picasion.com

Motivasi Kejayaan - Berani

Usaha memburu kejayaan banyak dihalang oleh berbagai cabaran, permasalahan yang akan menduga kesabaran. Kekadang, apa yang kita buat banyak kali gagal. Buat lagi, gagal lagi sampai kita tak ada semangat untuk berusaha lagi ke peringkat seterusnya.Untuk menjadikan diri kita sentiasa bermotivasi, kita mesti berani. Bukan sekadar harus berani berdepan segala apa yang akan mendatang tapi berani menangggung risiko atas semua apa yang mungkin akan terjadi.Usaha kita berisiko untuk gagal, juga turut berisiko untuk tidak berhasil.

Kekadang kita buat sesuatu, ia akan menemui kegagalan. Jika kita berani gagal, kita akan bersemangat untuk buat semula, usaha semula sebab dalam minda kita terpahat kepercayaan yang gagal tu tak akan mempengaruhi usaha kita.Berani tak semestinya kita tunjuk garang. Bukan camtu. Berani maksudnya, kita sanggup buat, sanggup jadi orang luar biasa yang berlainan dari orang biasa.

Orang biasa, bila dah gagal sekali dia serik nak usaha lagi. Dia akan mengalih fokus.Orang luar biasa, dia tak serik-serik selagi dia tak berjaya. Maka, saya andaikan Anda orang luar biasa sebab Anda mahu berjaya! Terapkan mentaliti berani mahu menjadi orang berjaya.Fakta kehidupan memberitahu kita ramai orang takut menjadi orang berjaya kerana tak sanggup kehilangan hidup selesa. Mereka takut melalui jerit payahnya berusaha memburu kejayaan, takut kehilangan masa bersantai-santai dan takut kehilangan kawan-kawan. Satu lagi, mereka takut diketawakan dan takut dikritik teruk.Berani adalah salah satu sikap positif.Tapi ingat, biar kita berani di minda, bukan berani sebab nak cari gaduh, nak buat orang takut dengan kita. Sebagai orang Melayu beragama Islam, kita sepatutnya berani mencuba usaha baru untuk meningkatkan kecemerlangan ekonomi, akhlak dan ibadah kita.Sudah tiba masanya untuk kita jadi orang luar biasa.

picasion.com