CEMBURU YANG DIGALAKKAN

Daripada Ibnu Umar radhiallahu 'anhuma dari Nabi s.a.w., sabdanya:
"Tidak boleh hasad melainkan dua macam perkara, iaitu: seseorang yang dikurniai oleh Allah kepandaian dalam al-Quran, mengertikan dan lain-lain, kemudian ia suka bersembahyang dengan membaca al-Quran itu pada waktu malam dan siang, juga seseorang yang dikurnia oleh Allah akan harta lalu ia menafkahkannya pada waktu malam dan siang." (Muttafaq 'alaih)
Maka sekiranya seseorang Islam itu pandai membaca Al-Quran dan mengerti akan maananya, maka kita patut cemburu kepadanya kerana peluang untuk ia ke syurga adalah lebih tinggi daripada yang tidak tahu membaca dan mengerti maana Al-Quran. Begitu juga sekiranya seseorang itu dikurniakan rezeki yang banyak, maka digunakan harta-hartanya untuk menafkahkannya kepada fakir miskin dan orang-orang yang perlukan pertolongan, maka timbangan amalnya di akhirat kelak akan menambah berat dan peluang untuk memasuki syurga adalah lebih tinggi dari orang yang bakhil yang menggunakan harta-hartanya untuk bersenang-lenang di dunia dan untuk kegunaan dirinya sendiri Dalam ayat 8-9, Surah Al-A'raaf Allah SWT berfirman yang bermaksud:
وَالْوَزْنُ يَوْمَئِذٍ الْحَقُّ فَمَن ثَقُلَتْ مَوَازِينُهُ فَأُوْلَـئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ
Dan timbangan amal pada hari itu adalah benar; maka sesiapa yang berat timbangan amalnya (yang baik), maka mereka itulah orang-orang yang berjaya.
وَمَنْ خَفَّتْ مَوَازِينُهُ فَأُوْلَـئِكَ الَّذِينَ خَسِرُواْ أَنفُسَهُم بِمَا كَانُواْ بِآيَاتِنَا يِظْلِمُونَ
[9] Dan sesiapa yang ringan timbangan amalnya (yang baik), maka mereka itulah orang-orang yang merugikan dirinya sendiri, dengan sebab mereka berlaku zalim terhadap ayat-ayat Kami (dengan meletakkannya pada bukan tempatnya).
Surah Al-A'raaf (7)

Apa puncanya kegemukan ?.

RAMAI yang mengadu bahawa mereka tidak berjaya mendapat berat badan yang mereka idam-idamkan. Ada yang nak sangat kurus, tapi tak boleh-boleh, badan tetap berisi, berat tetap tak mahu turun-turun. Ada tu terbalik pula. Beratnya sedikit sangat. Tak habis-habis mencari formula untuk menambah berat badan. Pulak!

Jadi pembaca semua, hari ini saya akan kongsikan petua-petua hebat daripada National Heart Lung and Blood Institute tentang 10 sebab mengapa badan boleh gemuk. Kenapa berat tak boleh-boleh nak turun.

1. Tenaga yang tidak seimbang di dalam badan.

Untuk memastikan bahawa berat anda berada pada BMI atau berat normal yang ideal, anda perlu memastikan bahawa nilai tenaga yang ada di dalam tubuh anda berada pada kadar yang normal dan seimbang. Seimbang ini bermakna nilai kalori dan tenaga yang anda perolehi mestilah berada pada kadar yang sama dengan jumlah tenaga yang anda keluarkan. Tenaga atau kalori akan diperoleh melalui pemakanan manakala ianya akan dikeluarkan melalui aktiviti-aktiviti, senaman dan sebagainya. Justeru, pastikan bahawa anda sentiasa menyeimbangkan nilai kalori dan tenaga yang ada di dalam tubuh anda. Banyakkan aktiviti riadah, kurangkanlah pengambilan kalori.

2. Gaya Hidup yang kurang aktif.

Ini ramai yang buat. Ramai di kalangan kita yang sering mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat. Ringkasnya, gaya hidup yang tak aktif. Mengikut kajian, dengan menonton televisyen atau berada di hadapan komputer selama dua jam sehari secara berterusan, boleh dikaitkan dengan risiko penambahan berat badan!

Betul, kita tak boleh nak elakkan hal ni. Dah aku kerja memang menghadap komputer, nak buat macamana? Ya, sebab itu saya katakan, gaya hidup ini juga memainkan peranan yang cukup besar sekali dalam menentukan berat badan anda.

Kalau kita lihat juga dengan pembangunan ekonomi negara kita dan dunialah secara amnya, kita memang tak boleh nak menyangkal bahawa dunia semakin mengorak ke depan dan maju. Gaya hidup pun dah semakin jauh berubah.

Kalau dulu atuk-atuk dan nenek-nenek kita mampu berjalan beratus-ratus meter untuk ke kebun, kita hari ni macam mana? Ke kedai nak beli surat khabar pun naik kereta. Itulah dunia.

3. Genetik dan faktor keluarga.

Yang ini semua tak boleh nak elak. Dah emak awak badan besar, dah bapa awak gemuk, nak buat macam mana? Kena terimalah. Redha sajalah apa yang ada (dengan berusaha).

Ya, kebarangkalian untuk anda menjadi gemuk adalah jauh lebih tinggi jika kedua ibu bapa anda turut gemuk. Hasil kajian mendapati genetik juga mempengaruhi kadar pembetukan lemak di dalam tubuh anda. Ia juga mempengaruhi di mana dan bagaimana lemak-lemak itu bakal terkumpul di dalam anggota tubuh. Semua ini bergantung pada faktor keluarga dan genetik.

