SELAMAT DATANG KE BLOG PERSATUAN PENDUDUK CHEPOR INDAH (PEPCI). SEMOGA MENDAPAT TAUFIK DAN HIDAYAH. INSYAA ALLAH ......

MAJLIS QURBAN DESA CHEPOR INDAH PADA 17 NOV 2010

MAJLIS KORBAN AKAN DIADAKAN PADA HARI RAYA PERTAMA SELEPAS SOLAT SUNAT AIDIL ADHA BERTEMPAT DIKARANGAN SURAU AL-FALLAH DESA CHEPOR INDAH. MUSLIMIN MUSLIMAT DIJEMPUT HADIR....

Saturday, May 29, 2010

Takut ?....

Takut adalah penghalang besar kepada sikap yakin diri. Orang yang ada sikap yakin diri boleh hilang keyakinan dirinya simply kerana dia tiba-tiba takut pada sesuatu atau pada seseorang. Jika cinta adalah emosi positif yang paling kuat, takut pula ada emosi negatif yang paling kuat. Apabila kita konpiden tapi dalam masa yang sama ada rasa takut, takut tu akan lebih banyak menguasai emosi kita.

7 jenis takut yang menghalang rasa yakin diri adalah:
1.
Takut mencuba atau membuat perkara baru.
2. Takut mengambil risiko, takut mendepani risiko.
3. Takut memikirkan sesuatu yang tak pasti dan sesuatu yang belum pasti.
4. Takut dikritik.
5. Takut dikalahkan oleh pesaing.
6. Takut diketawakan, dicemuh dan diumpat-umpat.
7. Takut diherdik dan dimalukan di depan ramai orang
.
Nak melawan rasa takut ni, caranya adalah membina keberanian.
Jika kita lawan rasa takut, kita akan rasa berat, payah, susah. Tapi, bila kita melawan rasa takut dengan membina keberanian lalu merelakan rasa berani menguasai fikiran kita, rasa takut akan pergi dengan sendirinya.
Kebanyakan usahawan berjaya, pelajar cemerlang dan ibu bapa cemerlang adalah mereka yang berani. Nak berjaya, kita kena berani – berani ambil risiko, berani mendepani kata-kata kurang enak ditujukan pada kita.
JANGAN TAKUT UNTUK MEMBUAT SESUATU KEPUTUSAN..

0 ulasan:

Post a Comment

Program Jom Kayuh setiap pagi ahad...

ceramah maulidul rasul 2010 desa chepor indah

Hari keluarga pepci 2010 di surau Al-Fallah..

hari keluarga PEPCI bersama MB Pakatan Rakyat: YAB Dato Sri Nizar Jamaludin

Hari keluarga pepci 2010: pakaian beragam/bbq

PEMERIKSAAN KESIHATAN ANJURAN BIRO WANITA PEPCI DAN PERSATUAN JURURAWAT PERAK.

kursus pengurusan jenazah desa chepor indah pada 20 dis 2009

MAJLIS QURBAN PADA RAYA PERTAMA

MAJLIS QURBAN PADA RAYA KE 2 (2009)

KURSUS SMART SOLAT ANJURAN PEPCI 2009