picasion.com

TAKZIRAH AL-FALAH

Assalamualaikum
Segala puji bagiAllah, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. nikmat yang diberikan oleh s.w.t. kepada kita iaitu umur yang semakin hari semakin usia kita berpanjangan tetapi terfikirkah kepada kita akan bekalan pahala sebagai persiapan untuk menuju ke akhirat kelak. Allah telah memberi dan membuka peluang seluas-luasnya kepada kita. Marilah kita sama-sama menuntu dan mencari ilmu sebanyak mungkin sebagai bekalan akhirat, solat berjemaah bersama-sama kerana semuany itu ada ganjaran yang sangat besar yang telah dijanjikan oleh Allah s.w.t. Kalau kita bertangguh-tangguh untuk melakukannya dan menanti hari esok, tetapi Allah telah mematikan kita dengan menghadapnya bekalan yang tidak cukup. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
" Tidak berganjak kedua-dua kaki seseorang hamba pada hari kiamat sehingga ia ditanya mengenai umurnya pada perkara apakah ia dihabiskan, ilmu untuk apa digunakan, harta benda dari manakalah ia diperolehi dan pada apakah ia berbelanja dan juga tubuh badannya pada perkara apakah ia digunakan semasa muda dan kecergasannya". Riwayat al-Tarmizi.
Sabdanya lagi : " Rebutlah peluang lima perkara sebelum datangnya lima perkara"
Masa sihat sebelum sakit
Masa lapang sebelum sibuk
Masa kaya sebelum miskin
Masa sihat sebelum sakit
Masa hidup sebelum mati
Marilah kita sama-sama mengambil kesempatan sementara masih diberi peluang oleh Allah s.w.t., rumah Allah (surau) sentiasa terbuka untuk sama-sama kita menuntut ilmu, solat berjemaah dan bertemu saudara-saudara kita bagi mengeratkan silaratulrahim.
picasion.com