PINDAAN UNDANG-UNDANG


PERSATUAN PENDUDUK CHEPOR INDAH, CHEMOR, PERAK (PEPCI)
 

MINIT MESYUARAT AGONG KE TIGA

(TAHUN 2013)

Mesyuarat telah diadakan di Perkarangan Surau Alfalah, Desa Chepor Indah, Chemor, Perak.
Tarikh                                                   :          20  JAN 2013 (AHAD)       
Jam                                                     :          10.OO PAGI                    
Kehadiran                                            :          52 orang   .
Keahlian                                              :           153 orang
Pengerusi Mesyuarat                           :            Tuan Haji Mohd. Yaacob bin Ibrahim   

1.             Ucapan Pengerusi

2.             Membentang dan menerima Minit Mesyuarat Agong Tahun Lepas :
Pada 19 Jun 2011 (Ahad)
3.             Membentang dan menerima Laporan Aktiviti Tahun Lepas :
Tahun 2011-2012

4.             Perbentangan Laporan Kewangan :
4.1               Penyata 1 Jan 2009-31 Disember 2011
4.2               Penyata 1 Jan 2010-31 Disember 2012


5.             Pemilihan Ahli Jawatankuasa 2013/2014 :
Pemilihan di buat dalam Mesyuarat Agong Melalui Undian.

6.             Perlantikan Pemeriksa Kira-Kira 2012/2015
Pemilihan di buat dalam Mesyuarat Agong Melalui Undian.

7.             Pindaan Undang-Undang :
Fasal 6 (1) : Yuran Tahunan

8.             Hal-Hal Lain :
Seperti dalam Minit Mesyuarat Agong.
9.             Penangguhan Mesyuarat


                               .....................................                                        ...................................
                       MOHAMMAD NASIR BIN SURATMAN                          MOHD FAUZI B. ABDUL JALIL 
                                YANG DIPERTUA                                                   SETIAUSAHA

MINIT MESYUARAT AGUNG PERSATUAN PENDUDUK TAMAN CHEPOR INDAH (PEPCI) KALI KE 3
Tarikh               :            20 Januari 2013 (Ahad)
Masa                        10:00 pagi
Masa               :            Perkarangan Surau Al-Falah, Desa Chepor Indah, Chemor, Perak
Kehadiran        :            52 orang 

AGENDA 1 : UCAPAN PENGERUSI MAJLIS
1.1. Bersyukur kepadaNYA kerana diberikan kesempatan untuk mengendalikan majlis.
1.2. Tuan Haji Yaakob mengalu-alukan kehadiran semua yang hadir dalam menjayakan mesyuarat kali ini.
1.3. Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Al-Fadhil Ustaz. Kamaruddin.
1.3. Tuan Haji Yaakob berharap agar mesyuarat kali ini berjalan dengan lancar dan mendapat kerjasama dari semua yang hadir.