4. Faktor kesihatan.

Beberapa jenis penyakit juga dikaitkan dengan faktor kegemukan. Antaranya ialah hypothyroidism (kekurangan hormon tiroid di dalam tubuh), cushing syndrome dan polycstic ovarian syndrome.

Kekurangan hormon tiroid di dalam tubuh akan merendahkan kadar metabolisme di dalam badan. Ini akan mengurangkan lagi nilai-nilai tenaga yang akan dikeluarkan, dan secara langsung akan meningkatkan berat badan anda.

5. Ubat-ubatan.

Ubat yang anda gunakan juga boleh mempengaruhi akan berat badan seperti antidepresi, corticosteroid dan sebagainya. Sesetengah ubat yang diambil boleh merendahkan kadar pembakaran kalori di dalam tubuh kita. Ada juga yang secara tidak langsung mampu meningkatkan selera makan dan meningkatkan pengumpulan jumlah air di dalam tubuh.

6. Faktor emosi.

Emosi juga memainkan peranan. Bila emosi kita terganggu, biasanya keseluruhan hidup kita juga akan terganggu, ya kan?

Bila anda tertekan, marah, stress, boring dan sebagainya, ini secara langsung akan mempengaruhi kadar pemakanan anda.

Ramai orang yang sedang berada di dalam keadaan ini akan mengambil lebih makanan untuk cuba meredakan tekanan hidup, untuk menghilangkan stres mereka ketika itu.

7. Merokok.

Ya, yang nombor tujuh ni saya rasa sesuai untuk semua yang merokok. Boleh juga dikatakan berita gembira buat mereka semua. Bukannya apa, sebab mengikut kajian, merokok ini dapat mengurangkan berat badan seseorang. Ini kerana nikotin yang terkandung di dalam rokok itu dapat meningkatkan lagi kadar pembakaran kalori di dalam tubuh.

Ha, sebab itulah kita selalu lihat ramai kawan-kawan kita yang berhenti merokok ni banyak selera makan. Sebab apa, ya? Ini kerana apabila mereka berhenti merokok, badan mereka akan membakar kalori dengan kadar yang lebih rendah, lebih lambat berbanding sebelumnya. Lemak-lemak pun lebih lambat untuk dibakar. Kalau dulunya masa merokok, ada nikotin untuk meningkatkan pembakaran kalori, sekarang dah tak ada. Kalau dulu nikotin boleh tolong untuk jadi kurus, sekarang dah tak ada.

Jadi, sebab itulah mereka lebih gemuk selepas berhenti merokok, kerana mereka membakar nilai kalori lebih rendah setelah berhenti merokok.

Walau bagaimanapun bang, kak, dik, merokok merupakan salah satu tabiat yang amat berbahaya di dalam kesihatan dan kehidupan kita. Berhentilah merokok, kerana merokok itu lebih berbahaya jika dibandingkan dengan risiko penambahan berat badan,

Dengan merokok, anda akan meningkatkan kebarangkalian yang lebih berganda-ganda untuk mendapat pelbagai jenis penyakit dan kanser. Sebut apa sahaja kanser dan penyakit di dunia, hampir keseluruhan risikonya ada kaitan dengan merokok.

Maka, nasihat saya, berhentilah merokok.

8. Umur

Bila anda semakin berusia, anda akan mula kehilangan nilai dan kuantiti otot-otot anda, lebih-lebih lagi bagi mereka yang kurang aktif. Kekurangan otot-otot secara tidak langsung akan merendahkan kadar pembakaran kalori di dalam tubuh dan seterusnya meningkatkan lagi risiko penambahan berat badan.

Justeru, jika anda gagal untuk menurunkan nilai kalori yang ada di dalam tubuh anda, anda adalah lebih berisiko untuk mendapat kegemukan.

9. Mengandung (Hamil).

Mengandung juga mempengaruhi kadar kegemukan anda. Ketika wanita hamil, mereka memerlukan lebih tenaga dan kalori untuk turut sama diperolehi anak mereka di dalam kandungan. Ramai wanita-wanita yang mengadu bahawa mereka sukar untuk mengembalikan berat badan mereka yang ideal selepas melahirkan anak.

10. Kurang tidur.

Ya, kurang tidur pun masalah. Banyak tidur masalah, kurang tidur pun ada masalah? Betul, apabila anda kurang tidur, anda turut mengalami risiko pertambahan berat badan. Hormon yang dikeluarkan oleh tubuh semasa anda tidur akan mengawal kadar selera makan anda, juga akan mengawal kadar penggunaan tenaga yang ada di dalam tubuh anda.

Contohnya, hormon insulin akan mengawal kandungan gula di dalam tubuh anda ketika anda tidur. Justeru, apabila anda kurang mendapat tidur, jangan terkejut jika nilai kandungan tenaga dan gula yang ada di dalam tubuh anda berada hampir sama dengan penghidap penyakit diabetes.

Lagi? Ya, apabila anda mendapat kurang tidur secara berterusan, anda juga akan memiliki sejenis hormon yang tinggi di dalam badan yang dipanggil sebagai ghrelin. Hormon ghrelin ini merupakan hormon yang bertanggungjawab untuk meningkatkan kadar selera makan anda. Pada masa yang sama, apabila kurang tidur, anda juga akan memiliki kandungan hormon leptin yang rendah di dalam tubuh. Hormon leptin ini bertanggungjawab untuk menahan selera makan anda.

JADI, sekarang semuanya ada pada diri anda. Anda yang berhak untuk menentukan berat anda. Kalau mahu terus dengan berat anda sekarang, maka kekalkanlah.

