadinya penyakit kencing manis, lumpuh, sakit jantung, keracunan makanan dan lain2 penyakit apabila kita telah tua nanti. Apabila kawan2 telah mengetahui ilmu ini, tolonglah ajarkan kepada yg lain2nya. Ini pun adalah diet Rasullulah SAW kita juga. Rasullulah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai jaga pemakanannya sehari2. apa kata kita ikut diet ini kawan2. tak payahlah susah2 makan pil untuk kurus? Insyaallah kalau kawan2 ikut diet Rasullullah ini?. Garenti? kawan2 takkan sakit perut ataupun keracunan makanan.

Jangan makan SUSU + DAGING

Jangan makan DAGING + IKAN

Jangan makan IKAN + SUSU

Jangan makan AYAM + SUSU

Jangan makan IKAN + TELUR

Jangan makan IKAN + DAUN SALAD

Jangan makan SUSU + CUKA

Jangan makan BUAH + SUSU CTH :- KOKTEL

# JANGAN MAKAN BUAH SELEPAS MAKAN NASI , SEBALIKNYA MAKAN BUAH TERLEBIH DAHULU, BARU MAKAN NASI.

# TIDUR 1 JAM SELEPAS MAKAN TENGAHARI.

# JANGAN SESEKALI TINGGAL MAKAN MALAM . SESIAPA YG TINGGAL MAKAN MALAM DIA AKAN DIMAKAN USIA DAN KOLESTEROL DALAM BADAN AKAN BERGANDA.

Nampak memanglah pelik.. tapi, kalau tak percaya... kawan2 cubalaa.................................
Ianya takdelah dalam jangka masa terdekat nie.... Ianya berkesan bila kita sudah tua nanti. Dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut.
Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu. di kuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam mengandungi ion+ manakala dalam ikan mengandungi ion-, jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tidakkan balas biokimia yang terhasil yang boleh merosakkan usus kita.

Al-Quran Juga ada mengajar kita menjaga kesihatan spt membuat
amalan spt:-

Mandi Pagi sebelum subuh @ sekurang kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap kedalam badan boleh mengurangkan lemak mengumpul. Kita boleh saksikan orang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.

Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air ais) setiap pagi. Mujarabnya Insayallah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit).

Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrin. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir keruang berkenaan. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menjumpa bahawa enzyme banyak terkandung di celah jari jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzyme sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam) Wassalam...

Saturday, October 9, 2010

Di mana Kejujuran Kita...

Ramai orang jujur. Tapi jujur tu tak kekal lama. Sebab, jujur yang mereka ada pada diri mereka hanyalah jujur yang diperlakonkan semata-mata untuk mendapat sesuatu, untuk memperoleh sesuatu atau untuk menikmati sesuatu. Jujur yang jujur punya jujur adalah jujur yang berpanjangan, bukan sehari dua atau setahun dua saja.Kejujuran adalah salah satu dari puluhan bahan-bahan dalam resepi utama kejayaan - tak kiralah Anda seorang pelajar, pekerja ataupun usahawan. Kejujuran adalah sebab utama orang suka ngan kita, kemestian untuk kita membina pengaruh kita.

Kita berjaya disebabkan orang lain. Orang lain dan sesiapapun tak akan suka dekat dengan kita apabila kita tidak jujur bahkan mempamerkan sikap tidak jujur di mata mereka.

100 tahun kita jujur tapi bila 1 setahun saja kita jahat, orang akan lebih ingat kejahatan kita yang cuma setahun tu. Jujur yang 99 tahun sebagai bakinya dah tak ada guna. Tak ada makna.

Jujurlah sejujur-jujurnya, tapi biarlah jujur yang bijak punya jujur. Jujur pada zaman moden ni disama ertikan dengan lurus bendul.

Mencari lelaki yang benar-benar jujur ibarat menjadi satu mitos atas alasan lelaki cepat berubah.

iMotivasi berjaya mencapai ke tahap yang Anda kenali hari ini simply disebabkan kejujuran seorang lelaki. Walaupun dia kekadang tersilap namun dengan jujur dia mengakui kesilapannya.

Sikap sebegitu patut kita kagumi sebab ramai lelaki tak mahu mengaku dia bersalah sebab dia tak mahu meletak dirinya dalam situasi ‘kalah’. Semua dia yang betul. Nasihat dan pendapat kita tak nak dengar. Buat tak dengar je.Kekadang kita patut belajar mengawal ego sebab gara-gara ego, kita sendiri tak berjaya tanpa kita sendiri menyedarinya.

Moga kita dihindarkan dari sikap sebegitu.

Tuesday, September 21, 2010

GAGAL PERNIAGAAN

Tiada siapa di dunia ini inginkan kegagalan dalam perniagaan, namun kegagalan perniagaan tetap terjadi. Ianya dikatakan lebih daripada 90% perniagaan yang dimulakan mengalami kegagalan. Berikut adalah sebab-sebab kegagalan perniagaan. Pastikan anda menjauhinya!