AGENDA 2 : UCAPAN PENGERUSI PERSATUAN PENDUDUK (PEPCI)
2.1.      Mengalu-alukan kehadiran semua ahli yang hadir untuk menjayakan persatuan ini. Beliau juga berharap akan dapat sokongan yang berterusan bagi mencapai hasrat persatuan.
2.2.      Ucapan terima kasih kepada semua penduduk yang hadir walaupun hari minggu dapat jua bersama menjayakan mesyuarat agong persatuan kali ini.
2.3.      Beliau menyatakatan bahawa selama 2 tahun memegang amanah pimpinan, banyak episod suka dan duka dalam persatuan, beliau juga mengucapkan syabas kepada semua penduduk atas kerjasama terhadap beberapaprogram yang dijalankan.
2.4.      Beliau turut menjelaskan visi dan misi sewaktu memegang jawatan selaku pengerusi yang dilantik oleh penduduk dan turut menjelaskan kedudukan dan niat yang sebenar dalam menangkis sentimen yang berlegar dalam isu mendapatkan peruntukan pada kerajaan yang memerintah.Sebagai pengerusi yang dilantik, beliau sedaya upaya menggunakan saluran yang ada demi kesejahteraan penduduk.
2.5.      Beliau turut memberi komitmen untuk mendapatkan dana sebanyak RM10,000.00 kepada PEPCI sepertimana yang telah dijanjikan oleh YAB Ahli Parlimen Tambun/ Menteri Kewangan. Selanjutnya, usaha bagi memperolehi peruntukan bagi bangunan tambahan terpaksa ditangguhkan sehingga perlantikan baru jawatankuasa PEPCI 2013/14.
2.6.      Penduduk dan jawatankuasa harus menjalinkan perhubungan yang baik agar semua permasalahan persatuan dapat diselesaikan bersama, contohnya dalam isu infrastruktur taman dan permasalahan yang berbangkit harus dibincangkan bersama.
2.7.      Selama memegang jawatan, pengerusi menegaskan bahawa ada sebahagian permasalahan persatuan dapat diselesaikan dan ada juga masalah yang berkait dengan agensi berwajib yang memerlukan masa untuk ditangani, beliau meminta jawatankuasa yang baru untuk terus menyumbang bakti bagi menangai permasalahan yang belum dapat diselesaikan lagi.
2.8.      Berkenaan dengan isu penamatan sementara kawalan keselamatan dan rondaan di kawasan Taman Chepor Indah pada 15hb Januari 2013 adalah disebabkan kesempitan dana untuk PEPCI terus menampung kos upah pengawal keselamatan. Ianya, bertambah rumit dengan jumlah penurunan keahlian penduduk dan ketidakseragaman bayaran bulanan dikalangan ahli sendiri.Walaubagaimanapun, kelangsungan untuk mewujudkan semula kawalan dan rondaan keselamatan diserahkan kepada jawatankuasa 2013/14 yang bakal dilantik.
2.9.    Pengerusi menegaskan selaki lagi bahawa objektif persatuan adalah sebagai satu saluran kepada penduduk mengutarakan masalah untuk diselesaikan bersama, sebagai peneraju jawatan kuasa, beliau sentiasa berusaha menerima sebarang cadangan dan aduan dan sedaya upaya menyelesaikan masalah tersebut.
2.10.    Pengerusi juga mengucapkan terima kasih kepada jawatankuasa Surau Al-Falah dan Rukun Tetangga atas sokongan dan kerjasama yang sentiasa diberikan kepada kebanyakan program yang dianjurkan oleh persatuan.
2.11.    Akhirnya beliau sekali lagi mengucapkan syabas dan terima kasih kepada semua ahli jawatankuasa dan juga seluruh penduduk yang hadir dan berharap agar usaha memupuk ukhwah dan semangat muhibah terus dilipat-gandakan dan berkekalan. 

AGENDA 3 : PENGESAHAN MINIT MESYUARAT AGUNG 2011
3.1.  Mesyuarat menerima sebulat suara Minit Mesyuarat Agong pada tahun 2011.

AGENDA  4 : PEMBENTANGAN AKTIVITI PERSATUAN TAHUN 2011-2012
4.1.  En. Mohd.Fauzi selaku Setiausaha (sementara) persatuan, membentangkan laporan aktiviti Persatuan Penduduk yang dibuat dengan kerjasama Jawantakuasa Rukun Tetangga dan juga Jawatankuasa Surau-Al Falah sepanjang tahun 2010/ 2012.
4.2.  Beliau juga menyatakan, ada aktiviti yang dirancang tidak dapat dilaksanakan dan berharap dilaksanakan pada tahun akan datang oleh jawatankuasa yang baru.
4.3.  Beliau juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada keseluruhan penduduk di atas sokongan dan kerjasama dalam menjayakan aktivi-aktiviti anjuran PEPCI dan mengharapkan terus mendapat penyertaan penduduk dari semua kaum.
4.4  Mesyuarat menerima laporan aktiviti tahunan 2011-2012 sebulat suara.

AGENDA 5 : PEMBENTANGAN PENYATA KEWANGAN
5.1.  En. Habibullah selaku Bendahari membentangkan penyata kewangan PEPCI bagi tahun 2011 dan 2012 dan diterima sebulat suara.
5.3.  Bendahari sekali lagi mengucapkan terima kasih kepada semua penduduk yang telah menyumbangkan sumbangan dan membayar yuran PEPCI.
5.5.  Pengerusi PEPCI, En. Zulkafli Bin Mohd. Mokhtar dengan rasminya mengumumkan akan pembubaran Jawatankuasa PEPCI 2011/12