Bagi yang mahu berubah, maka berubahlah. Setiap daripada kita punya impian, ada harapan dan cita masing-masing. Moga semuanya akan tercapai.

10 surah mujarab


1. SURAH AL-FATIHAH
Amalkan membaca Surah Al-Fatihah semasa hendak tidur diikuti dengan membaca Surah Al-Ikhlas 3 kali, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas. Insya'Allah akan aman tenteram dan terjauh daripada gangguan syaitan. Dianjurkan juga membaca surah ini sebanyak 44 kali untuk mengubati sakit mata, perut, gigi dan lain-lainnya dengan izin Allah s.w.t. Untuk mencegah kemarahan Allah, bacalah surah ini sebanyak 17 kali sehari iaitu dengan mengerjakan solat 5 waktu.

2. SURAH YAASIN
Telah bersabda Rasulullah s.a.w., sesungguhnya bagi setiap sesuatu itu ada hati, dan hati Al-Qur'an ialah Surah Yaasin iaitu jantung Al-Qur'an. Sesiapa yang membaca Surah Yaasin, nescaya dituliskan oleh Allah pahala menyamai sepuluh kali membaca Al-Qur'an seluruhnya. (Hadis riwayat At-Tarmizi dari Anas r.a.) Rasulullah s.a.w. juga bersabda : Surah Yaasin dinamakan di dalam kitab Taurat dengan sebutan "At-Mu'ammah" (yang umum), yang mengumumkan pembacanya dengan kebaikan dunia dan akhirat, menanggung segala bala baik dari kesusahan di dunia mahu pun akhirat. Pembaca juga akan dilindungi dari setiap keburukan dan kejahatan serta segala hajat dan kemahuan akan Allah kabulkan. Jika dibaca dalam satu malam semata-mata mengharapkan keredaan Allah, nescaya Allah akan mengampunkan dosanya. (Hadis riwayat Malik, Ibnu-Sunni dan Ibnu Hibban).
Surah Yaasin ni juga jika diamalkan, akan terselamatlah kita dari kehausan di hari KIAMAT.
3. SURAH AT-DHUHAN
Dibaca sekali pada malam Jumaat agar kita terselamat dari huru hara di Padang Mahsyar.
4. SURAH AL-WAQI'AH
Menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang mengamalkan membaca Surah Al-Waqi'ah pada tiap-tiap malam, insya'Allah tidak akan merasai kepapaan. Mereka yang membacanya sebagai wirid, insya'Allah akan beroleh kesenangan selama-lamanya. Mereka yang membacanya sebanyak 14 kali setiap lepas solat Asar, insya'Allah akan dikurniakan dengan rezeki yang banyak. Selepas solat Isyak, ambillah segelas air lalu bacalah Surah Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqi'ah ayat 35-38 sebanyak 7 kali. Tiup dalam air dan minum. Dalam hati, niat untuk menjaga kecantikan diri dan kebahagiaan rumahtangga kita. Makna Surah Al-Waqi'ah Ayat 35-38 ialah : "Sesungguhnya, Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa. Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), yang tetap mencintai jodohnya serta yang sebaya dengan umurnya.
5. SURAH AL-KHAUTHAR
Sesiapa yang mengamalkan membaca surah ini sebanyak 1,000 kali, maka Allah s.w.t. akan menghasilkan hajatnya termasuk rezeki dan kenaikan pangkat. Sesiapa yang membaca 1,000 kali juga selepas solat Isyak hingga dia tertidur, insya'Allah dia dapat melihat Rasulullah s.a.w. dalam tidurnya.
6. SURAH AL-KHAAFIRUUN
Sesiapa yang membaca Surah Al-Khaafiruun, maka bandingannya seperti membaca seperempat Al-Qur'an, disamping terlepas dari syirik, terjauh dari godaan syaitan dan terlepas dari peristiwa yang mengejutkan (Riwayat At-Tarmizi). Sebelum tidur, bacalah surah ini agar kita mati dalam iman serta membersihkan kotoran dalam diri kita.
7. SURAH AL-MULK
Sebuah lagi Surah dari Al-Qur'an iaitu Surah Al-Mulk mempunyai fadilat dan faedah yang amat besar bagi sesiapa yang mengamalkan membacanya. Menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang mengamalkan membaca akan surah ini, akan mendapat syafaat dan keampunan dosa-dosanya. Mereka yang membacanya pada setiap malam, insya'Allah, akan terselamat dari azab kubur..
8. SURAH AL-IKHLAS
Rasulullah s.a.w. pernah bersabda kepada isteri kesayangan baginda, Siti Aisyah, antara mafhumnya : "Wahai Aisyah isteri ku, sebelum kamu tidur, khatamlah dulu Al-Qur'an." Siti Aisyah lalu berkata, "Wahai suami ku, saya tidak mampu khatam Al-Qur'an sebanyak 30 juzuk itu." Apabila mendengar kata-kata Siti Aisyah tersebut, Rasulullah s.a.w. sambil tersenyum lalu menjawab, "Barangsiapa yang membaca 3 kali sebelum tidur, seolah-olah ia telah khatam Al-Qur'an keseluruhannya. " Dari Rasulullah s.a.w.. pernah bersabda kepada Saidina Ali r.a., "Sesiapa hendak pergi musafir, kemudian ketika dia hendak meninggalkan rumahnya, ia membaca surah Al-Ikhlas 11 kali, maka Allah memelihara rumahnya sampai ia kembali. Ibnu Said Al-Khanafi menerangkan : "Surah ini dinamakan Surah Al-Ikhlas, ertinya bersih atau lepas. Maka barang siapa yang membacanya dan mengamalkannya dengan hati yang ikhlas, maka ia akan dilepaskan kesusahan duniawi, dimudahkan di dalam gelombang sakratulmaut, dihindarkan dari kegelapan kubur dan kengerian hari kiamat."
9. SURAH AL-FALAQ
Siti Aisyah menerangkan : "Bahawa Rasulullah s.a.w. pada setiap malam apabila hendak tidur, Baginda membaca Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas lalu ditiupkan pada kedua telapak tangan, kemudian disapukan keseluruh tubuh dan kepala. Barang siapa terkena penyakit kerana perbuatan syaitan atau manusia, hendaklah membaca Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 41 kali selama 3 hari, 5 hari atau 7 hari berturut-turut. Barang siapa yang takut akan godaan syaitan dan manusia, takut dalam kegelapan malam atau takut dengan kejahatan manusia, bacalah Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 100 kali.
10. SURAH AN-NAS
Surah An-Nas adalah surah yang terakhir (ke-114) dalam Al-Qur'an.
Nama An-Nas diambil dari kata An-Nas yang berulang kali disebut dalam surah ini yang bermaksud manusia. Surah ini termasuk dalam golongan surah makkiyah. Isi surah ini adalah bagi menganjurkan manusia memohon perlindungan kepada Allah dari godaan syaitan baik yang berasal dari golongan manusia mahu pun jin. Surah An-Nas ini juga adalah penerang hati