1: Tiada matlamat. Tiada matlamat yang jelas apa yang ingin dicapai oleh perniagaan yang dibina. Apakah matlamat perniagaan anda dalam masa 1 tahun dari sekarang? Apakah matlamat perniagaan anda dalam masa 3 tahun dari sekarang? Apakah matlamat perniagaan anda dalam masa 5 tahun dari sekarang? Apakah matlamat perniagaan anda 10 tahun dari sekarang? Matlamat akan menentukan arah tuju sesuatu perniagaan.
Tanpa matlamat yang jelas, perniagaan tidak mempunyai daya dan motivasi untuk berkembang.

2: Tidak mengutamakan pelanggan Pelanggan merupakan aset utama apa sahaja perniagaan. Utamakan pelanggan oleh kerana apa sahaja perniagaan berfungsi untuk memenuhi keperluan pelanggan. Ianya sering dikatakan dalam buku-buku perniagaan bahawa pelanggan adalah raja!

3: Tidak usahakan jualan. Keuntungan perniagaan datangnya dari jualan. Amat jarang sekali sesuatu jualan akan datang dengan sendiri. Usahawan perlu mengusahakan untuk mendapatkan jualan. Pastikan momentum diteruskan untuk mendapat jualan demi jualan oleh kerana tanpa jualan, tiada keuntungan!

4: Tidak sabar. Naluri ramai usahawan adalah untuk menjadi kaya dengan segera. Perniagaan perlu dilihat untuk mendapat keuntungan jangka waktu panjang dan bukan meraih keuntungan maksima pada jangka waktu singkat.

5: Gagal meletakkan prioriti. Ianya dikatakan, 20% daripada usaha akan menghasilkan 80% daripada pulangan. Kesilapan ketara bagi mereka yang tidak bijak meletakkan prioriti adalah memberi fokus kepad 80% usaha perniagaan yang hanya memberi 20% daripada pulangan. Agihkan kerja-kerja perniagaan yang tidak memerlukan masa dan tenaga anda kepada orang lain supaya tenaga dan masa anda dapat ditumpukan pada aktiviti 20% yang memberi keuntungan 80%.

6: Melakukan sesuatu di luar bidang Sebaiknya, jalankan perniagaan di mana letaknya kekuatan anda. Memulakan perniagaan yang bukan dalam kekuatan anda hanya akan mengurangkan motivasi anda.

7: Tidak mempunyai daya saingan pada produk atau perkhidmatan Persaingan semakin sengit dalam arena perniagaan. Sesuatu perniagaan perlu mempunyai daya saingan yang hebat berbanding dengan pesaing dari segi lebih baik, atau lebih murah, atau lebih pantas dari pesaing. Tanpa daya saingan untuk membezakan anda dengan pesaing, ianya hanya akan menenggelamkan perniagaan anda.

8: Produk tidak memenuhi keperluan pelanggan Mempunyai produk untuk dijual adalah langkah utama memulakan perniagaan. Namun, dengan mempunyai produk sahaja, tidak mencukupi.Produk yang dijual perlu dapat memenuhi keperluan pelanggan.Mungkin anda ingin jual bahan kosmetik untuk memutihkan kulit, tetapi produk anda bukan sahaja memutihkan wajah pengguna, ianya menyebabkan kulit berminyak di wajah pengguna pula. Maka, produk tersebut tidak dapat memenuhi keperluan pengguna.

9:Produk dan perkhidmatan pelanggan yang tidak berkualiti Zaman ini, pelanggan mementingkan kualiti produk dan perkhidmatan pelanggan. Oleh kerana persaingan semakin tinggi, terdapat berbagai-bagai pilihan yang boleh dibuat oleh pelanggan. Produk dan perkhidmatan yang berkualiti akan menjadi pilihan utama.

10: Gagal mengenalpasti pelanggan. Siapakah bakal pelanggan anda? Dimana komuniti bakal pelanggan anda? Apakah kemampuan kewangan bakal pelanggan anda? Bagaimana caranya anda boleh mencapai bakal pelanggan anda? Strategi perniagaan adalah menetapkan tumpuan pasaran anda (niche market). Dengan menetapkan tumpuan pasaran anda, ianya adalah lebih mudah mengenalpasti pelanggan anda untuk melakukan sebarang jualan.

11: Lemah dalam urusan kewangan. Fahami angka kewangan perniagaan anda. Pastikan setiap transaksi perniagaan diambil kira dan walaupun bunyinya mudah, namun, terlalu banyak perniagaan membelanja lebih daripada apa yang diterima. Bijak dalam berbelanja untuk perniagaan, walaupun usahawan perlu mengambil risiko kewangan, namun risiko yang terbaik adalah risiko yang telah diselidik.