AGENDA 6 : PERLANTIKAN JAWATANKUASA PEPCI 2013/2014

6.1. Perlantikan adalah seperti berikut:
Bil
Jawatan:
Disandang oleh:
No/Jln.
Dicadang:
Disokong:
Undian:
1
Yang Di Pertua
 Mohd. Nasir
20/44
Tn. Hj. Zambri
En. Megat
39
2
Tim. Yang DiPertua
Zulkefli Bin Mokhtar
2/40
En. Zulkefli Saad
Penduduk
20
3
Naib Yang DiPertua
Tn. Haji Basri
24/40
Pn. Mazuraini
En. Halim
12
4
Setiausaha
En. Mohd. Fauzi
11/39
Pn. Fatimah
En. Nasrul
-
5
Pen. Setiausaha
En. Shazarin
1/35
Pn. Zawiyah
En. Megat
-
6
Bendahari
En. Megat
2/38
En. Zulkifli Saad
En. Isa Lope
-
7
AJK PEPCI
En. Perthisvarraj
17/25
En. Wahab
Hj. Nasir
-
8
AJK PEPCI
En. Chee Kok Song
22/33
Pn. Mazuraini
En. Wahab
-
9
AJK PEPCI
Tn. Haji Zamri
1/36
En. Marzuki
En. Yaacob
-
10
AJK PEPCI
Pn. Zawiyah
9/38
Pn. Jariah
Pn. Azizah

12
AJK PEPCI
Tn. Haji Yaakob
13/39
En. Nasrul
En.Abd.Aziz
-
13
AJK PEPCI
En. Habibullah
31/43
En. Asri
En. Shahlan
-
14
AJK PEPCI
Ustaz Hj. Kamaruddin
12/43
En. Megat
Hj. Othman
-
15
AJK PEPCI
Pn. Jariah
31/42
Pn.Mazuraini
Pn. Fatimah
-
16
AJK PEPCI
En. Shahlan
31/42
En. Said
En. Md. Fauzi
-
17
AJK PEPCI
Pn. Hjh. Fatimah
13/39
Pn.Halimah
Pn. Shaharidah
-
18
Pemeriksa Kira-Kira
En. Shaharin
2/43
Tn. Hj. Zambri
Hj. Abu Samah
-
19
Pemeriksa Kira-Kira
Tn. Haji Wahab
14/37
Tn. Hj. Basri
En. Ganti Salim

Nota:
          6.1.1 Mesyuarat bersetuju sebulat suara pemilihan Yang Di Pertua, Timbalan Yang diPertua dan Naib Yang DiPertua berdasarkan undian yang terbanyak semasa cadangan Yang DiPertua.
          6.1.2 Perlantikan dibuat melalui undian majoriti yang dilaksanakan oleh semua ahli yang hadir.

AGENDA 7 : PINDAAN UNDANG-UNDANG
          Mesyuarat sebulat suara bersetuju yuran tahunan dinaikkan dari RM10.00 kepada RM20.00.

AGENDA 8 : HAL-HAL LAIN
8.1. Tuan Haji Mohd Nasir mencadangkan semua ahli secara terbuka menerima kelemahan dan kekurangan yang berlaku tanpa perlu dibahaskan demi perpaduan penduduk di desa ini, dan diterima sebulat suara.
8.2. Tn. Haji Mohd. Nasir selaku Pengerusi baru PEPCI 2013/14 membentang usul berkenaan dengan kawalan keselamatan dan dengan mandat yang diberikan beliau akan cuba mengatur perjumpaan dengan jawatankuasa yang berkenaan bagi merancang kaedah yang terbaik untuk mengaktifkan semula kawalan keselamatan di Taman Chepor Indah. Usul ini diterima sebulat suara, hanya seorang sahaja yang tidak bersetuju.           
8.2. Pn. Zura telah membangkitkan isu berkenaan bau yang kurang menyenangkan yang berpunca dari kandang khinzir yang terpaksa ditanggung agak sekian lama oleh para penduduk.
8.3. En. Sahlan turut membangkitkan isu berkenaan aliran air yang tersekat di atas jalanraya apabila hujan lebat dan mengusulkan agar diadakan gotong-royong untuk membersihkan saluran air ke longkang bawah tanah.
8.4. Pn. Halimah telah membangkitkan isu berkenaan dengan lampu jalan di Jalan No. 36 yang sering tidak berfungsi.
8.5. Pn.Ropeah Turut membangkitkan isu berkenaan anjing liar yang semakin banyak berkeliaran di sekitar Taman Chepor Indah.
8.6. Pn. Shaharidah membangkitkan isu yang melibatkan halaman rumah tinggal/tiada penghuni yang membiarkan semak samun menjalar yang mungkin menjadi habitat haiwan berbahaya/berbisa.
8.7. En.Khairullah telah mencadangkan agar diwujudkan blog sebagai saluran atau hebahan maklumat untuk penduduk setempat.
8.8. En. Perthisvarraj meluahkan kekhuatiran beliau berkenaan dengan tingkah laku yang kurang sopan oleh pekerja asing yang berkerja di salah sebuah rumah yang turut menjalankan ativiti penternakan ikan hiasan. (Rujukan.: Rumah No. 1 Jalan Chepor Indah 1)
8.9  Tuan Hj Mohd Yaacob b. Ibrahim yang membangkit isu pindaan undang-undang tubuh persatuan sebelum ini yang telah dipersetujui berkaitan mesyuarat agong dan pemilihan Jawatankuasa dua tahun sekali masih tiada maklumbalas dari Jawatankuasa.
8.10.  Cadangan oleh En. Nazri untuk menjadikan Pos Kawalan Keselamatan sebagai pusat kutipan bayaran yuran perkhidmatan sekiranya sistem kawalan dan rondaan keselamatan diaktifkan semula.
 