bohong


Daripada Ibnu Umar katanya, saya dengar Nabi Muhammad bersabda yang bermaksud, “Bagi tiap-tiap orang yang khianat (penipu) ada bendera yang dipancangkan tanda khianatnya di akhirat kelak.( riwayat Bukhari)
Berbohong ialah menyampaikan sesuatu yang tidak sesuai dengan keadaan sebenarnya. Gejala pembohongan adalah amat keji dan sangat dibenci apalagi yang dibohongi itu adalah orang ramai, maka sudah tentu bahaya dan dosanya lebih berat. Rasulullah SAW menjelaskan bahawa sifat-sifat orang munafik, antaranya, apabila dia berkata, dia berbohong. Apabila dia berjanji, dia mungkiri dan apabila diberi amanah, dia khianat. Maka wajar jika Rasulullah menyatakan bahawa berdusta atau berbohong itu termasuk dalam dosa besar.
Dalam sebuah riwayat diceritakan, seorang lelaki datang kepada Rasulullah untuk meminta nasihat. Lelaki itu mengakui bahawa dia tidak dapat meninggalkan satu maksiat yang biasa dilakukannya, iaitu berzina. Mendengar pengakuan jujur lelaki ini, Rasulullah berkata kepadanya, “Hanya dengan satu perkara, Laa Takzib! (Jangan berbohong!)”
Menurut riwayat, sebelum lelaki itu memeluk agama Islam, dia sangat terkenal sebagai seorang yang jahat. Maka setelah dia memeluk agama Islam, dia sedaya upaya untuk meninggalkan segala keburukan itu. Sebab itulah dia meminta nasihat dari Rasulullah SAW.
Dalam perjalanan pulang dari menemui Rasulullah SAW lelaki itu berkata di dalam hatinya, “Berat juga aku hendak meninggalkan apa yang dikehendaki oleh Rasulullah itu.”Maka setiap kali hatinya terdorong untk berbuat jahat, hati kecilnya terus mengejek.
“Berani engkau berbuat jahat. Apakah jawapan kamu nanti apabila ditanya oleh Rasulullah. Sanggupkah engkau berbohong kepadanya?” bisik hati kecil.
Setiap kali dia berniat hendak berbuat jahat, maka dia teringat segala pesan Rasulullah SAW dan setiap kali pulalah hatinya berkata, “Bagaimana kalau saya ditanya Rasulullah? Kalau aku berbohong kepada Rasulullah bererti aku telah mengkhianati janjiku padanya. Sebaliknya jika aku bercakap benar bererti aku wajib dihukum. Oh Tuhan....sesungguhn ya di dalam pesanan Rasulullah itu terkandung sebuah hikmah yang sangat berharga.” Itu menyebabkan lelaki itu langsung berhenti daripada berzina.
Lelaki itu mengikut nasihat Rasulullah, ternyata dia dapat menghindari perbuatan maksiat yang susah ditinggalkannya kerana setiap kali dia ingin melakukan zina, dia akan ingat kepada nasihat Rasulullah itu.
Menurut hadis itu lagi, sejak dari hari itu bermula babak baru dalam hidupnya. Dia telah berhijrah dari kejahatan kepada kemuliaan hidup seperti yang digariskan oleh Rasulullah SAW. Hingga ke akhirnya dia telah berubah menjadi mukmin yang soleh dan mulia.
Berbohong Satu Pengkhianatan
Rasulullah SAW telah bersabda yang maksudnya, “Jika kamu bercakap dengan saudaramu percakapan yang ia mempercayainya, sedangkan kamu membohonginya, sesungguhnya perbuatan ini merupakan pengkhianatan besar.” riwayat Abu Daud)
Selaku ibu bapa adalah tidak wajar untuk membohongi anak-anak dengan alasan untuk memujuk mereka atau menahan mereka daripada sesuatu kemarahan. Hal ini kerana ia akan menghilangkan kepercayaan anak-anak terhadap ibu bapa menjadikan segala nasihat dan tunjuk ajar yang diberikan tidak berkesan.
Renung-renungkan!

ISTERI ANDA TERMASUKAH CIRI-CIRI INI ?...


