
Fikiran kita pula boleh dipengaruhi oleh kata-kata kita dalam stail perbualan kita. Begitu juga sebaliknya. Kata-kata kita, stail perbualan kita akan mempengaruhi apa yang ada di dalam fikiran kita. Fizikal kita berkait dengan minda kita.
Orang yang berfikiran negatif tidak bersikap baik pada sesama manusia, sesama makhluk dan pada Yang Maha Esa. Kekadang mereka suka menyalahkan takdir, kekadang mereka bongkak hingga tak nak bersyukur bahkan tak pernah terfikir untuk bersyukur.
Ditimpa musibah cemana pun, mereka masih belum sedar kesilapan mereka. Orang camni kita kena jauhi. Bila kita mendekat dengan mereka, kita akan terjangkit dengan sikap negatif mereka, terbiasa dengan sikap negatif yang ada pada diri mereka sehingga kita menganggap sikap camtu sesuatu yang normal. Kita kena pandai bawak diri tiap kali berdampingan dengan mereka.
Dalam masyarakat kita hari ni, kita akan jumpa ramai orang berfikiran negatif. Entah hape sebabnya.Yang pasti, mereka jadi camtu mungkin di dorong oleh dua faktor - ego dan nafsu.Ego, keinginan mahu sentiasa lebih daripada orang lain dan tak nak kalah, mengaku kalah, dianggap kalah atau mengalah dalam apa jua situasi sekalipun.
Nafsu, mereka tamak. Ketamakan mereka terserlah. Lagi satu, mereka ada sikap tidak ambil peduli kesan perbuatan mereka pada orang lain.
Kita ni kalo cakap pasal sikap orang-orang berfikiran negatif, dua tiga hari pun tak akan habis. Dari kita asyik buang masa memikirkan pasal mereka, lebih baik kita gunakan masa yang ada untuk membina kehebatan diri kita, mempelajari sesuatu, memperbaiki diri supaya jadi semakin baik dari tahap sebelumnya. Lebih baik kita gunakan tenaga mental kita untuk memperbaiki pencapaian kita dari asyik membualkan sikap-sikap negatif yang menyakitkan hati. Mulai hari ni, di kala sedang berbual-bual, jaga attitude kita. Attitude adalah sikap, iaitu perangai kita. Kita tak sedar kita bersikap negatif dikala berbual-bual. Mengawal sikap negatif dan kata-kata negatif memerlukan kita peka kepada setiap kata-kata di mulut, di hati dan di fikiran. pada setiap emosi kita. Emosi kita sering berubah-ubah tanpa kita sedari. Kita cepat memberi respon pada semua situasi yang kita lalui, yang kita nampak dan yang kita terserempak. Untuk kita mengambil hati orang lain, kita kena latih perbualan kita supaya penuh dengan bunga-bunga perkataan positif, emosi positif, idea-idea positif. Latih dan terus berlatih, lakukannya sekerap mungkin.
Terus perbaiki diri, jangan terlalu cepat berpuas hati.