AGENDA 9 : PENANGGUHAN MESYUARAT
9.1.  Tn. Haji Nasir selaku Pengerusi PEPCI mengucapkan ribuan terima kasih atas kehadiran ahli yang hadir dan mengucapkan syabas dan tahniah kepada jawatankuasa yang lama.
9.2.  Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada semua ahli kerana memberikan mandat untuk meneraju persatuan.
9.3.  Beliau akan membincangkan bersama jawatankuasa yang dilantik untuk membincangkan perancangan aktiviti untuk tahun 2013/2014.
9.4.  Beliau akan berusaha untuk meneruskan usaha bakti kepada Taman Chepor Indah dan mohon mendapat kerjasama dan sokongan dari ahli persatuan.
9.5.  Beliau berharap agar penduduk bersatu padu dan bekerjasama sebaik yang mungkin.Sesungguhnya perlantikan AJK adalah sekadar memenuhi tuntutanrasmi atau formaliti. Hakikatnya setiap penduduk memikul tanggungjawab yang sama dalam mewujudkan komuniti yang bekerjasama dan saling hormat-menghormati.
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12:20 tengahari


                          .....................................                                        ...................................
                  MOHAMMAD NASIR BIN SURATMAN                          MOHD FAUZI B. ABDUL JALIL 
                             YANG DIPERTUA                                                              SETIAUSAHA










PERSATUAN PENDUDUK CHEPOR INDAH, CHEMOR, PERAK (PEPCI)
PINDAAN UNDANG-UNDANG

FASAL 6 BAYARAN NASUK, YURAN DAN BAYARAN LAIN
(1)    Bayaran masuk dan yuran yang perlu dijelaskan adalah seperti berikut :
Ahli Biasa dan Bersekutu
Bayaran masuk                 RM1.00 (Ringgit Malaysia : satu) sahaja
Yuran Tahunan                  RM20.00 (Ringgit Malaysia : Dua puluh) sahaja



         .....................................                                        ...................................
MOHAMMAD NASIR BIN SURATMAN                          MOHD FAUZI B. ABDUL JALIL 
            YANG DIPERTUA                                                    SETIAUSAHA
 












PERSATUAN PENDUDUK CHEPOR INDAH, CHEMOR, PERAK (PEPCI)

MEMBENTANG DAN MENERIMA LAPORAN AKTIVITI TAHUN 2011-2012







                   .....................................                                        ...................................
                                                                                                   MOHD FAUZI B. ABDUL JALIL 
                       YANG DIPERTUA                                                     SETIAUSAHA
 













(Pertubuhan 9-Pin. 2/86)
 
MALAYSIA
AKTA PERTUBUHAN 1966
BORANG 9
(PERATURAN 10 )