Memang jodoh pertemuan di tangan Allah swt. Tetapi tidaklah bermakna usaha dan ikhtiar langsung tidak diperlukan. Ertinya sesudah berikhtiar semampu mungkin, maka selepas itu terpulanglah pada Allah apa yang hendak ditakdirkannya.

Perkahwinan adalah penting. Ia adalah suatu pembentukan awal sebuah masyarakat kecil yang akan berlanjutan ke anak cucu dan turun temurun. Dan ini sesuai pula dengan fitrah semulajadi manusia, iaitu memerlukan pasangan di dalam hidupnya. Oleh itu merancangkan satu perkahwinan yang tepat dan baik adalah ikhtiar yang tidak boleh dipandang kecil. Hal yang paling penting ialah mencari jodoh. Siapakah bakal isteri atau suami yang hendak dipilih? Yang mana kalaulah terjadi salah pilih, maka kesannya sangatlah buruk, terpaksa menanggung derita dan seksa di duniahingga akhirat. Tiada bahagia dan kasih sayang. Rasulullah saw sudah berpesan tentang syarat memilihisteri. Sabda baginda: " Dikahwini perempuan itu kerana empat perkara, Keranaharta, rupa, keturunan dan agamanya. Maka pilihlahyang baik agamanya."

Fahamlah kita bahawa syarat penting memilih isteri atau suami ialah yang beragama. Dengan kata lain yang beriman dan yang mengamalkan syariat Islam. Kalaus yarat ini ada barulah kita fikirkan tentang hal-hal seperti rupanya, kekayaannya, keturunannya dan lain-lain. Tidak ada syarat lain lagi yang lebih baik daripada apa yang dikatakan oleh baginda itu. Sebab,wanita beriman, walau dia kaya atau cantik, nescaya dia tetap merendah diri pada suaminya. Tidak akan dikecilkan hati suami lebih-lebih lagi tidak akan ia derhaka pada suami. Sebaliknya yang wanita cantik pada wajahnya tetapi tidak beriman selalunya membuat suaminya berkeadaan serba salah. Begitu juga wanita kaya yang tidak beriman, biasanya akan memperbudakkan suaminya.

Ini selalu terjadi di dalam masyarakat kita hari ini.Oleh kerana mereka berkahwin bukan kerana Allah, memilih pasangan pula bukannya kerana agamanya, tetapi kerana jawatan, gaji rupa dan lain-lain, ditambah dengan cara kenduri kahwin penuh kefasikan, maka hasilnya terjadilah seperti apa yang terjadi sekarang.

1. Kalau isteri berjawatan tinggi atau seorang yang terkenal maka rumahtangga mereka akan berada dalam keadaan:

Suami sering merasa hina diri (inferioritycomplex) terhadap isteri. Isteri tidak melayan dengan sepatutnya, maklumlah sibuk dengan tugas dan sibuk melayan orang lain. Suami selalu tinggal sendiri. kalau isteri ada di rumah pula dia merasai berhadapandengan orang besar, yang dihormati ramai, maka masakan mudah baginya untuk mengajak isteri bermesra-mesra dan melayannya dengan baik. kerana itu hiduplah suami dalam keadaan kesunyian selalu dengan rasa rendah diri. Kebahagiaan bersuami-isteri dan berkasih sayang tidak akan terasa lagi.

Oleh kerana isteri biasa mengarah-arahkan pekerja bawahannya atau orang ramai, maka tentu dia terbawa-bawa ke rumah, yakni suka mengarah suami. Apa lagi kalau suaminya berjawatan kecil, sepertilah orang bawahnya. Maka dalam keadaan apa pun suami akan rasa hina diri. Mengalah sajalah suami. Ikut sahaja apa isteri kata. kalau pun kadang-kadang ia tidak suka dengan perkara itu, terpaksa ditekan-tekan rasa. Pendeknya jadual rumahtangga akan diatur oleh isteri. "Kita balik kampung bang" "Kita keluar bang" "Malam ini jangan kacau I bang, I letihlah," dan sebagainya.

Bila suami ajak ziarah emak di kampung, dia jawab, "Saya ada mesyuarat esok, tidak boleh cuti." Kadangpula suami ajak pergi kenduri kahwin dijawab, "I ada'appointment' petang ini. "Sewaktu-waktu suami ajak kebilik tidur dia jawab, "I nak siapkan 'speech' untuk esok. Abang masuklah dulu" Isteri jadi tuan. Suami jadi khadam. Orang yang tidak tahu mereka itu suami isteri akan menyangka suami itu orang gajinya.

Isteri sentiasa keluar. Siang keluar, malam keluar. Bila balik, sudah letih. Maka suami akan menjadi orang bujang. Ada isteri macam tidak ada isteri. Sebab dia tidak dapat miliki isteri itu. Hanya boleh dipandang-pandang, boleh dipegang sekali-sekali. Tetapi tidak boleh dikawal mengikut kehendak suami.

Oleh kerana isteri ada jadual sendiri dan ada pandangan sendiri, maka selalunya arahan suami akan dibahas dan dipertikaikan. Suami jarang merasai isterinya taat padanya. Pun jarang si isteri meminta keizinannya untuk melakukan sesuatu.

Isteri tidak rasa bersandar hidup dengan suami. Biasanya seorang isteri bergantung hidup, nafkah dan tanggungannya pada suami. Tetapi kerana isteri berjawatan, ia rasa lebih dari suaminya, maka isteri tidak lagi bersandar pada suami. Ia tidak memerlukan apa-apa dari suaminya; tiada istimewa dan tidak ada kelebihan apa-apa untuk dia bersandar hidup.Hatta kalau suaminya menceraikannya pun dia tidak rasa bimbang apa-apa. Maka dia berani buat apa disukainya terhadap suaminya.

