KENAPA ORG ISLAM SEDIKIT YG BERJAYA

Pernah tak Anda terfikir, kenapa Orang Barat ramai yang berjaya sedangkan mereka kebanyakannya bukan beragama Islam? Sebut saja nama-nama hebat seperti Edison, Napoleon Hill, Bill Gates, Mark Zuckerberg mereka semua mencapai tahap keberjayaan dalam bidang masing-masing.

Kenapa pula cuma sedikit orang Islam berjaya? Jika ada, boleh dikira berapa bilangannya sedangkan, umat Islam adalah umat terpilih dan mereka boleh minta apa saja yang mereka mahu melalui DOA, tapi kenapa cuma sedikit saja orang Islam yang benar-benar berjaya?
Dalam kalangan orang kita pun, cuma sedikit muslim yang benar-benar baik, berjaya dan cemerlang dalam bidangnya. Mengapa orang yang bukan Muslim, tak tahu pasal DOA dan tak tahu pasal keberkatan, dapat mencapai kejayaan dalam bidang mereka?
Semuanya disebabkan ILMU. Orang bukan Islam tahu apa yang kita orang Islam ni tak tahu. Mereka tahu perkara-perkara yang penting.
Selain itu, mereka pastikan apa yang mereka mahu capai dan tak akan berganjak, tak akan berhenti berusaha selagi apa yang mereka idamkan masih belum tercapai. Mereka aplikasikan ilmu.
Kita? Asyik berubah matlamat. Hanya ILMU dan USAHA menjadi kayu ukur antara kejayaan orang Barat dengan orang kita.
Orang Barat sentiasa menggali ilmu, menemui pelbagai perkara baru melalui pengkajian dalam segenap aspek kehidupan - politik, ekonomi, sukan, kewangan, sains, angkasa, teknologi dan sosial. dll. Seharusnya kita cuba contohi mereka, dalam masa yang sama kuat berdoa pada Allah, moga kita berjaya seperti mereka (mungkin hingga dapat mengatasi kejayaan mereka).
Terapkan dua faktor kejayaan mereka - ILMU dan USAHA. Aplikasikan ilmu ke dalam usaha. Mulai hari ini, tetapkan matlamat, gali banyak ilmu, kemudian rajinkan diri berusaha. Jadikan perkara lain sebagai batu loncatan utk kita mencapai cita-cita kita.