MAKLUMAT YANG KENA DIBERI PADA TIAP-TIAP TAHUN OLEH PERTUBUHAN DAN CAWANGAN-CAWANGAN PERTUBUHAN BERDAFTAR DALAM MASA 60 HARI SELEPAS MENGADAKAN MESYUARAT AGUNG TAHUNANNYA ATAU SEKIRANYA TIADA SESUATU MESYUARAT     AGUNG     DIADAKAN  SEKALI   PADA   TIAP-TIAP               TAHUN KALENDAR MENGIKUT  SEKSYEN 14(1)

                                                                                                Ruj. Kami:PPP/PRK 184/07

Kepada:
Penolong Pendaftar Pertubuhan Malaysia
Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Negeri Perak
Aras 4, Kompleks Kementerian Dalam Negeri
Pesiaran Meru Utama
Bandar Meru Raya
30020  Ipoh
PERAK

Tarikh :        Feb 2013


Adalah   maklumat-maklumat   yang   dinyatakan   di bawah   ini   diberikan  mengikut   Seksyen   14   bagi Akta Pertubuhan, 1966:-

(1)  Nama pertubuhan berdaftar atau cawangan      

Persatuan Penduduk Chepor Indah, Chemor, Perak (PEPCI)                          
           
(2)  Alamat berdaftar/tempat urusan

D/A No.11, Jalan Chepor Indah 39, Desa Chepor Indah, 31200 Chemor, Perak.
(3)  Jumlah anggota-anggota pada akhir tahun kewangan            152 ORANG.

(4)  Empat (4) salinan yang benar dan lengkap bagi tiap-tiap pindaan kepada aturan-aturan  pertubuhan itu yang dibuat semenjak tarikh penyata yang akhir (Tulis “Tiada” jika tidak ada pindaan aturan telah dibuat). ADA

(5)  Tiga (3) salianan senarai yang benar dan lengkap menunjukkan jawatan, nama (bagi orang Cina nama di dalam huruf Cina hendaklah juga dituliskan) nombor kad pengenalan, tarikh lahir, tempat lahir, keturunan, pekerjaan, nama dan alamat majikan dan alamat tempat tinggal.
Bagi semua pemegang-pemegang jawatan dan penasihat pertubuhan ini bagi tahun   2013/2014
(HURAIAN 2)

(6) Dua  (2)  salinan   yang  benar  minit  mesyuarat  agung  tahunan  yang  diadakan  oleh pertubuhan itu  di  dalam  tahun 2013.

(7) Dua  (2)  salinan  penyata  Penerimaan  dan  Pembayaran  serta  kunci  kira-kira  bagi  tahun  tutup kira-kira  pada  1.1.2011 HINGGA 31.12.2011 DAN 1.1.2012 HINGGA 31.12.2012

(8)  Dua (2) salinan keterangan yang menunjukkan butir-butir berkenaan geran atau surat-surat       milik bagi segala harta yang dipunyai oleh Pertubuhan pada akhir tahun kewangan.Tuliskan `tiada’ jika tiada memiliki harta. TIADA

(9)  Dua (2) salinan nama dan alamat mana-mana pertubuhan, persatuan kesatuan sekerja atau  mana-mana  kumpulan  orang   lain, yang   diperbadankan  atau   tak  diperbadankan,  di  luar Persekutuan yang bergabung dengan pertubuhan itu pada tarikh            -         .
(Tuliskan`tiada’ jika pertubuhan itu tiada pergabungan di luar Persekutuan). TIADA

 (10) Dua (2) salinan senarai perihal apa-apa wang atau harta, apa-apa faedah atau keuntungan   pekuniari yang diterima oleh pertubuhan itu daripada mana-mana orang yang lazimnya    bermastautin   di   luar   Malaysia  atau  suatu  organisasi,  pihak  berkuasa,  kerajaan,  atau  agensi mana-mana kerajaan, diluar Malaysia bagi tahun tutup kira-kira pada             - TIADA
 (Tuliskan  `tiada’ jika  pertubuhan  itu  tiada  menerima apa-apa wang atau harta di luar Malaysia).


