SELAMAT DATANG KE BLOG PERSATUAN PENDUDUK CHEPOR INDAH (PEPCI). SEMOGA MENDAPAT TAUFIK DAN HIDAYAH. INSYAA ALLAH ......

MAJLIS QURBAN DESA CHEPOR INDAH PADA 17 NOV 2010

MAJLIS KORBAN AKAN DIADAKAN PADA HARI RAYA PERTAMA SELEPAS SOLAT SUNAT AIDIL ADHA BERTEMPAT DIKARANGAN SURAU AL-FALLAH DESA CHEPOR INDAH. MUSLIMIN MUSLIMAT DIJEMPUT HADIR....

Friday, July 16, 2010

Dosa gugur apabila suami, isteri bersalam

Dosa gugur apabila suami, isteri bersalam RASULULLAH saw bersabda, yang bermaksud: "Seorang isteri yang bermuka muram di hadapan suaminya, maka ia dalam kemurkaan Allah hingga ia dapat membuat suasana yang riang gembira kepada suaminya dan memohon kerelaannya." Begitulah besarnya harga senyuman seorang isteri kepada suaminya kerana senyuman akan mencetuskan suasana kegembiraan yang sebenarnya dikehendaki suami ketika pulang dalam keletihan. Muka yang masam bukan saja akan menimbulkan kemarahan suami, malahan menyebabkan Allah turut murka dan kemurkaan Allah itu berkekalan hingga isteri berjaya mengembalikan suasana gembira serta memohon keampunan daripada suami.
Sesungguhnya keredaan Allah terletak pada keredaan suami. Justeru, apabila suami pulang segeralah bukakan pintu, persilakan masuk dengan penuh hormat dan ciumlah tangan suami sebagai tanda hormat serta meminta maaf,walaupun isteri merasakan tidak berbuat sebarang kesalahan pada hari itu. Sebuah hadis ada menyebut bahawa apabila seorang suami bersalaman dengan isterinya, maka gugurlah segala dosa dari celah-celah jari mereka berdua. Andai mempunyai anak-anak, ajarlah mereka itu untuk selalu bersalaman dengan ayahnya kerana kelaziman akan memupuk rasa kasih dan hormat anak-anak kepada orang tua.
Kebahagiaan rumahtangga terletak pada akhlak dan budi pekerti isteri. Biarpun seorang isteri itu tidak cantik tapi jika cukup sempurna layanannya terhadap suami dan berakhlak pula, tentu ia akan menjadi penghibur dalam rumahtangga. Oleh itu wahai isteri, hendaklah berlumba-lumba untuk menjadi seorang isteri yang solehah, yang bertakwa, berakhlak mulia dan taat kepada suami.
Rasulullah bersabda, yang bermaksud: "Sungguh-sungguh memintakan ampun untuk seorang isteri yang berbakti kepada suaminya, iaitu burung- burung di udara, ikan-ikan di air dan malaikat di langit selama dia sentiasa dalam kerelaan suaminya." Jika seorang isteri mengharap cintanya berbalas, maka banyakkan mencari keredhaan Allah melalui keredhaan suami.

0 ulasan:

Post a Comment

Program Jom Kayuh setiap pagi ahad...

ceramah maulidul rasul 2010 desa chepor indah

Hari keluarga pepci 2010 di surau Al-Fallah..

hari keluarga PEPCI bersama MB Pakatan Rakyat: YAB Dato Sri Nizar Jamaludin

Hari keluarga pepci 2010: pakaian beragam/bbq

PEMERIKSAAN KESIHATAN ANJURAN BIRO WANITA PEPCI DAN PERSATUAN JURURAWAT PERAK.

kursus pengurusan jenazah desa chepor indah pada 20 dis 2009

MAJLIS QURBAN PADA RAYA PERTAMA

MAJLIS QURBAN PADA RAYA KE 2 (2009)

KURSUS SMART SOLAT ANJURAN PEPCI 2009