picasion.com

BERBAKTILAH KERANA ALLAH

Pasanglah niat untuk menggembirakan orang lain. Kenapa? Sebab, bila Anda berusaha sedaya upaya untuk menggembirakan orang lain, Anda akan gembira sama. Anda ceriakan orang lain, Anda akan jadi ceria sama. Anda beri semangat pada orang lain di sekeliling Anda, Anda akan bersemangat dibuatnya.

Perbuatan kita mendatangkan kesan tersendiri. Kemudian kesan perbuatan tu akan datang semula kepada kita.

Hari ini, untuk membuat Anda bermotivasi pasanglah niat di hati untuk berbakti pada insan lain walau siapapun dia, walau apa jua status dirinya. Jangan ambil kisah pasal diri Anda. Jangan pentingkan diri Anda. Banykkan ambil kisah pasal orang lain. Bukan untuk kita busy body, tapi kita mahu buat dia berubah, bersemangat, berinspirasi. Setiap orang ada impian tersendiri. Dia akan lupa impian tu tiap kali dia mendepani permasalahan – besar atau kecil.

Latih diri Anda dari peringkat asas bermula dari rumah. Ceriakan orang rumah Anda, ibu Anda, bapa Anda, adik beradik Anda, kawan-kawan di tempat kerja Anda. Mulakan dari rumah, dari yang asas supaya Anda menjadi semakin mahir dari sehari ke sehari. Jadilah seorang kawan yang amat prihatin, bukannya seseorang yang kuat mengomplen. Lebih banyak kita mengomplen sikap orang dan mengkritik sikap orang untuk menunjukkan yang kita betul, lebih banyak kekurangan kita akan timbul. Itu membuat orang sekeliling tak respek langsung dengan kita. Kesannya mereka berlakon baik di depan kita, tapi di belakang kita, kita tak tahu umpatan apa yang diorang kata.

Anda boleh menabur bakti dengan berbagai cara dari sekecil-kecil cara hinggalah ke sebesar-besar cara. Cara yang paling mudah adalah dengan meringankan beban kerja seseorang yang biasa bergaul dengan kita.

Jika Anda berada di rumah, bantu iisteri Anda menyelesaikan kerja-kerja di dapur. Jika Anda ada bersama-sama dengan suami Anda, bantulah dia setakat mana-mana yang Anda tahu. Jika langsung tak tahu, minta dia terangkan mana yang perlu Anda bantu.

Paling tidakpun jika kita berjauhan dengan mereka, bantulah mereka dengan cara kita tersendiri. Kita boleh membantu orang lain melalui kecemerlangan kita.

Misalnya, kita memasang niat mahu cemerlang di tempat kerja sebba kita mahu meringankan beban kewangan isteri kita atau kekasih kita.

Kita mahu cemerlang dalam pelajaran sebab kita mahu meringankan beban emosi ibu bapa kita yang penat membanting tulang mencari untuk sesuap nasi untuk mengenyangkan perut kita. Kita mahu cemerlang dalam berniaga sebab kita mahu berbakti pada ahli masyarakat kita, supaya dengan itu mereka berpuas hati dengan sumbangan kita melalui produk-produk keluaran bisnes kita.

Apa yang kita sumbangkan akan kita dapat balik dalam jumlah dua kali ganda. Anda ikhlas bantu orang, kebaikan Anda akan datang balik pada Anda dalam jumlah dua kali ganda.

Kesannnya pelbagai. Kehidupan Anda baik, hubungan keluarga Anda baik, aliran kewangan Anda jadi lancar saja, baik-baik saja. Sekali Anda buat tak baik, dua kali kesannya muncul dalam hidup Anda. Kehidupan Anda menjadi kurang baik, hubungan Anda dengan keluarga jadi kurang baik, aliran kewangan Anda juga jadi kurang baik. Semacam ada ‘lubang’ yang membocorkan kelancaran aliran tunai wang Anda. Jika situasi ini berlaku dalam hidup Anda sekarang, kaji balik apa yan Anda buat pada orang lain satu ketika dulu. Mungkin ada yang Anda buat tak baik pada seseorang hingga menyusahkan orang tu.

Sebaik-baik insan adalah insan yang berbuat baik pada insan-insan lain disekelilingnya, mendahulukan diri orang lain lebih dari dirinya sendiri. Ikhlasnya jauh meresap ke dalam hati.

Moga kita diberi petunjuk untuk membentuk diri kita jadi orang sebegitu. Tanyalah diri kita ni, aku ni cemana? Sikap ku ni cemana? Kita akan terfikir untuk memperbaiki diri kita sendiri tanpa di suruh-suruh.

picasion.com