Tandatangan    ……..……………………                   
Nama                    MOHD FAUZI B. ABDUL JALIL 
Jawatan             SETIAUSAHA



Tandatangan     ……………………………
Nama                 MOHAMMAD NASIR B. SURATMAN     
Jawatan                  YANG DIPERTUA




PERSATUAN PENDUDUK CHEPOR INDAH, CHEMOR, PERAK (PEPCI)
PINDAAN UNDANG-UNDANG

CABUTAN MINIT MESYUARAT PERKARA 7
DALAM MESYUARAT JAWATANKUASA  PADA 31 JAN 2013 JAM 9.30 MALAM
DI PERKARANGAN SURAU ALFALAH, DESA CHEPOR INDAH, CHEMOR PERAK

FASAL 2  TEMPAT URUSAN
(1)    Alamat dan tempat urusan pertubuhan ialah No. 11, Jalan Chepor Indah 39, 31200 Chemor, Perak.
atau ditempat lain atau tempat-tempat yang akan ditetapakn dari semasa ke semasa oleh Jawatankuasa; dan alamat untuk surat menyurat ialah  No. 11, Jalan Chepor Indah 39, 31200 Chemor, Perak.
Tempat urusan berdaftar dan alamat surat menyurat Pertubuhan tidak boleh diubah tanpa kebenaran Pendaftaran Petubuhan terlebih dahulu.



                            .....................................                                        ...................................
                          MOHAMMAD NASIR BIN SURATMAN                          MOHD FAUZI B. ABDUL JALIL 
                                    YANG DIPERTUA                                                    SETIAUSAHA




















2011


(Pertubuhan 9-Pin. 2/86)
 
MALAYSIA
AKTA PERTUBUHAN 1966
BORANG 9
(PERATURAN 10 )

MAKLUMAT YANG KENA DIBERI PADA TIAP-TIAP TAHUN OLEH PERTUBUHAN DAN CAWANGAN-CAWANGAN PERTUBUHAN BERDAFTAR DALAM MASA 60 HARI SELEPAS MENGADAKAN MESYUARAT AGUNG TAHUNANNYA ATAU SEKIRANYA TIADA SESUATU MESYUARAT     AGUNG     DIADAKAN  SEKALI   PADA   TIAP-TIAP               TAHUN KALENDAR MENGIKUT  SEKSYEN 14(1)

                                                                                                Ruj. Kami:PPP/PRK 184/07

Kepada:
Penolong Pendaftar Pertubuhan Malaysia
Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Negeri Perak
Aras 4, Kompleks Kementerian Dalam Negeri
Pesiaran Meru Utama
Bandar Meru Raya
30020  Ipoh
PERAK

Tarikh :        Feb 2013


Adalah   maklumat-maklumat   yang   dinyatakan   di bawah   ini   diberikan  mengikut   Seksyen   14   bagi Akta Pertubuhan, 1966:-

(1)  Nama pertubuhan berdaftar atau cawangan      

Persatuan Penduduk Chepor Indah, Chemor, Perak (PEPCI)                          
           
(2)  Alamat berdaftar/tempat urusan

D/A No.28, Jalan Chepor Indah 40, Desa Chepor Indah, 31200 Chemor, Perak.
(3)  Jumlah anggota-anggota pada akhir tahun kewangan            178 ORANG.

(4)  Empat (4) salinan yang benar dan lengkap bagi tiap-tiap pindaan kepada aturan-aturan  pertubuhan itu yang dibuat semenjak tarikh penyata yang akhir (Tulis “Tiada” jika tidak ada pindaan aturan telah dibuat). TIADA

(5)  Tiga (3) salianan senarai yang benar dan lengkap menunjukkan jawatan, nama (bagi orang Cina nama di dalam huruf Cina hendaklah juga dituliskan) nombor kad pengenalan, tarikh lahir, tempat lahir, keturunan, pekerjaan, nama dan alamat majikan dan alamat tempat tinggal.
Bagi semua pemegang-pemegang jawatan dan penasihat pertubuhan ini bagi tahun   2011/12012/13
(HURAIAN 2)

(6) Dua  (2)  salinan   yang  benar  minit  mesyuarat  agung  tahunan  yang  diadakan  oleh pertubuhan itu  di  dalam  tahun 2011.

