picasion.com

Khemah Solah 2009 - 10 Mei 2009

Alhamdulillah…10hb Mei yang lalu tepat jam 8.30 pagi kaunter pendaftaran khemah solah dibuka dengan diketuai oleh En. Zahaimi selaku ketua AJK pendaftaran. Pn. Jariah dan En. Shahrani juga selaku AJk Pendaftaran sibuk menerima peserta-peserta yang datang mendaftar. Sebenarnya seawal jam 7.40pagi sudah ada peserta yang hadir, namun kaunter pendaftaran tetap dibuka jam 8.30pagi. Sambutan yang dijangka sederhana rupanya mendapat sambutan yang agak luar jangkaan. Peserta yang mendaftar awal dalam lingkungan 60 orang. Namun di saat-saat akhir masih terdapat permintaan untuk menyertai khemah ini. Untuk tidak menghampakan pihak penganjur tetap menerima sebagai tanda terima kasih atas sokongan yang diberikan. Majlis dimulakan pada jam 9.30 pagi dengan bacaan doa dan ucapan daripada Pengerusi Surau Al-Falah yang juga merupakan perasmi majlis tersebut. Selepas sesi jamuan ringan, kuliah dimulakan. Tenaga pengajar yang terdiri daripada dua orang Ustaz iaitu Ustaz Hj. Mohd Yani dan Ustaz Mohamad dan dua orang Ustazah iaitu Ustazah Yusni dan Ustazah Fadzilah yang merupakan orang Taman Chepor Indah sendiri berjaya mengendalikan 83 peserta yang terdiri daripada pelbagai peringkat usia antara 4 – 16 tahun. Ucapan ribuan terima kasih buat mereka, semoga sumbangan bakti mereka dapat diteruskan lagi untuk program yang akan datang. Terima Kasih juga kepada Jabatan Agama Islam Perak kerana mereka merupakan penyumbang dana utama dalam menjayakan program ini. Tidak lupa juga buat semua AJK-AJK yang bertungkus lumus,siang malam dalam membuat persiapan.

Terharu rasanya melihat para ibu bapa yang sudi menemani anak masing-masing sepanjang tempoh program berjalan. Terima kasih diucapkan. Terharu juga melihat anak-anak kecil yang tidak jemu dari pagi hingga ke petang setia menunggu dan mengikuti dengan khusyuknya sehingga program tamat. Di bawah disertakan beberapa gambar aktiviti yang diadakan pada 10 mei tempoh hari. Untuk Video dan gambar penuh sila email kepada pepci09@gmail.com atau farida5612@yahoo.com untuk mendaftar sebagai ahli pepci di facebook. Di sana perkongsian gambar dan video lebih banyak.
Terima Kasih kepada semua yang menjayakan program khemah solah ini secara langsung mahupun tidak langsung.


Kelihatan En. Zahaimi dan Pn. Jariah
sibuk melayan peserta yang datang mendaftar
sebaik sahaja kaunter dibuka.


Khusyuk mendengar penerangan daripada Ustaz dan Ustazah

Tiba waktu rehat dan makan.Belajar, belajar juga rehat itu perlu.

Peserta terdiri daripada pelbagai peringkat usia bermula
dari 4 tahun - 16 tahun.

Sebahagian ibu bapa yang sudi menunggu anak-anak mereka mengikuti program khemah solah. Syabas dan tahniah buat ibu bapa prihatin ini.

picasion.com