picasion.com

GULA OH GULA



-->Hampir 90% rakyak malaysia sukakan gula. Hampir setiap hari kita tidak terlepas dengan sajian teh tarik, nescafe tarik, Milo tarik dan bermacam macam tarik lagi yang kita minum juga hampir keseluruhan kuih muih juga mengandungi gula. Hampir semua sajian makanan kita tidak terlepas dengan kandungan gula.
Betul badan kita memerlukan gula untuk tetapi kandungan gula dalam badan tidak lah dalam kuantiti yang banyak kerana kita sememangnya tahu akibat dan kesan gula kepada badan jika diambil berlebihan.....
Sebagai renungan mari kita fahami bagaimana badan beroperasi memproses gula.
Gula terbahagi kepada 2 bahagian pertama Glukose dan 2 adalah Fruktose. Glukos akan terus diserap kedalam darah manakala fruktose perlu melalui process penukaran kepada glukose melalui hati. Pankreas di gunakan untuk menghasilkan insulin dalam bentuk hormon yang digunakan untuk menyerap gula didalam darah. Bagi mereka yang normal kandungan insulin yang dikeluarkan daripada Pankreas itu cukup untuk menyerapkan gula dalam darah. Cuba bayangkan berapa banyak insulin yang perlu dikeluarkan oleh pankreas demi meneuteralkan gula dalam darah. Bayangkan berapa banyak gula yang diambil semasa diet kita seharian dan berapa banyak insulin yang akan dikeluarkan oleh pankreas bagi memastikan badan kita berada dalam keadaan yang sihat. Perlu di ingat bahawa pankreas juga perlu dijaga bagi memastikan kesihatan pankreas berada didalam keadaan yang baik. Terfikirkah kita bahawa pankreas juga seperti kereta yang kita gunakan. Jika kita tidak melakukan servis atau paling senang tidak menukarkan minyak hitam langsung, bagaimanakah keadaan kereta kita. kerosakan akan berlaku sedikit demi sedikit. Cuba bayangkan jika kerosakan sedikit demi sedikit berapa banyakkan wang yang perlu dikeluarkan untuk membaik pulih. Jika pembaik pulih dilakukan tanpa menukarkan minyak hitam itu adakan ianya berkesan???
Hal ini serupa dengan pankreas kita. Belum ada lagi didalam dunia orang melakukan pemindahan pankreas. Jadi bagaimana hendak kita menservis pankreas? Jawapan kepada soalan ini adalah mudah. Kawal pemakanan kita. kurangkan pengambilan gula dalam bentuk minuman. kerana gula juga banyak terdapat dalam sayuran juga buah buahan. Walaupun begitu bagi mereka yang mempunyai masalah dengan pankreas mereka juga perlu mengawal pengambilan buah buah yang mempunyai kandungan glukose yang tinggi.
Jadi berapa ramaikan dikalangan kita yang mampu untuk mengawal pengambilan gula??? Mampukah kita merasai minuman TEH tanpa Gula, KOPI tanpa GULA dan kuih muih tanpa gula??? Hanya mereka yang benar benar kuat sahaja yang mampu melakukan sedemikian. TETAPI fakta telah mengatakan bahawa 90% rakyat malaysia mengambil gula. Jadi sukar bagi kita untuk mengelak daripada mengambil gula dalam kehidupan seharian.
Apakah kesan terhadap pengambilan gula?
Sememangnya kita ketahui kesan dan akibat pengambilan gula yang berlebihan akan mengakibatkan kegagalan pankreas untuk terus mengeluarkan insulin dalam badan dan jika ini berlarutan secara berterusan akan mengakibatkan KEGAGALAN pankreas untuk terus berbakti kepada tuannya. Jika hal ini terjadi maka kadar insulin dalam darah akan berkurang dan penyerapan gula dalam darah juga akan bermasalah dan akan meningkatkan kadar gula dalam darah hasilnya anda telah mendapat malapetaka yang sukar digambarkan oleh perasaan iaitu DIABETIS ATAU KENCING MANIS.
Jika ini berlaku tidak ada apa yang perlu dikesalkan kerana ia sudah terlambat. Pankreas anda tidak lagi beroperasi dan harapan untuk sembuh seperti biasa akan MUSNAH. Keluar air mata berdarah pun tidak dapat untuk menyelamatkan anda. Anda akan terus mengambil ubat daripada doktor dan kemanisan hidup anda telah dipinjamkan oleh air kencing anda yang manis itu. Maka anda TIDAK BOLEH DISELAMATKAN lagi. Jika anda dalam keadaan ini dan tidak menjaga lagi pemakanan anda tunggulah saat dan ketika kaki anda dipotong. Hidup anda dalam keadaan kucar kacir, penglihatan anda akan kabur badan akan mengalami keadaan keletihan dan tiada makna dalam hidup anda lagi. DUIT yang dikumpul tidak lagi bermakna kepada anda dan ia akan habis digunakan untuk perubatanan anda yang tidak pasti. Buah pinggang anda akan mengalami masalah dan perlu di dialisiskan justeru itu hidup anda tidak lagi bermakna dan jika ini berlaku mulakan lah langkah anda untuk menulis wasiat kepada keluarga anda jika anda seorang yang berada agar tidaklah berlaku pergaduhan diantara keluarga anda kelak.
Justeru itu perlu diingat bahawa DIABETIS adalah musuh yang paling kejam yang tidak anda ketahui. bersyukurlah kepada mereka yang terselamat.....
Ketahuilah kita semua bahawa gula yang kita gunakan itu datang nya daripada tebu dan ianya amat berbahaya kepada kita semua. Kita boleh mengambilnya tetapi kurangkanlah pengambilan demi menjaga kesihatan yang tidak ada tolok gantinya. Kesihatan adalah yang paling utama kerana tanpa kesihatan duit ringgit juga tidak dapat dicari.
Pernahkan anda terdengar dengan pokok stevia? Pokok Stevia ini adalah sejenis pokok yang mempunyai daun dan batang yang manis dan kadar kemanisan nya 14 kali ganda manisnya daripada gula tebu. (anda boleh menaip stevia dalam google dan baca tentangnya). Di Japan mereka telah pun menggunakan Pokok ini untuk dibuat gula. Dan hasilnya keluarlah produk yang dinamakan SWEETERMIX dari pokok stevia. Kandungan kalorinya amat rendah hanya 2.4kkal sahaja dan yang paling menggembirakan ianya selamat digunakan dalam kehidupan seharian juga kepada mereka yang mengalami masalah pankreas ini.
Penggunaan gula ini amat terhad dan tiada promosi didalam masyarakat malaysia. Ini adalah disebabkan kesedaran yang amat nipis. Justeru itu saya ingin mengambil kesempatan untuk memasarkan gula ini kepada rakan CG yang betul betul prihatin terhadap kesihatan badan terutamanya PANKREAS anda. Disebabkan kadar manisnya yang tinggi maka penggunaan yang sedikit sahaja diperlukan dalam diet harian kita semua.
Jika Satu pitch (jar) memerlukan hampir 3 sudu besar gula tebu tetapi untuk gula ini ianya hanya cukup dengan 1 sudu teh sahaja. Gula ini tidak berbahawa langsung kepada tubuh badan anda malah ianya selamat untuk pankreas anda disamping membantu pankreas anda untuk menghasilkan insulin dalam badan. Ini membolehkan pankreas anda berehat dan hayat nya akan panjang sama seperti usia anda.
Tidak kah kita gembira dengan keadaan ini.
picasion.com