(7) Dua  (2)  salinan  penyata  Penerimaan  dan  Pembayaran  serta  kunci  kira-kira  bagi  tahun  tutup kira-kira  pada  1.1.2009 HINGGA 31.12.2009 DAN 1.1.2010 HINGGA 31.12.2010

(8)  Dua (2) salinan keterangan yang menunjukkan butir-butir berkenaan geran atau surat-surat       milik bagi segala harta yang dipunyai oleh Pertubuhan pada akhir tahun kewangan.Tuliskan `tiada’ jika tiada memiliki harta. TIADA

(9)  Dua (2) salinan nama dan alamat mana-mana pertubuhan, persatuan kesatuan sekerja atau  mana-mana  kumpulan  orang   lain, yang   diperbadankan  atau   tak  diperbadankan,  di  luar Persekutuan yang bergabung dengan pertubuhan itu pada tarikh            -         .
(Tuliskan`tiada’ jika pertubuhan itu tiada pergabungan di luar Persekutuan). TIADA

 (10) Dua (2) salinan senarai perihal apa-apa wang atau harta, apa-apa faedah atau keuntungan   pekuniari yang diterima oleh pertubuhan itu daripada mana-mana orang yang lazimnya    bermastautin   di   luar   Malaysia  atau  suatu  organisasi,  pihak  berkuasa,  kerajaan,  atau  agensi mana-mana kerajaan, diluar Malaysia bagi tahun tutup kira-kira pada             - TIADA
 (Tuliskan  `tiada’ jika  pertubuhan  itu  tiada  menerima apa-apa wang atau harta di luar Malaysia).


Tandatangan    ……..……………………                   
Nama                    MOHD FAUZI B. ABDUL JALIL 
Jawatan             MEMANGKU SETIAUSAHA


Tandatangan    ……….………………..
Nama                   HABIBULLAH B. MOHD ZAIN
Jawatan            Bendahari


Tandatangan     ……………………………
Nama                   ZULKAFLI B. MOHAMED MOKHTAR
Jawatan                 YANG DIPERTUA





 PERSATUAN PENDUDUK CHEPOR INDAH, CHEMOR, PERAK (PEPCI)
 

MINIT MESYUARAT AGONG KE DUA

(TAHUN 2011)

Mesyuarat telah diadakan di Perkarangan Surau Alfalah, Desa Chepor Indah, Chemor, Perak.
Tarikh                                                   :          19  JUN 2011 (AHAD)       
Jam                                                     :          3.00 PETANG                 
Kehadiran                                            :          51 orang   .
Keahlian                                              :           178 orang
Pengerusi Mesyuarat                           :          UST NOOR HAIZAM B. IBRAHIM

Ucapan Pengerusi

1.             Membentang dan menerima Minit Mesyuarat Agong Tahun Lepas :
Pada 1 Mac 2009
2.             Membentang dan menerima Laporan Aktiviti Tahun Lepas :
Tahun 2009--2010

3.             Perbentangan Laporan Kewangan :
3.1               Penyata 1 Jan 2009-31 Disember 2009
3.2               Penyata 1 Jan 2010-31 Disember 2010


4.             Pemilihan Ahli Jawatankuasa 2013/2014 :
Pemilihan di buat dalam Mesyuarat Agong Sebulat Suara.

5.             Perlantikan Pemeriksa Kira-Kira 2012/2015
Pemilihan di buat dalam Mesyuarat Agong Sebulat Suara.

6.             Pindaan Undang-Undang :
Tiada.

7.             Hal-Hal Lain :
Tiada.

8.             Penangguhan Mesyuarat



.................................................           ..................................................              .........................................         
HABIBULLAH B. MOHD ZAIN          ZULKAFLI B. MOHAMED MOKHTAR      MOHD FAUZI B. ABDUL JALIL 
            BENDAHARI                                     YANG DIPERTUA                      PEMANGKU SETIAUSAHA

PERSATUAN PENDUDUK CHEPOR INDAH, CHEMOR, PERAK (PEPCI)
MEMBENTANG DAN MENERIMA LAPORAN AKTIVITI TAHUN 2009-2010

            30 April 2009                : Sambutan Hari Keluarga

            20 Jul 2009                   : Program Jom Makan Buah

            15 Ogos 2009               : Gotaong Royong Desa Indah

            11 Okt 2009                  : Majlis Sambutan Hari Raya Aidil Fitri

            18 Okt 2009                  : Gotong Royong di Tapak Surau Baru

            12 Dis 2009                   : Majlis Berkhatan Beramai-Ramai

            2 Feb 2010                    : Program Pemeriksaan Kesihatan & Derma Darah

            9 Mac 2010                  : Hari Keluarga

            10 Okt 2010                  : Jamuan Hari raya Aidil Fitri



.................................................           ..................................................              .........................................         
HABIBULLAH B. MOHD ZAIN          ZULKAFLI B. MOHAMED MOKHTAR      MOHD FAUZI B. ABDUL JALIL 
       BENDAHARI                                       YANG DIPERTUA                            PEMANGKU SETIAUSA