12: Gagal mengikut trend semasa dan pasaran. Trend dan pasaran berubah mengikut masa. Satu ketika dulu, walkman menjadi pilihan utama muda mudi berhibur, kini trend sudah berubah menjadi pemain MP3! Usahawan perlu peka kepada trend semasa dan pasaran supaya perniagaan sering dikemaskini mengikut arus zaman.

13: Perbelanjaan overhed yang tinggi. Seringkali kos overhed memakan segala keuntungan perniagaan. Pastikan kos overhed adalah pada minimum. Kos overhed termasuk kos elektrik, kos pekerja, kos premis, kos air, kos Internet dan sebagainya. Kos overhed akan sentiasa dikenakan setiap bulan. Sekiranya kos overhed mencecah RM20,000 setiap bulan, maka,keuntungan perniagaan perlu melebihi RM20,000 hanya untuk mendapat keuntungan.

14: Tiada perancangan perniagaan. Tidak melakukan perancangan adalah merancang untuk gagal. Sediakan pelan dan langkah-langkah untuk mengembangkan perniagaan anda. Aturkan strategi pemasaran dalam mendapat pelanggan yang ramai. Perniagaan menjadi cemerlang bukan kerana nasib, tetapi kerana perancangan perniagaan yang lengkap.

15: Perancangan tanpa tindakan. Perancangan hanyalah langkah pertama. Perancangan tanpa tindakan susulan tidak akan membuahkan hasil! Pastikan apa yang dirancang, diimplementasikan. Apa akan terjadi sekiranya apa yang dilaksanakan tidak menjadi dan gagal? Tidak mengapa, kegagalan akan mengajar anda untuk mengubah perancangan. Kegagalan adalah guru yang paling baik dalam perniagaan sekiranya anda membenarkan diri anda
mempelajari dari kesilapan.

16. Gagal berhubung dengan pekerja. Sememangnya agak sukar menjalankan perniagaan dengan sendiri tanpa mengagihkan kerja kepada pihak lain. Fahami kehendak dan keperluan pekerja oleh kerana pekerja akan membantu memajukan perniagaan anda. Hubungan yang baik dengan pekerja akan memberi motivasi kepada pekerja untuk berusaha dengan lebih tinggi dalam memajukan perniagaan anda.

Dengan mengetahui dan memahami sebab-sebab kegagalan perniagaan,ianya dapat membantu anda menghindari dari kegagalan perniagaan. Namun begitu, perlu diingat juga bahawa, sekiranya sekiranya rezeki perniagaan tidak menyebelahi anda dan anda menghadapi kegagalan, gagal sekali, bukan bermaksud gagal selamanya. Teruskan usaha oleh kerana kejayaan sering dijumpa disebalik kegagalan!

Monday, September 20, 2010

Petua mengubat Lupa

1. Kismis hitam 21 biji setiap pagi. Kunyah sebutir-sebutir dan bukan sekali rap.

2. Madu sesudu dalam air panas segelas. Minum bila suam, setiap pagi.
3. Tidur awal bangun awal
4. Tidak bersetubuh melebihi 2 kali seminggu
5. Kurangkan makan dan kurangkan makan benda masam
6. Banyak makan ikan, sayur, tempeh, ubi, kekacang dan kurangkan makan daging
7. Tarik nafas dalam2 ikut hidung dan tahan 4 saat dan lepaskan perlahan-lahan ikut mulut. Buat 10 kali setiap pagi.
8. Buat stretching bila bangun dari tidur
9. Masa buang air besar, tutup kepala dan jangan buka mulut
10.
Elakkan lihat kemaluan dan najis
11. Baca QUran dan cuba menghafal setiap hari
12. Bakar kemenyan nasrani, wangian ros, sandal atau gaharu setiap minggu ( orang moden kata aromatherapy )
13. Pakai minyak wangi setiap hari bila keluar rumah ( wanita ketika dalam rumah).
14. Mandi pagi, petang dan selepas buang air besar
15. Belajar bersabar dengan bersolat atau berdoa bila ada masalah.
16. Sayang ahli keluarga, ibubapa dan kanak-kanak.
17. Tidak bercampur bukan muhrim kecuali bila ada keperluan
Selain dari kuat ingatan, badan menjadi sihat, akal tenang dan umur pun panjang. Tak perlu membazir beli supplement dari farmasi seperti jojoba atau lain-lain sebab boleh menyebabkan panas badan, pecah gusi dan side effect. Duit tu boleh beli pakaian anak-anak dan isteri atau hadiah pada ibubapa atau bersedekah pada anak-anak yatim.
CUBA DULU BARU TAHU.....AMALKAN PETUA SEPERTI DI ATAS