Jawapannya mudah - supaya kita berubah.
Kita tak akan berubah jika kita tidak ada sebab untuk berubah dan apa tujuan perubahan kita. Kita akan kekal dengan sikap lama, perangai lama, mindset lama yang menyebabkan kita tidak mencapai apa-apa.Andai kata kita menerima ujian, tak kiralah dalam apa jua bentuknya, sama ada ujian kewangan, ujian dalam bentuk permasalahan, ujian emosi, kena sabar. Sabar perkara paling utama sebab orang cemerlang dan orang berjaya, dia sentiasa mendahulukan sabar.Orang yang tidak penyabar, dia bukan orang cemerlang. Anda boleh perhati sikap camni kat mana-mana.
Orang yang tak sabar akan cenderung menyalahkan takdir kerana memberikannya ujian yang dia sendiri tak minta. Sebenarnya, ujian itu diturunkan untuk membuat dia berubah menuju kejayaan, cuma dia sendiri tak faham-faham.
Kesimpulannya, sebagai orang Melayu beragama Islam, kita sepatutnya sedar Islam mahu kita maju, supaya kita dapat menyumbang sesuatu kepada orang-orang dalam komuniti kita juga ummah keseluruhannya.
Bersangka baiklah dengan ujian Tuhan, laluinya, ubah diri ke tahap lebih baik, kita akan saksikan diri kita berjaya mencapai tahap kejayaan tanpa kita sendiri sedari.