MINIT MESYUARAT AGUNG PERSATUAN PENDUDUK TAMAN CHEPOR INDAH (PEPCI) KALI KE 2
Tarikh               :          19 Jun 2011 (Ahad)
Masa                        3.00 petang
Masa               :          Perkarangan Surau Al-Falah, Desa Chepor Indah, Chemor, Perak
Kehadiran        :            51 orang

AGENDA 1 : UCAPAN YANG DIPERTUA PEPCI
1.1. Bersyukur kepadaNYA kerana diberikan kesempatan untuk mengendalikan majlis.
1.2. Pengerusi mengalu-alukan kehadiran ahli PEPCI  yang hadir dalam menjayakan mesyuarat kali ini yang perlu diadakan dua tahun sekali.
1.3. Pengerusi mesyuarat menyentuh tentang keselamatan penduduk Chepor Indah yang bertambah baik dengan adanya kerjasama Syarikat Keselamatan yang bertugas.
1.3.Beliau berharap kerjasama daripada semua pihak demi memantapkan lagi PEPCI.

AGENDA 2 : PENGESAHAN MINIT MESYUARAT AGUNG 2009
2.1. Pengerusi mewakili Setiausaha untuk membentangkan Minit Mesyuarat yang lalu.
2.2 Ustaz Mohamad bin Embong mencadangkan disahkan disokong oleh Tuan Haji Yaacob.

AGENDA  3 : PEMBENTANGAN AKTIVITI PERSATUAN TAHUN 2009-2011
3.1.  Yang DiPertua membentangkan laporan tahunan PEPCi.
3.3.  En Yaakob b. Abu Bakar mencadangkan disahkan dan disokong oleh Puan Noraini bt Mohd Din.

AGENDA 4 : PEMBENTANGAN PENYATA KEWANGAN 2009 & 2010
4.1.  Tuan Haji Mohd Yani selaku Bendahari membentangkan Laporan Kewangan Tahun 2009 dan 2010.
4.2 En Kamaruzzaman mencadangkan laporan tersebut disahkan dan disokong oleh En Faizal bin Zulkifli.

AGENDA 5 : PEMBUBARAN JAWATANKUASA PEPCI 2009-2011
5.1 Yang DiPertua dengan rasminya membubarkan Jawatankuasa PEPCI 2009-2011.

AGENDA 6 : PERLANTIKAN JAWATANKUASA PEPCI 2013/2014
6.1. Mesyuarat sebulat suara telah melantik Jawatankuasa 2011-2013 seperti berikut :
            6.1.1 Yang Di Pertua                : Zulkefli Bin Mokhtar
             6.1.2 Tim. Yang DiPertua         : En Ahmad Hatta
            6.1.3     Setiausaha                   :  En Kamaruzaman
            6.1.4     Pen. Setiausaha           : En Nazri Abdullah
            6.1.5     Bendahari                    : En Habibullah
            6.1.6     AJK                              : En. Perthisvarraj
                                                              En. Chee Kok Song
                                                              En Saiful
                                                              En Shahlan
                                                              En Yaakop Bakar
                                                              Ustaz Nurhaizan
                                                              Ustaz Mohamad
                                                            Puan Juriah
                                                            Tuan Haji Osman
                                                            En Megat Nasir
                                                            En Asri
                                                            Puan Fatimah
            Pemerisa Kira-Kira                    : En Zaki
                                                              En Isa Lazim

AGENDA 7 : PINDAAN UNDANG-UNDANG
                    Tiada
AGENDA 8 : HAL-HAL LAIN
                     Tiada
AGENDA 9 : PENANGGUHAN MESYUARAT
9.1 En Zulkifli selaku YDP yang baru PEPCI mengucapkan terima kasih diatas pemilihannya dan berharap mendapat kerjasama semua pihak demi kemajuan penduduk Chepor Indah.
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 5.00 petang.




.................................................           ..................................................              .........................................         
HABIBULLAH B. MOHD ZAIN          ZULKAFLI B. MOHAMED MOKHTAR      MOHD FAUZI B. ABDUL JALIL 
        BENDAHARI                                      YANG DIPERTUA                           PEMANGKU SETIAUSA