picasion.com

Stail Perbualan Kita Melambangkan Attitude Kita

Stail Perbualan Kita Melambangkan Attitude Kita Kita boleh nilai seseorang dari kata-kata yang selalu diucapkannya. Orang positif dan bertindak positif, kata-katanya penuh bersemangat. Pada kebanyakan ketika, kata-katanya tenang, baik, penuh pengharapan. Kita boleh nampak sikap optimisnya. Dia percaya sesuatu boleh berlaku, bahkan memberi kata-kata semangat buat orang lain yang sedang berusaha menuju kejayaan sepertinya. Anda boleh kenal pasti orang yang bersikap negatif melalui kata-kata, gaya perbualan dan stail percakapan. Ada juga orang bersikap negatif yang pendiam, tapi kita boleh kenal pasti sikap negatifnya itu dengan melihat kepada realiti kehidupan yang dilaluinya. Sudah pasti Anda tahu sebab semua yang keluar dari mulutnya buruk-buruk belaka, cuma sedikit ada perkataan yang baik-baik, itupun yang dipaksa-paksa dan dilakonkan. Pepatah Melayu kata, kerana mulut badan binasa. perkataan yang keluar dari mulut kita akan diserap oleh minda separa sedar kita. Kemudian, minda separa sedar akan menarik situasi-situasi sama seperti yang kita ucapkan menjadikannya muncul di dunia realiti. Realiti seharian kita dibentuk oleh apa yang ada di dalam fikiran kita.
Fikiran kita pula boleh dipengaruhi oleh kata-kata kita dalam stail perbualan kita. Begitu juga sebaliknya. Kata-kata kita, stail perbualan kita akan mempengaruhi apa yang ada di dalam fikiran kita. Fizikal kita berkait dengan minda kita.
Orang yang berfikiran negatif tidak bersikap baik pada sesama manusia, sesama makhluk dan pada Yang Maha Esa. Kekadang mereka suka menyalahkan takdir, kekadang mereka bongkak hingga tak nak bersyukur bahkan tak pernah terfikir untuk bersyukur.
Ditimpa musibah cemana pun, mereka masih belum sedar kesilapan mereka. Orang camni kita kena jauhi. Bila kita mendekat dengan mereka, kita akan terjangkit dengan sikap negatif mereka, terbiasa dengan sikap negatif yang ada pada diri mereka sehingga kita menganggap sikap camtu sesuatu yang normal. Kita kena pandai bawak diri tiap kali berdampingan dengan mereka.
Dalam masyarakat kita hari ni, kita akan jumpa ramai orang berfikiran negatif. Entah hape sebabnya.Yang pasti, mereka jadi camtu mungkin di dorong oleh dua faktor - ego dan nafsu.Ego, keinginan mahu sentiasa lebih daripada orang lain dan tak nak kalah, mengaku kalah, dianggap kalah atau mengalah dalam apa jua situasi sekalipun.
Nafsu, mereka tamak. Ketamakan mereka terserlah. Lagi satu, mereka ada sikap tidak ambil peduli kesan perbuatan mereka pada orang lain.
Kita ni kalo cakap pasal sikap orang-orang berfikiran negatif, dua tiga hari pun tak akan habis. Dari kita asyik buang masa memikirkan pasal mereka, lebih baik kita gunakan masa yang ada untuk membina kehebatan diri kita, mempelajari sesuatu, memperbaiki diri supaya jadi semakin baik dari tahap sebelumnya. Lebih baik kita gunakan tenaga mental kita untuk memperbaiki pencapaian kita dari asyik membualkan sikap-sikap negatif yang menyakitkan hati. Mulai hari ni, di kala sedang berbual-bual, jaga attitude kita. Attitude adalah sikap, iaitu perangai kita. Kita tak sedar kita bersikap negatif dikala berbual-bual. Mengawal sikap negatif dan kata-kata negatif memerlukan kita peka kepada setiap kata-kata di mulut, di hati dan di fikiran. pada setiap emosi kita. Emosi kita sering berubah-ubah tanpa kita sedari. Kita cepat memberi respon pada semua situasi yang kita lalui, yang kita nampak dan yang kita terserempak. Untuk kita mengambil hati orang lain, kita kena latih perbualan kita supaya penuh dengan bunga-bunga perkataan positif, emosi positif, idea-idea positif. Latih dan terus berlatih, lakukannya sekerap mungkin.
Terus perbaiki diri, jangan terlalu cepat berpuas hati.
picasion.com