2. Kalau isteri lebih pandai dari suami maka:

Isterinya akan membuatkan suami sentiasa rasa hina diri dan rendah diri, kerana isterinya akan banyak mengajarnya. Bukannya suami mendidik isteri tetapi berlaku sebaliknya. Kalau suami buat apa-apa yang silap atau tidak tepat selalulah kena komplen atau diketawakan oleh si isteri. Hendak marah atau hendak merajuk pun takut pula kena leter dengan isteri, maklumlah isteri bijak. Al hasil suami sentiasa rasa diperkecilkan oleh isteri. Dirasa dirinya sentiasa rendah di samping isterinya. Kasih sayang dan kebahagiaan yang layak bagi seorang suami tidak dapat dirasainya lagi. Isteri tidak yakin dengan sikap, cakap dan arahan suami, maka dengan sebab itu dia tidak boleh taat pada suaminya. Kalau taat pun hanya atas dasar patuh.

Isteri berani mengarah, menentang dan marah-marah pada suami. Si isteri pula, kerana selalu rasa dikalahkan, tidak akan boleh mengawal keadaan begini. Maka terjadilah suami menurut kata isteri, suami ikut cakap isteri. Hidup suami diatur oleh isteri.

Suami tidak akan memberi apa-apa maklumat dan tunjuk ajar pada isteri, disebabkan dia rasa malu pada isterinya yang lebih pandai darinya. Oleh kerana kebiasaan isterinya menyanggahnya maka dia bimbang kalau-kalau maklumat atau ceritanya akan disanggah lagi atau dipandang kecil oleh isteri. Kerana itu selalunya isterinya yang banyak cakap, suami menurut saja. Ertinya suami belajar dengan isteri. Kemuncak dari itu, ialah suami takut untuk membuat arahan atau permintaan pada isteri. Tegasnya suami akan takut pada isteri.

3. Kalau beristeri cantik

Si isteri sedar dan bangga dengan kecantikannya, maka suami akan selalu kalah dengan kehendak isteri. Sisuami pula suka akan kecantikan isteri, dia menyayangi isterinya atas dasar isterinya cantik. maka jadilah keadaan di mana segala kehendak isteri diikutinya.

Isteri tentu sedar akan hal ini maka diambil kesempatan untuk mengarahkan suaminya, ikut ragam dan kerenahnya. Minta itu minta ini, arah itu arah ini. kalau tidak dapat, merajuk, meragam dan merengek-rengek. kalau kemahuannya tidak diikuti dia mengugut hendak balik kampung atau minta cerai. Dia tahu suaminya tidak akan menceraikannya. Si suami pula kerana terlalu sayang, ikut saja. bukan senang hendak dapat isteri cantik. tetapi hati menderita. Bak kata orang, mata sedap hati sakit. Ibarat buah kepayang ditelan pahit dibuang sayang. Hal ini jarang berlaku pada wanita-wanita yang tidak cantik. Mereka tidak berani meragam sebab mereka tahu suaminya boleh menceraikannya, cari yang lain.

4. Kalau beristeri kaya

Suami akan jadi hamba, sebab si suami bersandar rezeki pada isteri. Isteri jadi 'boss', boleh buat apa saja arahan yang disukai. Oleh kerana rasa termakan budi, suami merasai tidak patut pula kalau tidak menurut arahan isterinya. Akhirnya diperhambakan isteri. Dalam keadaan itu suami akan rasa rendah dan hina diri dan tidak berani si suami berlaku sebagai ketua rumahtangga untuk mengarah itu dan ini. Maka akhirnya isterilah yang jadi ketua rumah, jadi queen control. Jadual dan program isteri yang tentukan. Suami mengiyakan sahaja.

5. Kalau beristeri yang tidak kaya, tidak pandai, tidak tinggi jawatan:

Isteri yang setaraf dengan suami atau lebih rendah lagi tidaklah susah sangat suami dibuatnya. Isteri itu terpaksa bersandar sepenuhnya dengan suami. Dan dia pula tidak boleh memberi apa-apa pada suami, dan dirasai suaminya lebih daripadanya. Ada kekuatan dan keistimewaan. Maka mudahlah dia hormat dan taat. Selamatlah hati suami. namun ketaatan ini bukanlah ketaatan yang suci murni, kerana dibuat dengan terpaksa. Yang mana kalaulah isteri itu kaya misalnya, nescaya dia turut menyusahkan suaminya juga.

Ada waktu-waktunya isteri akan engkar juga dengan suaminya, terutama suami ada salah silapnya. Itulah wanita yang tidak beriman yang selalu menyusahkan suami. Suami tidak rasa terhibur dengan isteri. Rasa bahagia, mesra dan kasih sayang dengan isteri semakin hilang dari hari ke hari. Suami merasai lebih bahagiakalau berada di luar rumah atau jauh dari isteri. Setiap kali hendak balik ke rumah, suami cemas menanti apa pula ragam si isteri. Soalan apa yang akan ditanya. Apa pula yang akan dirungutkan, apa yang akan dimintanya. Panjang mana pula leter yang akan didengar. Semasam mana pula mukanya dan macam-macam lagi ragam dan kerenah yang akan dihadapi.

Kisah ini pernah berlaku kepada seorang pendakwah,seorang suami tiba-tiba saja menghulur RM50.00 padaisterinya. "Hadiah," katanya. Hairanlah isterinya kerana kejadian yang tiba-tiba itu.

"Hadiah apa ni?" Ditanya kepada suaminya. Maka berkatalah suaminya, "Hadiah kerana tadi ketika saya balik ke rumah, awak sambut baik, tak tanya itu ini macam selalu. Pada hal biasanya kalau saya tidur diluar, pagi baru balik, awak tak gini. Sebab itu dalam perjalanan balik tadi saya sudah bimbang apa nak jadi. Rupa-rupanya awak sudah berubah. Itu pasal saya hadiah RM50." Isterinya pun tersipu-sipu.

Itulah cerita isteri yang sedang dididik dengan iman. Suami keluar dakwah, kadang-kadang tidak balik. Maka sedikit sebanyak sudah boleh menerima keadaan itu, boleh bersabar dengan ujian kesusahan. tetapi kalaulah tidak dididik dengan iman, mustahil seorang isteri boleh bermanis muka dengan suami di waktu dia sendiri sedang berduka. Isteri solehah akan sentiasa berfikir untuk memberi kebahagiaan kepada suaminya, dalam apa jua keadaan pun, akan sanggup mengorbankan dirinya untuk menghiburkan suami demi mengharap kasih sayang Allah dan syurgaNya.

Lihatlah sejarah seorang wanita Mukmin, ketika anaknya meninggal dunia, ditutup mayat itu baik-baik menunggu suaminya pulang. Bila kembali suaminya ia tidak terus mengadu kejadian malang itu tetapi dihiburkan, dilayansuaminya hinggalah selesai suami menunaikan hajatnya barulah dia bertanya, "Abang, kalau kita diberi pinjam sesuatu, adakah kita kena memulangkan barang itu kepada tuan punyanya?. "Tentu sekali," Jawab suaminya. Kemudian dia menyambung, "Allah telah meminjamkan kita seorang anak. Tapi sekarang Allah ambil kembali anak itu dari kita." "Innalillah wa inna ilaihi raajiuun," kata suaminya dengan tenang. Maka barulah ditunjukkan mayat anaknya pada suaminya. Begitu mampunya wanita salehah menenangkan hati suaminya. Bukan memekik, melolong, menangis, merapu dan mengungkit itu ini hingga suami jadi dua kali susah. Susahkan ujian yang berlaku, susahkan sikap isteri.

Hari ini mana ada wanita salehah yang mengorbankan diri untuk kebahagiaan suami demi mengharapkan keredhaan Allah dan nikmat syurga di akhirat kelak. Yang ada ialah wanita-wanita yang selalu menyusahkan suami untuk keuntungan dirinya kerana semata-mata memuaskan diri dan nafsunya.

Sebenarnya perkara-perkara yang saya senaraikan diatas, tidak akan atau kurang berlaku kalau kita beristerikan wanita salehah. Sekalipun wanita itu berpangkat tinggi, bijak bistari, cantik molek, kaya raya, namun dia tetap taat dan merendah diri pada suaminya. Suka berkhidmat, menyelesaikan masalah suami (bukan membuat masalah) bahkan semua miliknya ditukar geran menjadi milik mutlak suaminya.

Lihat Sayidatina Khadijah, Sayidatina Aisyah dan Siti Fatimah Az Zahrah. Semua kekayaan, kepandaian dan jiwa raganya dikorbankan untuk membantu perjuanga Rasulullah saw. Siti Khadijah yang asalnya hartawan Quraisy, tetapi setelah menjadi isteri Rasulullah saw, habis hartanya diserahkan, untuk menyumbangkan pada agama Allah.Hingga waktu wafat beliau, tempat tinggalnya hanya satu bilik usang berpintu satu.

Sayidatina Aisyah,Ummul-Mukminin selaku pembantu kuat Rasulullah, turut
giat sama berjuang dengan mengorbankan segala kebolehannya kepada perjuangan suaminya. Sesudah wafatRasulullah, dia bertindak selaku mahaguru kepada para sahabat besar. Siti Fatimah binti Rasulullah adalah isteri yang rela miskin dan bersusah payah untuk Islam, pun begitu dia tetap dapat memberi senyum manis pada suaminya.

Itulah ciri dan contoh wanita beriman. Wanita beginilah yang mesti kita sediakan untuk diperisterikan. Sifat wanita beginilah yang mesti kita didik terhadap ahli keluarga kita. Agar rumah tangga kita nanti dan generasi akan datang adalah syurga kecil yang sementara, yang menjadi sumber tenaga buat kita dan keturunan kita berjuang mendapatkan syurga yang maha besar lagi kekal abadi di akhirat nanti.

BERBAKTILAH KERANA ALLAH

Pasanglah niat untuk menggembirakan orang lain. Kenapa? Sebab, bila Anda berusaha sedaya upaya untuk menggembirakan orang lain, Anda akan gembira sama. Anda ceriakan orang lain, Anda akan jadi ceria sama. Anda beri semangat pada orang lain di sekeliling Anda, Anda akan bersemangat dibuatnya.

Perbuatan kita mendatangkan kesan tersendiri. Kemudian kesan perbuatan tu akan datang semula kepada kita.

Hari ini, untuk membuat Anda bermotivasi pasanglah niat di hati untuk berbakti pada insan lain walau siapapun dia, walau apa jua status dirinya. Jangan ambil kisah pasal diri Anda. Jangan pentingkan diri Anda. Banykkan ambil kisah pasal orang lain. Bukan untuk kita busy body, tapi kita mahu buat dia berubah, bersemangat, berinspirasi. Setiap orang ada impian tersendiri. Dia akan lupa impian tu tiap kali dia mendepani permasalahan – besar atau kecil.

Latih diri Anda dari peringkat asas bermula dari rumah. Ceriakan orang rumah Anda, ibu Anda, bapa Anda, adik beradik Anda, kawan-kawan di tempat kerja Anda. Mulakan dari rumah, dari yang asas supaya Anda menjadi semakin mahir dari sehari ke sehari. Jadilah seorang kawan yang amat prihatin, bukannya seseorang yang kuat mengomplen. Lebih banyak kita mengomplen sikap orang dan mengkritik sikap orang untuk menunjukkan yang kita betul, lebih banyak kekurangan kita akan timbul. Itu membuat orang sekeliling tak respek langsung dengan kita. Kesannya mereka berlakon baik di depan kita, tapi di belakang kita, kita tak tahu umpatan apa yang diorang kata.

Anda boleh menabur bakti dengan berbagai cara dari sekecil-kecil cara hinggalah ke sebesar-besar cara. Cara yang paling mudah adalah dengan meringankan beban kerja seseorang yang biasa bergaul dengan kita.

Jika Anda berada di rumah, bantu iisteri Anda menyelesaikan kerja-kerja di dapur. Jika Anda ada bersama-sama dengan suami Anda, bantulah dia setakat mana-mana yang Anda tahu. Jika langsung tak tahu, minta dia terangkan mana yang perlu Anda bantu.

Paling tidakpun jika kita berjauhan dengan mereka, bantulah mereka dengan cara kita tersendiri. Kita boleh membantu orang lain melalui kecemerlangan kita.

Misalnya, kita memasang niat mahu cemerlang di tempat kerja sebba kita mahu meringankan beban kewangan isteri kita atau kekasih kita.

Kita mahu cemerlang dalam pelajaran sebab kita mahu meringankan beban emosi ibu bapa kita yang penat membanting tulang mencari untuk sesuap nasi untuk mengenyangkan perut kita. Kita mahu cemerlang dalam berniaga sebab kita mahu berbakti pada ahli masyarakat kita, supaya dengan itu mereka berpuas hati dengan sumbangan kita melalui produk-produk keluaran bisnes kita.

Apa yang kita sumbangkan akan kita dapat balik dalam jumlah dua kali ganda. Anda ikhlas bantu orang, kebaikan Anda akan datang balik pada Anda dalam jumlah dua kali ganda.

Kesannnya pelbagai. Kehidupan Anda baik, hubungan keluarga Anda baik, aliran kewangan Anda jadi lancar saja, baik-baik saja. Sekali Anda buat tak baik, dua kali kesannya muncul dalam hidup Anda. Kehidupan Anda menjadi kurang baik, hubungan Anda dengan keluarga jadi kurang baik, aliran kewangan Anda juga jadi kurang baik. Semacam ada ‘lubang’ yang membocorkan kelancaran aliran tunai wang Anda. Jika situasi ini berlaku dalam hidup Anda sekarang, kaji balik apa yan Anda buat pada orang lain satu ketika dulu. Mungkin ada yang Anda buat tak baik pada seseorang hingga menyusahkan orang tu.

Sebaik-baik insan adalah insan yang berbuat baik pada insan-insan lain disekelilingnya, mendahulukan diri orang lain lebih dari dirinya sendiri. Ikhlasnya jauh meresap ke dalam hati.

Moga kita diberi petunjuk untuk membentuk diri kita jadi orang sebegitu. Tanyalah diri kita ni, aku ni cemana? Sikap ku ni cemana? Kita akan terfikir untuk memperbaiki diri kita sendiri tanpa di suruh-suruh.

anda kategori mana ?....


Kegemukan adalah dimana berat badan kita melebihi 20 peratus beratus ideal. Ini berlaku disebabkan kalori yg masuk kedalam badan kita melebihi kalori yang diperlukan. Maka akan penyebabkan berlaku pengumpulan lemak dibahagian bahagian tertentu badan.
Kegemukan individu boleh dikategorikan kepada 3 jenis iaitu :
Gemuk Air
• Badan mengelambir dan lembik disebabkan oleh kandungan air yang tidak diperlukan berlebihan di dalam badan.
• Badan akan terasa cepat letih dan mengah apabila melakukan aktiviti harian.
Gemuk Angin
• Perut terasa sebu adakalanya sukar untuk membuang angin keluar.
• Mudah mendapat sakit kepala.
GEMUK AIR dan GEMUK ANGIN : Picit bahagian lengan tangan, anda akan merasai lengan tangan mengelambir dan lembik.
Gemuk Daging
• Badan berasa berat dan pejal.
• Mudah penat apabila melakukan tugas harlan.
• Proses penurunan agak lambat berbanding mereka yang gemuk air atau angin mi kerana lemak di dalam badan menjadi tepu dan bergumpal bersama daging.
• Proses penurunan melalui perpeluhan dan mengikut pantang yang disarankan
GEMUK DAGING : Picit bahagian lengan tangan, anda akan merasa pejal dan padat.
Gemuk air dan Gemuk angin mudah untuk turun berat badan tetapi Gemuk Daging mengambil sedikit masa untuk turun. Gemuk Daging berpunca dari lemak yang berkumpul menjadi tepu dan bergumpal bersama daging.

BERSYUKURLAH

Kita patut bersyukur kerana hari ini kita masih bangun sendiri....

bukan orang lain yang mengejutkan kita....
Kita mandi sendiri.... bukan orang lain yang memandikan kita...
Kita pilih & pakai baju sendiri..... bukan orang lain yang pilih & pakaikan kita
kerana kalau dia yang memilih dan memakaikannya.. sudah tentulah bajunya daripada kain yang berwarna putih...
kita berjalan sendiri keluar dari rumah... bukan orang lain yang membwa kita keluar....
kita boleh membaca sendiri... bukan ada orang yang bacakan untuk kita...
Bersyukurlah kerana ALLAH masih memanjangkan umur kita.....